KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Network for Electronic Transfers (NETS) dan penyedia infrastruktur pusat untuk perkhidmatan pembayaran di Malaysia, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) secara rasmi telah melancarkan penggunaan dan penerimaan kad ATM NETS Singapura secara waktu sebenar di Malaysia dan kad ATM MyDebit Malaysia di Singapura pada 28 November 2019.
Pada April 2019, satu kenyataan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Encik Lee Hsien Loong di Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang ke-sembilan telah menzahirkan matlamat membolehkan penerimaan kad debit domestik rentas sempadan Malaysia dan Singapura. Dengan pelancaran tersebut, matlamat ini kini telah direalisasi.
Pelawat Singapura kini boleh menggunakan kad ATM NETS mereka di Malaysia, menandakan kali pertama kad ATM NETS boleh digunapakai luar Singapura untuk pembayaran secara runcit melalui terminal “point-of-sale”. Pembayaran dengan kad ATM Nets boleh dibuat di lebih 7,400 lokasi di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Perkara serupa kini turut boleh dinikmati pemegang kad MyDebit, skim kad debit nasional Malaysia untuk membuat pembayaran dengan kad ATM secara runcit melalui terminal point-of-sale di Singapura.
‘’NETS teruja dengan perluasan pembayaran tanpa tunai yang boleh dibuat pemegang kad debit ATM kami apabila mereka pergi ke pusat membeli-belah dan tempat pelancongan di Malaysia. Ini sebahagian rancangan serantau kami untuk menjadikan perjalanan luar negara selamat, lancar dan mudah untuk rakyat Singapura. Perjanjian perkongsian kami dengan PayNet akan memberi manfaat bukan saja kepada pembeli Singapura yang kerap datang Malaysia, tetapi juga peruncit di Malaysia melalui kaedah pembayaran yang senang dan oleh itu memudahkan perbelanjaan dalam jumlah lebih besar dengan adanya kemudahan ini” kata Jeffrey Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NETS.
Kami turut berbesar hati dengan kesudian PayNet untuk bekerjasama memberi manfaat ini bukan saja kepada pelancong Singapura ke Malaysia, tetapi juga kepada pelancong Malaysia ke Singapura yang mengguna kad ATM MyDebit mereka untuk pembayaran secara runcit di Singapura. Pada masa ini, kad MyDebit diterima menerusi rangkaian pembayaran NETS di Bugis Village iaitu salah satu daripada tempat membeli-belah kegemaran pelancong Malaysia. Lokasi lain termasuk di iStudio, Pandora, SaladStop!, dan Awfully Chocolate dengan banyak lagi yang akan datang’’ kata Encik Goh
‘’Kami gembira kad ATM MyDebit kini boleh digunakan di Singapura. Rakyat Malaysia adalah antara pelawat paling kerap ke Singapura sama ada untuk tujuan perniagaan, atau percutian. Penggunaan kad ATM MyDebit untuk pembayaran secara runcit bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pemegang kad Malaysia tetapi juga memberi manfaat kepada peruncit di Singapura dan menyumbang secara langsung kepada penggunaan e-pembayaran(e-Payment) yang lebih tinggi di antara kedua-dua negara.Ini mewujudkan nilai tambah dan manfaat untuk rakyat Malaysia dan Singapura. Terutama sekali memandangkan kadar tukaran wang asing pembayaran runcit rentas sempadan ini adalah sangat kompetitif,’’ kata Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.
Selain daripada kerjasama ini, NETS dan PayNet juga sedang berusaha untuk menghubungkan infrastruktur pembayaran masing-masing untuk membolehkan pindaan dana secara masa nyata serta pembayaran melalui kod QR antara kedua-dua negara
Mengenai Kumpulan NETSKumpulan NETS adalah syarikat perkhidmatan pembayaran, yang membolehkan pembayaran digital untuk peniaga, pengguna dan bank merentasi keseluruhan rantaian nilai pembayaran.
Kumpulan NETS mengendalikan skim debit nasional Singapura yang membolehkan pelanggan DBS Bank / POSB, HSBC, Maybank, OCBC Bank, Standard Chartered Bank dan UOB membuat pembayaran menggunakan kad ATM atau peranti mudah alih mereka di lebih daripada 118,000 pusat penerimaan di Singapura dan juga dalam talian bayaran. Rangkaian NETS juga menerima kad NETSPay, UnionPay & BCA, dan merangkumi 47,000 terminal POS Unified dan 74,000 pusat penerimaan QR. NETS juga merupakan pengeluar kad CashCard dan Flashpay.
Kumpulan NETS menguruskan dan mengendalikan infrastruktur penjelasan dan pembayaran untuk
Singapore Clearing House Association dan perkhidmatan pemindahan elektronik utama FAST, Inter-bank GIRO dan PayNow.
NETS merupakan peneraju dalam pembayaran dan penyelesaian penjelasan (Sistem Penyelesaian Kasar Sebenar dan Sistem Pemantauan Cek Sebenar) di rantau ini dengan nilai transaksi bernilai S$1 trilion yang diproses setiap tahun.
NETS adalah ahli Rangkaian Pembayaran Asia dan ahli majlis UnionPay International.
Untuk keterangan lanjut mengenai Kumpulan NETS, sila layari
www.nets.com.sgMengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)PayNet adalah rangkaian pembayaran utama dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan Malaysia. Kami berinovasi, membina dan mengendalikan sistem pembayaran bertaraf dunia dan infrastruktur pasaran kewangan yang selamat, boleh dipercayai dan cekap membolehkan fungsi dan pembangunan sistem kewangan Malaysia serta ekonomi secara keseluruhannya. Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar PayNet, dengan sebelas bank Malaysia sebagai pemegang saham bersama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.paynet.mySUMBER: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
NETS – GLOO PR
Nama: Ms Oo Gin Lee
Tel: +65 8111 1988
E-mel: ginlee@gloopr.biz
PayNet
Nama: Ms Amy Pang
Tel: +603 2264 8689
E-mel: amy@paynet.my
--BERNAMA