Meneraju Usaha Pendidikan dan Pembersihan ke arah Ekonomi Plastik Baharu
Foto 3: Para sukarelawan bersama hasil kutipan sampah di sepanjang Pantai Paka
PAKA, Terengganu, 2 Dis (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) dengan kerjasama Yayasan PETRONAS membawa aktiviti pembersihan pantai ke Pantai Paka di Dungun sempena program akhir PCG Be Green 2019.
Program tahunan ini yang bermula sejak tahun 2013, merupakan sebuah program kesedaran pemuliharaan alam dan pengunaan plastik secara berhemah yang dijalankan dengan usahasama Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA).
Mengulas tentang program itu, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Datuk Sazali Hamzah berkata “PCG Be Green tahun ini yang telah dijalankan di empat lokasi sekitar negara telah diperkukuhkan lagi dengan suntikan pembersihan sungai dan pantai serta inistiatif pendidikan bagi meneraju agenda Ekonomi Plastik Baharu. Kami juga ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjiwai kempen kesedaran kami, #recycleforlifecycle yang akan berterusan sehingga tahun hadapan.”
Tambah beliau, “PCG berhasrat untuk menjadi rakan solusi dalam menangani masalah pencemaran plastik dan menyokong kerajaan bagi mencapai Pelan Ekonomi Circular melalui penglibatan langsung dalam ‘Malaysia Plastics Pack’. Dari sudut ini, kami memberi fokus kepada bidang inovasi dan infrastruktur. Baru-baru kami telah bekerjasama dengan dua pemain industri bagi menilai potensi dalam pembangunan loji sistem pemulihan dan rawatan canggih modular (SMART), loji sisa-kepada-tenaga dan loji sisa plastik kepada naphta mentah. PCG juga sedang menilai untuk menawarkan penyelesaian kepada pemilik-pemilik jenama bagi memenuhi komitmen mereka dalam pengunaan pembungkusan yang mesra alam.
Lebih kurang 500 orang sukarelawan termasuk ahli komuniti, para pelajar serta kakitangan PETRONAS menyertai aktiviti pembersihan Pantai Paka. Para sukarelawan yang terlibat telah berjaya mengumpul sejumlah 1,450 kg sampah di mana lebih 870 kg adalah sampah yang boleh dikitar semula sepanjang 3.5km pesisir pantai. Sampah-sampah yang telah dikutip diasingkan dan dihantar ke pusat kitar semula.
Terdahulu, sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran #recycleforlifecycle, PCG telah memberi pendedahan kepada lebih 110 pelajar, guru dan komuniti setempat tentang pengurusan sampah termasuk 3R (Reduce, Reuse & Recycle) atau Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula serta pengunaan plastik secara efektif. Ini dijalankan dengan kerjasama Recycle Community Malaysia Lestari, sebuah badan bukan kerajaan berasaskan alam sekitar.
Setakat ini, program PCG Be Green 2019 telah berjaya mengumpul lebih 2,700 kg sampah di mana 1,290 kg adalah sampah boleh kitar semula. PCG juga telah berjaya mencapai hampir 17,000 pelajar dan komuniti dalam pendidikan plastik.
Dua objektif utama Program PCG Be Green adalah:
- Mendidik komuniti dan pelajar tentang pengumpulan dan pengasingan sampah serta mengekalkan kebersihan kawasan sekitar dengan memberi fokus kepada sikap tidak membuang sampah serta manfaat dan impak pengunaan plastik terhadap alam sekitar.
- Meningkatkan kesedaran dalam mengekalkan kebersihan sungai dan pantai. Sungai Langat, Selangor merupakan lokasi pertama yang terpilih bagi aktiviti pembersihan diikuti Sungai Balok, Kuantan, Sungai Kemena, Bintulu dan Pantai Paka, Kertih.
Program PCG
Be Green ini menyokong misi Yayasan PETRONAS dalam memperkayakan kehidupan untuk masa depan yang mampan. Program ini merupakan lanjutan pelbagai program pemuliharaan alam sekitar dan program pemeliharaan kehidupan komuniti yang disokong Yayasan PETRONAS secara berterusan diseluruh negara.
Hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Ammonia Sdn Bhd, Encik Ahmad Zaiyan bin M Kassim, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun, Encik Khairul Azhan bin Mohd Yusof dan Ketua PETRONAS Pantai Timur, Dato’ Wan Mohd Hasnan Abdullah.
PETRONAS Chemicals Group BerhadPETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terulung di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Kami merupakan pengendali loji bersepadu bertaraf dunia daripada pengeluaran bahan mentah sehingga kepada produk hiliran. Dengan jumlah kapasiti 12.8 juta tan metrik setahun (mtpa), aktiviti perniagaan kami melibatkan pengeluaran, pemasaran dan penjualan beraneka produk bahan kimia, termasuk olefin, polimer, baja, metanol serta produk bahan kimia dan derivatif asas. Disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad dengan pengalaman selama tiga dekad di dalam industri petrokimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.
PCG adalah antara 10 syarikat daripada 200 syarikat terbesar mengikut permodalan pasaran, yang tersenarai dalam Indeks FTSE4 Good Bursa Malaysia (F4GBM). Kami terus komited untuk memastikan amalan perniagaan kami adalah selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG).
Maklumat lanjut boleh didapati di
www.petronaschemicals.com.my About Yayasan PETRONASYayasan PETRONAS is the Corporate Social Responsibility arm of PETRONAS. The Foundation aims to deliver sustainable impact, improving the quality of life and socio-economic outcomes for communities across the nation through its focus areas in Education, Community Well-being and Development and the Environment.
SUMBER: PETRONAS Chemicals GroupUNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Yogeswari Thangavelu Media Relations, Corporate Affairs & Administration Department PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG) Tel: +(603) 2331 5000 (GL)/ +(603) 23926434 (DL)/ +(6) 017 2000919 (M) E-mel: yogeswari.thangavel@petronas.com
--BERNAMA |
|