PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 12, 2019 -Khamis

 
  AGROBANK MENJADI TARIKAN USAHAWAN TANI DI SAMBUTAN HPPNK 2019

Monday 02/12/2019


Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank bersama seorang pelanggan yang melawat ruang pameran Agrobank di HPPNK 2019 di Angsana Johor Bahru Mall, Johor pada Khamis.



KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ruang pameran Agrobank sempena sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Angsana Johor Bahru Mall, Johor, menjadi tumpuan agropreneur dan usahawan tani negara.

Sambutan HPPNK 2019 itu dirasmikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri pada Khamis.

Sambutan HPPNK 2019 berlangsung selama empat hari dan berakhir 1 Disember 2019 ini merupakan acara dwi tahunan bagi menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi penyumbang utama makanan negara.

Sempena HPPNK 2019, Agrobank membuka ruang pameran di AgroNiaga dengan konsep ‘bank mini’. Segala urusan perbankan di bank boleh dibuat di booth Agrobank termasuklah pembukaan akaun, pembayaran bil dan beberapa urusan perbankan yang lain.

Puan Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata, pelbagai aktiviti disusun untuk pengunjung yang datang ke ruang pameran Agrobank, termasuk sesi penerangan dan khidmat nasihat mengenai produk-produk dan peluang kerjaya bersama bank.

Antara produk yang ditawarkan sempena sambutan HPPNK 2019 ialah promosi produk pembiayaan, kempen simpanan Kita-kita Aje 2, jualan produk takaful perlindungan diri, Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Tanaman Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS), promosi pembiayaan AgroBakti untuk OKU dan pembiayaan mekanisasi mesin untuk pertanian iaitu MAEF-i.

“Sebagai sebuah bank yang memberi fokus kepada pertanian, Agrobank menyediakan pelbagai pembiayaan bersesuaian untuk usahawan berkala kecil (mikro), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dan juga syarikat korporat seperti pengusaha kilang dan juga tujuan eskport.

“Kadar keuntungan pembiayaan yang diberikan Agrobank juga menarik. Contohnya pembiayaan Tabung Untuk Makanan (3F) yang dikhususkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan import makana serta menyediakan pembiayaan bagi projek-projek dalam sektor makanan hanya mengenakan kadar keuntungan sebanyak 3.75% setahun,” katanya.

Puan Khadijah berkata, selama 50 tahun dalam sektor pertanian, Agrobank sentiasa berusaha menambah solusi yang sesuai dan relevan untuk usahawan Agro.

“Agrobank juga menyokong usaha untuk usahawan yang menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi selain turut membiayai peralatan automasi seperti dron, mesin dan sebagainya.

“Agrobank mempunyai sebuah booth khusus di Laman Mekanisasi di HPPNK bagi mereka yang mencari peluang pembiayaan untuk keperluan seperti ini,” katanya.

Mengenai Agrobank
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.
 
Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.
 
*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
Emel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Nama: Rasheffa Abdul Rashid
Tel: 03-2731 1600 (ext 1650) / 019-2729907
Emel: rasheffa@agrobank.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.