Julai 02, 2025 -Rabu

 
  PESERTA INDUSTRI PENJAGAAN KESIHATAN TAIWAN TEROKA PELUANG DI MALAYSIA

Monday 02/12/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Dis (Bernama-PRNewswire) -- Delegasi dari 7 penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang unggul dari Taiwan berjumpa dengan rakan sejawat mereka di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2 Disember untuk mempromosi khidmat rawatan Taiwan di pasaran antarabangsa. Antara peserta industri utama dari Malaysia termasuk Apex Pharmacy, Healol Pharmaceuticals, Country Heights Health Tourism. 
 
Acara ini dianjurkan oleh Biro Perdagangan Luar Negeri Taiwan (MOEA) dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA). Pelbagai produk rawatan canggih dan teknologi dari Taiwan yang dipaparkan semasa sesi perangkaian ini termasuk rawatan anti-penuaan dengan menggunakan terapi sel, pemeriksaan kesihatan yang direka untuk meningkatkan pengurusan kesihatan peribadi, ujian genetik khusus, teknologi pemindahan rambut secara pengekstrakan folikel, pembedahan katarak tanpa bilah, pembedahan estetik dan plastik okular, dan lain-lain perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Antara institusi yang mengambil bahagian adalah Taipei Beitou Health Management Hospital, Nobel Eyes Institute, Merrier Beauty Institute, Hayashi Hair Transplant Clinic, Mendel Global Biotech, 3i BioMed Group dan Jiale Color Life Business Co., Ltd.

Taiwan adalah sebuah pemimpin global dalam bidang perubatan dan terkenal dengan peralatan berteknologi tinggi, para profesional perubatan yang hebat dan kualiti rawatan perubatan berkualiti tinggi yang diiktiraf antara terbaik di dunia. Industri perubatan sering dipaparkan di CNN, USA dan Unit Kecerdasan Ekonomi (EIU) dari UK, meletakkan perkhidmatan rawatan dari Taiwan setanding dengan negara-negara maju. Kini, Taiwan mempunyai 13 hospital yang mempunyai pensijilan Joint Commission International (JCI) dan ini membuktikan standard penjagaan tinggi yang ditawarkan di Taiwan. Menurut data dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan, lebih daripada 420,000 warga asing menggunakan perkhidmatan perubatan di Taiwan pada tahun 2018. Lebih daripada satu pertiga warga asing ini adalah dari Asia Tenggara dan 20,000 dari Malaysia. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan perubatan Taiwan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Menurut Cik Tasha Hsiao, Pengarah Taiwan Trade Center Kuala Lumpur, industri perubatan Taiwan terkenal di seluruh dunia kerana kepakarannya dalam pemindahan hati, pembiakan tiruan, rawatan kardiovaskular, penggantian sendi, penjagaan estetik dan rawatan kanser. TAITRA telah aktif mempromosikan perkhidmatan perubatan Taiwan secara global sejak beberapa tahun dan mencapai kejayaan besar. Selain daripada pertukaran industri yang kerap dianjurkan seperti majlis hari ini, Taiwan Expo yang telah diadakan di Malaysia sejak 2017 juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan pelbagai industri Taiwan kepada rakan-rakan mereka di Asia Tenggara.
 
HUBUNGI: Sze Yuen, +603-8023 7798

SUMBER: Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.