ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  YILI MENGINTEGRASIKAN SUMBER PREMIUM DI NEW ZEALAND UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA PENGGUNA GLOBAL

Tuesday 03/12/2019



Table
Yili Group Oceania Dairy Limited hadir di CIIE

AsiaNet 81981

AUCKLAND, New Zealand, 3 Dis, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada masa ini adalah mudah bagi orang ramai untuk membeli yogurt Ambrosial di pasar raya dan kedai serbaneka di Singapura dan Burma; 14 perisa ais krim Joyday popular di Indonesia. Produk-produk yang lazat dan novel ini yang dilancarkan di pasaran Asia Tenggara pada tahun-tahun kebelakangan ini datang dari Kumpulan Yili, perusahaan tenusu yang pertama di Asia. Pelanggan yang berhati-hati di Asia Tenggara mula mendapati kemasukan Yili ke rantau itu telah menyediakan pelbagai pilihan produk yang lazat di rak-rak.

Menyediakan sumber premium berkualiti global untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna bukan sahaja menjadi satu matlamat penting bagi pembangunan antarabangsa Yili, tetapi juga tindakan penting buatnya untuk membina “Dunia Bersepadu Berkongsi Kesihatan”. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pelaburan Yili yang kerap di New Zealand, sumber susu utama paling terkenal di dunia telah mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Sejak tahun 2013, Yili telah mula membuat satu susun atur yang berpandangan ke hadapan di New Zealand dengan membangunkan kerjasama pelbagai peringkat dengan negara itu dalam bidang operasi industri, penggabungan dan pengambilalihan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan berinovatif, dan pembangunan mapan. Yili Oceania Production Base, dengan pelaburan sebanyak 3 bilion RMB, adalah merupakan satu daripada pangkalan pengeluaran tenusu bersepadu terbesar di dunia. Produk-produk dari pangkalan itu, seperti susu tulen Satine New Zealand dan susu tepung rumusan bayi PRO-KIDO Ruihu, disukai oleh pengguna dan telah menjadi satu daya tarikan pada Ekspo Import Antarabangsa China pada tahun ini.

Pada 30 November, Zhang Jianqiu dan delegasi ekonomi dan perdagangan China telah melawat Yili Oceania Dairy Production Base. Pada Forum Majlis Perniagaan New Zealand-China sebelum ini, Yili telah menyampaikan isyarat positif mereka untuk menyertai rakan-rakan global di dalam mempromosikan kesihatan manusia sejagat. Zhang Jianqiu, presiden eksekutif bagi Kumpulan Yili, pengerusi unit bagi Majlis Perniagaan China dan New Zealand, berkata Yili akan tetap komited untuk memperkuatkan kerjasama praktikal dengan masyarakat perniagaan New Zealand, bagi tujuan menyediakan sumber produk tenusu mantap yang berkualiti tinggi yang berasal dari New Zealand kepada pengguna di seluruh dunia, dengan itu merealisasikan impian bagi “Dunia Bersepadu Berkongsi Kesihatan”.

Iklim dan geografi menjadikannya sukar bagi industri tenusu untuk berkembang di Asia Tenggara, tetapi dengan peningkatan bagi kesedaran kesihatan, semakin banyak pengguna di rantau ini memilih produk tenusu. Terletak di Lautan Pasifik Selatan, New Zealand menawarkan sumber susu yang berkualiti tinggi, dan skala pengeluaran tenusu mereka mendahului dunia; Populasi 650 juta menyumbang kepada satu kadar pertumbuhan penggunaan produk tenusu lebih dari 10% setahun, yang menjadikan Asia Tenggara sebagai satu pasaran baru muncul yang penting bagi industri tenusu dunia. Cara bagaimana untuk menjual susu yang banyak di New Zealand ke Asia Tenggara dengan berkesan adalah satu peluang penting bagi industri itu.

Yili telah membawa makanan penjagaan kesihatan ke pasaran Asia Tenggara dan membuat sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dan mata pencarian penduduk dalam jangka panjang. Ke arah pembangunan, Yili adalah komited kepada strategi pembangunan penyetempatan, berusaha dan mengasah bakat-bakat tempatan dengan bersungguh-sungguh, dan telah mewujudkan lebih dari 800 peluang pekerjaan di Thailand. Di Indonesia, rancangan pembinaan kilang mereka terus berkembang dan dijangka siap dan akan beroperasi pada tahun depan, termasuk kerjasama dengan sumber susu tempatan, yang akan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan dan cukai. Yili terus menambahkan pelaburan di Asia Tenggara, agar industri tenusu Asia Tenggara akan memasuki landasan pembangunan yang pantas.

Untuk satu jangka masa yang panjang, Yili telah mengambil inovasi sebagai satu pemacu utama bagi pembangunan perusahaan, dan mengemukakan konsep pembangunan “tiada inovasi, tiada masa depan” untuk mempromosikan inovasi dan pembangunan bagi industri tenusu global. Ia mengetuai projek “Lembah Kebijaksanaan Makanan SINO-Amerika Syarikat” di Amerika Syarikat, menaikkan pusat R&D ke sebuah pusat inovasi di Eropah, dan menubuhkan Pusat Inovasi Yili Oceania di New Zealand. Pada Oktober, yogurt SABL Yili telah memenangi “Inovasi Yogurt Terbaik” pada Sidang Kemuncak Tenusu Asia Pasifik ke-6 2019. Pengumpulan berterusan bagi pencapaian inovatif adalah bukti bagi kejayaan strategi inovasi Yili.

Globalisasi ekonomi adalah satu kemestian dan kerjasama menang-menang adalah satu trend. Sebagai sebuah pasaran pengguna global yang penting, Asia Tenggara akan memainkan satu peranan yang semakin penting di dalam susun atur global Yili. Pada masa ini, Yili sedang giat berusaha dengan semua sektor di Asia Tenggara untuk mengamalkan konsep pengurusan operasi dan penyetempatan global, dan berkongsi hasil pembangunan dengan penduduk tempatan. Dengan memberi tumpuan kepada masa hadapan, Yili, dengan sikap yang ikhlas dan inklusif, akan menggalakkan kerjasama bagi rantaian industri keseluruhan untuk menjadi menyeluruh dan mendalam, dan membentuk sinergi dalam sumber, pasaran, inovasi dan aspek lain bagi membina bersama sebuah “Ekosfera Kesihatan Global”.

Sumber: Kumpulan Yili

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=352686

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.