PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 12, 2019 -Khamis

 
  PERTUKARAN DAN KERJASAMA KEBUDAYAAN ORANG CINA DI SEBERANG LAUT DAN PERSIDANGAN PEMBANGUNAN KREATIVITI KEBUDAYAAN BELIA GUANGDONG-HONG KONG-MACAO DIADAKAN DI JIANGMEN, CHINA

Friday 15/11/2019



AsiaNet 81676

Table
Majlis pelancaran Platform Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan yang Penting bagi Orang Cina di Seberang Laut

JIANGMEN, China, 15 Nov., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dari 13 hingga 15 November, Bandar raya Jiangmen di Wilayah Guangdong telah mengadakan Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Orang Cina di Seberang Laut dan Persidangan Pembangunan Kreativiti Kebudayaan Belia Guangdong-Hong Kong-Macau di Pusat Persidangan & Pameran Antarabangsa Guangdong Zhuxi. Lebih 1,000 orang Cina di seberang laut  dan belia telah turut serta. Melalui pertukaran dan pembelajaran bersama di antara  peradaban, hubungan antara orang-dengan-orang di antara negara yang berbeza menjadi lebih mantap. Persidangan itu berfungsi sebagai satu platform yang signifikan untuk membantu dunia memahami budaya orang Cina.

Bandar raya Jiangmen, yang terletak di pusat bandar di tebing barat Delta Sungai Pearl di Wilayah Guangdong, kira-kira 100 kilometer dari kawasan metropolitan Guangdong-Foshan dan bulatan ekonomi Shenzhen-Hong Kong. Ia adalah sebuah bandar raya nod yang penting di Kawasan Greater Bay Hong Kong-Macao.

Di antara sembilan buah bandar raya di Kawasan Greater Bay, Jiangmen adalah tempat kepada jumlah terbesar orang Cina di seberang laut, yang merupakan ciri pendefinisian bagi bandar raya itu. Sejarah bagi orang Cina di seberang laut yang belayar menyeberangi lautan dapat dikesan dari Dinasti Tang dan Song. Hari ini, lebih daripada 4 juta orang Cina di seberang laut dan penduduk Hong Kong, Macao dan Taiwan berasal dari Jiangmen dan mereka menetap di  107 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan ini, Jiangmen mempunyai kelebihan yang unik di dalam pembinaan  Kawasan Greater Bay. Jiangmen akan menempa ciri khas mereka di dalam pembinaan sebuah kluster bandar raya yang bertaraf dunia di Kawasan Greater Bay melalui penyatuan bagi keperluan pembangunan Hong Kong dan Macao dengan kelebihan mereka sendiri dan kerjasama dalaman dan pembangunan yang lebih erat bagi Kawasan itu.

Liu Yi, Datuk Bandar bagi Bandar raya Jiangmen, berkata dalam ucapan pembukaan beliau bahawa Rangka Pelan Pembangunan bagi Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macao menjadikannya jelas bahawa “Jiangmen terdorong untuk membangunkan sebuah platform pertukaran dan kerjasama kebudayaan yang penting bagi orang Cina di seberang laut.” Persidangan ini adalah satu langkah penting di dalam pencapaian hasrat bagi kedudukan baharu dan misi baharu yang diberi kuasa oleh negara itu.

Pada majlis perasmian bagi Persidangan itu, Platform Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan yang Penting bagi Orang Cina di Seberang Laut telah dilancarkan secara rasmi. 12 projek kebudayaan dan pelancongan telah ditandatangani di tapak dengan jumlah pelaburan sebanyak 64.7 bilion yuan. Pada masa yang sama, Pangkalan Kreativiti Kebudayaan bagi Belia dari Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macao telah secara rasmi diperkenalkan untuk membina sebuah tanah tinggi bagi jenama kreativiti kebudayaan yang dicipta oleh orang muda di Kawasan Greater Bay melalui pelbagai bentuk latihan, pertukaran dan perkongsian. Semasa Persidangan itu, Forum Antarabangsa Belt and Road bagi Kerjasama dan Pertukaran Warisan Kebudayaan (2019-Jiangmen) & Pameran Kraftangan, Kreativiti Kebudayaan Belia Guangdong-Hong Kong-Macao dan Persidangan Keusahawanan dan Inovasi, Budaya dan Pelancongan di China (Jiangmen) Forum Pembangunan Industri Pelancongan Kebudayaan, lawatan kumpulan serta malam gala bertema telah diadakan. Daya tarikan kebudayaan “Ibukota bagi orang Cina di Seberang Laut” akan diserlahkan menerusi dialog dan komunikasi dengan dunia.

Di samping itu, Jiangmen akan mengadakan “Karnival Orang Cina di Seberang Laut (Jiangmen) China 2019” pada November dengan tema “Kebudayaan Kawasan Greater Bay, Ibukota Orang Cina di Seberang Laut yang Berwarna-warni”. Satu siri terdiri daripada 10 aktiviti akan dilancarkan untuk menyerlahkan keunikan “memori bandar raya orang Cina di Seberang Laut” bagi Jiangmen. Karnival itu adalah satu projek jenama “budaya orang Cina di seberang laut” yang penting bagi Jiangmen dan telah berjaya diadakan selama tujuh tahun berturut-turut. Tahun ini akan menekankan terhadap tiga ciri-ciri termasuk kerjasama Shenzhen dan Jiangmen, pertukaran kebudayaan dan pembelajaran bersama, dan interaksi warga bandar secara meluas bagi mengukuhkan ikatan orang Cina di seberang laut melalui pertukaran dan komunikasi.

Sumber: Platform Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan yang Penting bagi Orang Cina di Seberang Laut
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=350932

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.