ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO MENDEDAHKAN BARISAN YANG PELBAGAI BAGI PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH, TERMASUK FILEM "OLD MEN NEVER DIE" ARAHAN PENGARAH IRAN REZA JAMALI

Friday 15/11/2019



AsiaNet 81592

TOKYO, 15 Nov., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


Semasa Majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-32 pada 5 November, Pengarah Reza Jamali telah memenangi Anugerah Spirit of Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun untuk filem beliau “Old Men Never Die.” Anugerah itu diberikan kepada seorang pengarah yang berpotensi di dalam bahagian Masa Hadapan TIFF Asia, yang dipilih kerana peluangnya untuk meraih kejayaan di peringkat antarabangsa yang menjangkau sempadan kebudayaan dan kebangsaan. Jamali menyatakan perasaan beliau bahawa “Saya gembira kerana menerima anugerah ini. Saya telah selesai membuat penggambaran filem kedua saya, dan untuk diberikan peluang yang menakjubkan ini untuk diiktiraf dalam cara ini telah memberikan saya keyakinan dalam (gaya) saya sendiri untuk bergerak ke hadapan pada masa hadapan.”
 
Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201911083288?p=images
 
Anugerah Filem Masa Hadapan Terbaik Asia diraih oleh “Summer Knight,” yang diarah oleh You Xing, Anugerah Skrip Filem Terbaik kepada Shin Adachi untuk filem beliau bertajuk “A Beloved Wife,” dan Sumbangan Artistik Terbaik kepada filem cereka China Wang Rui, “Chaogtu with Sarula.” Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Navid Mohammadzadeh dari “Just 6.5” dan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik diraih oleh Nadia Tereszkiewicz, dari “Only the Animals.” Anugerah Pengarah Terbaik diberikan kepada Saeed Roustaee untuk “Just 6.5,” Hadiah Juri Khas kepada “Atlantis” dan anugerah paling berprestij bagi festival itu, Tokyo Grand Prix, diberikan kepada Pengarah Frelle Petersen untuk filem Denmark “Uncle.”
 
-Pusat Asia Yayasan Jepun Menyampaikan CROSSCUT ASIA #06: Asia Tenggara yang Fantastik
 
Pusat Asia Yayasan Jepun dan TIFF kini berada pada tahun keenam bagi kerjasama mereka. Usaha ini bertujuan untuk memperdalam pemahaman bersama di Asia dengan mempamerkan filem-filem Asia di Jepun, dan dengan membawa bakat Asia ke pentas dunia melalui TIFF.
 
Siri CROSSCUT ASIA Pusat Asia Yayasan Jepun mempamerkan filem-filem Asia yang memberi tumpuan kepada negara, pengarah, atau tema yang tertentu. Pada tahun ini, CROSSCUT ASIA mempamerkan filem-filem yang memaparkan pelbagai genre daripada filem ngeri kepada filem seram romantis, yang mencerminkan ciri-ciri serantau seperti “The Halt” filem ngeri cereka sains yang pertama oleh pengarah yang terkenal di peringkat antarabangsa Lav Diaz.
 
- Simposium: Pengarah-pengarah Wanita Membincangkan Mengenai filem-filem seram di Asia Tenggara
 
Pada 29 Oktober, berada di pentas untuk membicarakan tajuk “The Discreet Charm of Girl's Horror Talk,” tiga pengarah wanita terkemuka di Asia, Antoinette Jadaone(“Six Degrees of Separation from Lilia Cuntapay”), Mattie Do(“The Long Walk”) dan Sigrid Andrea P. Bernardo(“Untrue”), di mana hasil kerja mereka kesemuanya ditayangkan di CROSSCUT ASIA #06, telah membincangkan filem-filem seram di Asia Tenggara. Do berkata, “genre itu dilihat dikuasai oleh kaum lelaki, tetapi orang yang membuat filem genre membantu di antara satu sama lain, membantu anda, mereka berada di sana untuk anda. Ia kelihatan seoleh-olah tidak dialu-alukan, tetapi kita memerlukan perspektif wanita di dalam drama dan wanita akan mendapati sebuah dunia yang memberi sokongan.”

TIFF ke-32 ditayangkan dari 28 Oktober sehingga 5 November, 2019.
 
Laman Web Rasmi:
Pusat Asia Yayasan Jepun: https://jfac.jp/en/
Festival Filem Antarabangsa Tokyo: https://2019.tiff-jp.net/en/
 
Sumber: Festival Filem Antarabangsa Tokyo

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.