ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  FESTIVAL FILEM ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG NEW CHITOSE KE-6 DARI 1 HINGGA 4 NOVEMBER

Monday 25/11/2019



AsiaNet 81777 
 
SAPPORO, Jepun, 25 Nov., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose telah diadakan di Lapangan Terbang Chitose Baharu selama empat hari, dari 1 hingga 4 November, 2019.

(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201911193697?p=images)
 
Sebahagian daripada festival filem pada tahun ini telah diadakan sebagai satu acara pembukaan bagi Dewan Portom, sebuah kemudahan baharu di bangunan terminal antarabangsa di Lapangan Terbang New Chitose. Selepas majlis memotong riben bagi Dewan Portom itu, dua filem pendek yang dihasilkan oleh festival itu telah ditayangkan  pada upacara perasmian bagi festival itu. Kedua-dua filem itu dibuat bagi visi 330 inci/4K yang dipanggil sebuah Simbol Digital yang dirakam di ruang menunggu di terminal antarabangsa. Filem pertama, “Sagashimono” (Perkara Yang Anda Cari), telah dihasilkan oleh Project, sebuah unit penerbit Jepun, sementara yang kedua, “Fly Me to HOKKAIDO” telah  diarah oleh TOCHKA. Project telah bercakap mengenai filem itu pada majlis perasmian manakala TOCHKA melakukan satu persembahan secara langsung dengan membuat animasi bersama dengan peserta majlis.

Semasa festival filem itu, pelbagai program telah diadakan, termasuk penayangan hasil kerja jemputan di Teater Lapangan Terbang New Chitose dan program bual bicara oleh pencipta jemputan dari Jepun dan luar negara di tingkat 4 di bangunan terminal domestik. Selain itu, pameran dan acara e-sukan telah diadakan di Center Plaza (di tingkat 2 di terminal domestik), yang sesak dengan pengunjung.

Tayangan pertandingan itu, acara utama bagi festival itu, merangkumi 91 filem yang dipilih dengan teliti daripada lebih 2,200 karya yang dikemukakan (termasuk filem pendek dan filem cereka). Satu majlis penganugerahan telah diadakan pada hari terakhir, 4 November. Anugerah Grand Prix (Filem Pendek) telah dianugerahkan kepada “Acid Rain” oleh artis Poland Tomek Popakul. Bagi pembuat filem itu, ini adalah Grand Prix kedua pada festival itu. Popakul berkata dalam ucapan beliau, “Saya amat terkejut. Festival filem ini adalah satu tempat yang penting dan tempat kegemaran untuk saya.” Anugerah Grand Prix (Filem Cereka) dimenangi oleh “I Lost My Body” oleh Jeremy Clapin (Perancis). Kesemua karya yang menang boleh didapati di laman web rasmi festival itu (http://airport-anifes.jp/en). 

Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose ke-6 telah mencapai satu kejayaan besar dengan kehadiran 43,000 orang pengunjung, jumlah paling tinggi dalam sejarah.

SUMBER: Jawatankuasa Eksekutif Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.