PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 12, 2019 -Khamis

 
  KENYATAAN BERHUBUNG RANG UNDANG-UNDANG RACUN (PINDAAN) 2019

Monday 02/12/2019



KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan terbaik yang menjurus ke arah kesejahteraan rakyat. Sehubungan dengan ini, KKM ingin merujuk kepada artikel yang disiarkan pada 29 November 2019 bertajuk MMA slams proposed fine, jail for doctors refusing to give prescription slips di laman sesawang Free Malaysia Today (FMT) dan beberapa laporan lain berkaitan perkara yang sama. 

Berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa pengamal perubatan akan terus dikenakan hukuman penjara sekiranya tidak mengeluarkan preskripsi atas permintaan pesakit, KKM ingin menegaskan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar. Sebelum satu preskripsi boleh dikeluarkan , pesakit mesti terlebih dahulu menjalani sesi konsultasi dengan seorang pengamal perubatan berdaftar. Konsultasi merupakan asas untuk preskripsi dikeluarkan kepada pesakit. Ini bermaksud pesakit tidak sewenang-wenangnya boleh berjumpa dengan pengamal perubatan berdaftar dan menuntut apa jua preskripsi dikeluarkan. 

Akta Racun 1952 memperuntukkan bahawa seorang pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar boleh membekalkan racun (ubat) untuk tujuan rawatan pesakitnya atau pelanggannya.  

Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019 (Bacaan Pertama di Dewan Rakyat) antara lain memperkenalkan peruntukan baru yang mewajibkan pengamal perubatan berdaftar untuk mengeluarkan preskripsi sekiranya diminta oleh pesakitnya. Niat peruntukan ini adalah bagi memastikan hak pesakit dijamin dengan diberi pilihan setelah selesai sesi konsultasi untuk menentukan tempat mendapatkan bekalan ubat bagi rawatannya, samada di fasiliti perubatan itu sendiri atau di sebuah farmasi luar. 

KKM ingin menegaskan bahawa cadangan peruntukan baru ini tidak menyekat pengamal perubatan berdaftar untuk membekalkan ubat kepada pesakitnya sekiranya pesakit memilih untuk mengambil ubat di fasiliti perubatan mereka sepertimana amalan semasa. 

KKM juga ambil maklum bantahan beberapa pihak terhadap jenis hukuman yang dikenakan sekiranya peruntukan ini tidak dipatuhi. Setelah perkara ini dibincangkan dengan Pengurusan Tertinggi KKM, Majlis Penasihat Kesihatan (HAC) dan Kamar Peguam Negara, KKM bersetuju untuk meneliti semula perkara ini dan akan membentangkan cadangan penambahbaikan dalam masa terdekat. 

Pautan:  https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/11/29/mma-slams-proposed-fine-jail-for-doctors-refusing-to-give-prescription-slips/

Sekian, terima kasih. 

YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
1 DISEMBER 2019 

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Farahdila Wati Binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88833470 / 012-2112658
 
--BERNAMA 





 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.