ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LEBIH 100 REMAJA ASING MENJALANI KUNGFU CINA DI ZHENGZHOU, CHINA

Wednesday 20/11/2019


Seorang peserta belajar Kungfu dari sami-sami Shaolin di Dewan Seni Mempertahankan Diri di Tokong Shaolin



AsiaNet 81744 

ZHENGZHOU, China, 20 Nov., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dari 21 Oktober hingga 1 November, pusingan akhir bagi “Jambatan China” ke-12 Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina bagi Pelajar Sekolah Menengah Luar Negeri telah berlangsung di Bandar Raya Zhengzhou di tengah China, tempat kelahiran Kungfu Cina. Semasa pertandingan itu, lebih daripada 120 orang peserta dari 105 buah negara telah melawat Tokong Shaolin dan mengalami pesona unik Kungfu Shaolin. 

“Keinginan terbesar saya untuk datang ke China pada kali ini adalah untuk melihat Kungfu Cina yang sebenar,” kata Lu Jingmao dari New Zealand. Pada 25 Oktober, beliau telah datang ke Tokong Shaolin, yang merupakan tempat kelahiran bagi seni mempertahankan diri Cina, sebagaimana yang beliau hajati. Bersama-sama dengan peserta lain, Lu telah menyaksikan pertunjukan Kungfu yang menarik, mendengar mengenai lagenda Tokong Shaolin, dan menghargai budaya Shaolin yang wujud sejak dahulu lagi. 

Tinju Shaolin yang bertenaga dan berkuasa, Hard Qigong Shaolin yang menarik, pelbagai bentuk senjata dalam 18 jenis, seni mempertahankan diri Shaolin yang bagus sekali telah meraih perasaan yang amat kagum daripada peserta. Mereka telah mengambil gambar satu demi satu, ada juga yang meniru aksi gerakan pada masa itu juga. 

Di samping melawat Tokong Shaolin yang terkenal di dunia, peserta juga telah melawat tempat-tempat tempatan yang lain. Di Kawasan Pemandangan Sungai Kuning Zhengzhou, anak-anak muda memberi penghormatan kepada patung-patung Maharaja Yan dan Huang, dan dapat melihat pemandangan Sungai Kuning yang indah. Semasa di Taman Perkhemahan Sandu,  mereka memakai pakaian tradisional China Hanfu, dan mengalami kaedah kuno China bagi melukis dengan menggunakan torehan kayu dan membuat kertas. Dengan mengunjungi Taman Ekspo Taman Zhengzhou, peserta menyedari keindahan taman-taman landskap China. 

Budaya China yang berwarna-warni itu telah menyalakan semangat peserta. “Bahasa Cina membuat saya melihat kepelbagaian budaya dan keluasan dunia,” kata Ma Hongbo, seorang peserta berumur 17 tahun dari Hungary. 

Menurut Biro Perbandaran Zhengzhou bagi Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan, ahli bagi Jawatankuasa Persediaan bagi “Jambatan China” ke-12 Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina bagi Pelajar Sekolah Menengah Luar Negeri, Zhengzhou adalah satu daripada lapan ibu kota purba China dan tempat kelahiran peradaban China. Dengan budaya yang mendalam, landskap yang indah dan rangkaian pengangkutan yang maju, Zhengzhou telah menjadi satu daripada destinasi pelancong yang paling popular di China, dengan menarik pelancong global untuk menerokai masa lampau, masa sekarang dan masa hadapan China.  

Sebagai satu pertandingan China antarabangsa yang berskala besar, ia telah menarik lebih daripada 1.4 juta remaja dari lebih 150 buah negara untuk mengambil bahagian sejak tahun 2002. 

Sumber: Biro Perbandaran Zhengzhou bagi Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan
 
 
Pautan Lampiran Imej: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=351302 
 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.