ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANIAN DUNIA KE-7 GCHERA 2019 DIADAKAN DI NANJING AGRICULTURAL UNIVERSITY, ANUGERAH DIBERIKAN KEPADA PAKAR KEJURUTERAAN MAKANAN CHILE

Monday 18/11/2019

AsiaNet 81542

NANJING, China, 18 Nov, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 28-29 Oktober, Majlis Penganugerahan Hadiah Pertanian Dunia Ke-7 GCHERA dan Kongres Sedunia GCHERA Ke-10 diadakan di Nanjing Agricultural University (NAU). Jose Miguel Aguilera, Professor Emeritus Catholic University of Chile, yang mengajar dan menjalankan kajian tentang kejuruteraan makanan dan pencapaian perintis dalam promosi teknologi, memenangi Hadiah Pertanian Dunia pada tahun ini.
 
Professor Aguilera secara inovatifnya menggabungkan struktur mikro makanan dengan sains bahan sebagai asas kepada pemprosesan makanan, mengaitkan struktur mikro dengan pemprosesan dan prestasi produk dan menubuhkan kumpulan kejuruteraan makanan bertaraf dunia yang kini berkhidmat untuk Chile dan Amerika Latin.  Projek beliau berkenaan makanan kelembapan sederhana dan teknologi kaedah gabungan, melibatkan 60 pusat kajian dan lebih daripada 360 kakitangan teknikal di 11 negara, telah memberikan sumbangan penting terhadap penubuhan komuniti saintifik kebangsaan dan pembangunan para pengkaji.
 
WAP merupakan anugerah antarabangsa yang ditubuhkan oleh Global Confederation of Higher Education Associations for Agricultural and Life Sciences (GCHERA).  Hadiah ini bermatlamat sebagai penggalak kepada para individu yang telah memberikan sumbangan besar kepada pendidikan, kajian dan inovasi dalam pertanian dan sains hayat.  Hadiah bernilai 100,000 Dollar AS untuk setiap orang, ditaja oleh Yayasan Pembangunan Pendidikan NAU dan Da Bei Nong Group.
 
WAP telah dianugerahkan sebanyak enam kali setakat ini dan para saintis dari Amerika Syarikat, Jerman, Kanada, Belgium dan Ghana telah memenangi anugerah ini.  Anugerah ini mempunyai impak yang meluas di dalam dan luar negara, dan ia mempromosikan pertukaran dan kerjasama global dalam lapangan yang berkaitan dan menginspirasikan ramai saintis untuk mempromosikan inovasi dalam pertanian dan sains hayat di seluruh dunia.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://wapcn.njau.edu.cn/ and http://www.gchera.com.
 
Sumber: Nanjing Agricultural University 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.