ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​RAIKAN HARI BERAS 2019 DENGAN HEALTHYRICESTYLE: JASMINE FOOD SERLAHKAN CARA MENYENANGKAN DAN SIHAT UNTUK MENIKMATI BERAS

Thursday 05/12/2019



PUCHONG dan SELANGOR, Malaysia, 5 Dis (Bernama-PRNewswire) -- Jasmine Food Corporation mengakhiri Hari Beras 2019 dengan jayanya penutupan 'HealthyRiceStyle 2019', berjaya menawan ribuan pelawat untuk menyertai aktiviti berkaitan beras di North Court, IOI Mall Puchong, Malaysia. Bertujuan untuk memperkayakan pengguna Malaysia mengenai manfaat memakan nasi, kempen ini adalah yang pertama menggambarkan berberapa jenis aktiviti penglibatan pengguna, termasuk demo memasak chef selebriti, bengkel dan demonstrasi kesihatan, kempen derma darah, zon pendidikan kanak-kanak dan ceramah kesihatan.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/jasmine_201910.shtml

"Sepanjang acara lima hari pada 9-13 Oktober 2019, kami dapati sambutan yang menggalakkan dari kumpulan bimbangan kesihatan terhadap pameran beras Jasmine, menggambarkan kejayaan baharu dalam kempen kami, untuk mempromosikan manfaat kesihatan beras," kata Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation.

Salah satu aktiviti yang berjaya ialah demonstrasi memasak secara sihat, di mana para pengunjung mengalami sendiri sesi istimewa dengan dua cef selebriti Malaysia, iaitu Fami Taufeq dan Jaafar Onn. Melibatkan beras basmati istimewa Jasmine, Jasmine Royal Pusa Gold yang memenangi anugerah dan PusaCream, dua chef selebriti mengagumkan hadirin dengan percubaan baharu resepi yang sihat, sambil menyampaikan pengetahuan kepada semua pengguna mengenai petua memasak dan inovasi hidangan nasi yang sihat. Resipi sihat yang ditonjolkan oleh Cef Fami Taufeq ialah nasi walnut epal hijau dan Cef Jaafar Onn dengan penampilan nasi cendawan berkacang.

"Memujuk orang ramai untuk mengubah gaya hidup mereka merupakan satu cabaran, oleh itu kita perlu menggunakan pendekatan langkah demi langkah untuk mewujudkan impak sebenar untuk masyarakat yang lebih sihat. Bermula dari usia muda, kami juga menyediakan 'Zon Pendidikan' interaktif yang menarik perhatian ratusan kanak-kanak untuk melawat dan meneroka pengalaman pembelajaran baharu yang menyeronokkan," tambah Lim.

Dalam 'Zon Pendidikan', kanak-kanak berumur 5-12 berseronok di taman permainan dan belajar interaksi dengan pendidikan mengenai manfaat beras, proses pengilangan beras, dan proses dari beras kepada nasi.

Di samping itu, kami juga telah menyusun ceramah mengenai diet yang sihat, seperti demonstrasi pernafasan jantung dewasa dan bayi oleh Tung Shin Hospital, serta teknik pemakanan bayi dan aktiviti kaunseling diet pemakanan. Pakar Diet dari majalah Her World, Marissa Parry turut menganjurkan ceramah kesihatan untuk berkongsi manfaat beras khusus untuk kesihatan dan bagaimana membantu mengawal gula dalam darah.

"Bagi kita yang tinggal di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain, nasi ialah makanan ruji yang wajib dalam kehidupan kita. Oleh itu, kami komited untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, sambil mendidik mereka dengan pelbagai pilihan beras istimewa kami untuk keperluan pemakanan yang berbeza, seperti beras nutri, beras perang, dan beras basmati. Beras-beras ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral tinggi, yang mudah diserap, tanpa gluten, dan bebas kolesterol," kata Lim.

Berikutan kejayaan tahun ini, Jasmine Food Corporation akan bekerjasama rapat dan bekerjasama dengan lebih ramai rakan kesihatan, termasuk Hospital Tung Shin dan Pusat Darah Negara (PDN). Tambahan pula, Jasmine Rice bertujuan untuk memantapkan komuniti-komuniti sihat di Malaysia dengan meneroka lebih banyak perspektif kesihatan dari pasaran Malaysia, yang akan diperlihatkan dalam edisi seterusnya 'HealthyRiceStyle', pada Oktober 2020. http://www.jasmine.com.my/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2621176-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2621176-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2621176-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2621176-1-d

HUBUNGI: Keivin Lee, +60-3-5122-3288/event@jasmine.com.my

SUMBER: Jasmine Food Corp

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.