ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​ISU PANGGIL BALIK TIGA PRODUK METFORMIN DARIPADA PASARAN SINGAPURA

Thursday 05/12/2019



KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Health Science Authority (HSA), Singapura pada 4 Disember 2019 mengenai panggil balik tiga (3) produk metformin berikutan pengesanan bahan impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) yang melebihi internationally acceptable level. KKM ingin memaklumkan bahawa ketiga-tiga produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia.

Maklumat produk-produk terlibat adalah seperti berikut:

Table
   
Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa terdapat sejumlah 101 produk metformin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Hanya produk-produk yang berdaftar dengan PBKD sahaja yang dibenarkan untuk dibekalkan kepada pesakit di Malaysia.

NDMA merupakan salah satu impuriti daripada kumpulan nitrosamine yang biasa ditemui pada paras yang rendah, antaranya dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara (air pollutant) dan hasil daripada proses pengilangan tertentu. Berdasarkan International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

Metformin adalah ubat yang digunakan untuk merawat penyakit kencing manis bagi mengawal paras gula dalam darah dan boleh diperolehi daripada doktor dan ahli farmasi yang berdaftar.

NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin. Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Sila klik di sini untuk LAMPIRAN

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 DISEMBER 2019

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 / 017-2635008

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.