ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  TIGA PAMERAN AKAN BERMULA PADA 16 NOV. DI MUZIUM SENI LUKIS KONTEMPORARI TOKYO, YANG BARU DIBUKA SEMULA SELEPAS PENGUBAHSUAIAN

Wednesday 20/11/2019



AsiaNet 81653

TOKYO, 20 Nov., 2019 /Kyodo JBN/ --

 
Muzium Seni Lukis Kontemporari Tokyo (MOT), yang baru dibuka semula pada musim bunga yang lalu selepas pengubahsuaian, akan mengadakan tiga pameran yang silih berganti dan sebuah pameran koleksi MOT secara serentak dari 16 Nov. (Sabtu).
 
(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201911133429?p=images)
 
Pameran pertama adalah satu pameran solo, “Dumb Type - Actions + Reflections,” oleh kumpulan artis media terkemuka Jepun, Dumb Type, yang merayakan ulang tahun ke-35 penubuhan mereka pada tahun ini. Dumb Type telah dibentuk pada tahun 1984 oleh artis-artis persembahan multimedia yang terdiri terutamanya daripada pelajar-pelajar Universiti Seni Lukis Bandar raya Kyoto. Kumpulan itu menarik perhatian sebagai sebuah syarikat yang tidak mempunyai hierarki, dengan Teiji Furuhashi (1960-1995), seorang tokoh utama di dalam kumpulan itu, dan ahli-ahli lain yang membuat persembahan dengan kerjasama di antara mereka dan pada masa yang sama mengembangkan aktiviti ekspresif mereka sendiri yang unik.
 
Yang kedua adalah pameran “mina perhonen / minagawa akira TSUZUKU” yang memperkenalkan sejarah 25 tahun bagi jenama fesyen dan tekstil “mina perhonen” yang diwujudkan oleh pereka Jepun Akira Minagawa. Selepas bermula dengan fesyen, aktiviti jenama itu secara beransur-ansur berkembang untuk meliputi kehidupan secara umum, termasuk dalaman, pinggan mangkuk meja, dan reka bentuk ruangan, dan membuat banyak cadangan untuk membawa “kegembiraan” ke pelbagai aspek kehidupan harian orang ramai melalui reka bentuk.
 
Yang ketiga adalah “MOT Annual,” satu pameran kumpulan yang bertujuan untuk mengundang pertanyaan dan perbincangan dengan memberi tumpuan kepada satu aspek seni lukis kontemporari. “MOT Annual 2019 Echo after Echo: Summoned Voices, New Shadows," yang merupakan bahagian ke-15 bagi pameran di MOT itu, menangani persoalan asas mengenai “Mengapa orang membuat sesuatu benda?” bersama-sama dengan artis-artis yang menzahirkan diri mereka selaras dengan domain yang sedia ada seperti imej, bahasa, sejarah, bahan dan sebagainya.

Bersama-sama dengan tiga pameran itu, Muzium Seni Lukis Kontemporari Tokyo memaparkan “Koleksi MOT Bahagian 3: Masa Kini dan Masa Lampau - Berbilang Perspektif,” koleksi hebat mereka untuk memperingati pembukaan semula selepas pengubahsuaian itu.
 
Tempoh pameran: 16 Nov. (Sabtu), 2019 - 16 Feb. (Ahad), 2020
Ditutup: Isnin (tetapi dibuka pada 13 Jan, 2020), 28 Dis., 2019 - 1Jan., 2020, dan 14 Jan., 2020.
Waktu buka: 10:00-18:00 (kemasukan terakhir 30 minit sebelum ditutup)
 
Muzium Seni Lukis Kontemporari Tokyo (4-1-1 Miyoshi, Koto-ku, Tokyo 135-0022 Jepun)
https://www.mot-art-museum.jp/en/
 
 
Sumber: Muzium Seni Lukis Kontemporari Tokyo 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.