ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SATU DALAM TIGA MIGRASI AWAN DI MALAYSIA DAN SINGAPURA GAGAL UNTUK MEMENUHI JANGKAAN KERANA ORGANISASI TIDAK MEMBUAT AWAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA STRATEGI TERAS MEREKA - BAROMETER KEJAYAAN AWAN UNISYS(TM) YANG PERTAMA

Thursday 14/11/2019



AsiaNet 81642

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Nov. 2019 /Medianet International-AsiaNet/ --
 
- Organisasi-organisasi di Asia Tenggara yang mengintegrasikan awan ke dalam strategi transformasi perniagaan yang lebih luas adalah lebih dua kali ganda berkemungkinan untuk berjaya dengan migrasi awan berbanding mereka yang tidak berbuat demikian

Hampir satu pertiga daripada organisasi di Malaysia (27%) dan Singapura (32%) menyatakan bahawa mereka telah gagal untuk merealisasikan manfaat yang ketara daripada pengkomputeran awan, sebahagian besarnya kerana mereka tidak mengintegrasikan pelan migrasi mereka ke dalam strategi transformasi perniagaan mereka yang lebih luas, demikian menurut satu kajian baharu oleh Unisys Corporation (UIS).

Kajian Barometer Kejayaan Awan Unisys(TM) yang pertama ( https://www.unisys.com/cloudbarometer) mengkaji kesan dan kepentingan awan dengan meninjau ke atas 1,000 pemimpin kanan IT dan perniagaan di 13 buah negara di seluruh dunia, termasuk 90 di Malaysia dan Singapura. Penemuan utama yang lain termasuk:

- 70% daripada organisasi di Singapura dan Malaysia mengatakan keberkesanan organisasi mereka telah banyak atau secara sederhana meningkat dengan lebih baik disebabkan oleh pengkomputeran awan;
- Organisasi-organisasi di Asia Pasifik di mana awan merupakan satu bahagian teras bagi strategi perniagaan mereka adalah 2.5 kali ganda lebih berkemungkinan (80%) untuk menyatakan keberkesanan organisasi telah berubah menjadi lebih baik, berbanding dengan hanya 29% daripada mereka yang berkata awan merupakan satu bahagian kecil daripada transformasi mereka;
- Daripada 13 buah negara yang ditinjau, organisasi di Malaysia melaporkan penggunaan kedua terendah bagi sistem legasi (11%) dan awan awam (17%) tetapi penggunaan kedua tertinggi pada premis pusat-pusat data (41%);
- Berbanding dengan Malaysia, organisasi Singapura hampir dua kali ganda berkemungkinan menggunakan awan awam (31%) dan hampir separuh besar kemungkinan untuk menggunakan pada premis pusat-pusat data (23%).
- Dua pertiga daripada organisasi Malaysia (68%) dan Singapura (64%) bersetuju bahawa data lebih selamat di awan berbanding secara dalaman; dan keselamatan dinyatakan sebagai manfaat utama dan cabaran terbesar untuk memindahkan data, aplikasi atau proses kepada awan.
 
“Keputusan ini menunjukkan mengapa transformasi awan bukan sekadar satu isu IT, ia adalah satu isu perniagaan,” kata Leon Sayers, Ketua Perunding Serantau, Unisys Asia Pasifik. “Sembilan dalam sepuluh (92%) bagi organisasi Malaysia yang menggabungkan awan sebagai satu bahagian teras bagi strategi perniagaan mereka menyaksikan keuntungan positif yang paling besar, berbanding dengan hanya 60% daripada mereka yang tidak berbuat demikian. Berbanding dengan pendekatan ‘angkat dan alih’, pelaksanaan awan yang berjaya memerlukan penempatan rangka kerja yang betul dari peringkat awal, dengan inovasi dan kemas kini yang berterusan dari semasa ke semasa.”

Masa Hadapan adalah kepada Berbilang Awan
Walaupun hampir kesemua responden (94% di Malaysia dan 97% di Singapura) mengatakan bahawa mereka telah berhijrah ke awan pada tahap tertentu, penggunaan berbilang awan masih rendah (25% di Malaysia dan 44% di Singapura) - sejajar dengan pencapaian global.
 
Walau bagaimanapun, organisasi Malaysia yang menggunakan berbilang awan lebih cenderung untuk melihat awan sebagai penting bagi keselamatan dan untuk kekal berdaya saing:

- Kesemua (100%) pengguna berbilang awan Malaysia yang ditinjau mengatakan bahawa jika mereka tidak berhijrah kepada awan mereka mungkin agak amat bimbang untuk menggunakan sistem legasi tanpa keselamatan untuk menangani dengan penggodam pada hari ini, berbanding dengan 76% bagi organisasi Malaysia yang ditinjau;
- Kesemua (100%) pengguna berbilang awan Malaysia yang ditinjau berkata mereka juga bimbang jika tercicir sebagai sebuah teknologi yang tertinggal ke belakang, diatasi oleh persaingan dan menutup perniagaan – berbanding dengan 59%, 62% dan 65% masing-masing bagi kesemua organisasi Malaysia yang ditinjau.
 
“Satu strategi Berbilang awan menawarkan kefleksibelan dan pilihan, dan memperakui bahawa tidak semua data dan aplikasi perlu diperlakukan dalam cara yang sama,” jelas Sayers. “Satu strategi berbilang awan membantu organisasi untuk memperoleh penguasaan yang lebih tinggi ke atas data mereka, menyebarkan risiko mereka dalam kes masa henti dan meningkatkan rundingan pembelian pada kadar harga kedai bagi keperluan perkhidmatan yang berbeza daripada pelbagai vendor.”

Barometer Kejayaan Awan Unisys 2019: Melihat Bagaimana Awan Memenuhi Jangkaan
Barometer Kejayaan Awan Unisys yang pertama meninjau lebih dari 1,000 pemimpin kanan perniagaan dan pemimpin IT merentasi 13 buah negara pada Ogos dan September 2019. Unisys mengukur sikap mereka terhadap pelbagai isu pencapaian awan dan mencipta satu barometer berdasarkan kepada maklum balas mereka. Skor barometer itu dikira pada skala dari sifar sehingga 100, berdasarkan kepada sejauh mana jangkaan awan telah dipenuhi dalam enam bidang yang merangkumi perniagaan, daya saing dan manfaat IT.
Skor Barometer Kejayaan Awan Unisys untuk Malaysia adalah 49, hanya rendah sedikit daripada purata global iaitu 49.
 
https://s3-ap-southeast-2.amazonaws.com/mnr-s3-prod/0149/000381_howwellhaveyourexpectationsbenmet_800.jpg
 
Pemacu utama untuk organisasi Malaysia yang bergerak ke awan adalah keinginan untuk mendapatkan keselamatan IT dan data yang lebih baik (65%), menjadi tangkas (54%) dan kelebihan berdaya saing (50%). Jangkaan bagi pelaksanaan awan mereka telah melebihi bagi memacukan inovasi (88%), membolehkan masa yang lebih pantas ke pasaran (85%), menjadi tangkas untuk memenuhi permintaan (85%) dan keselamatan IT dan data yang lebih baik (81%).

Walau bagaimanapun, faedah yang disampaikan tidak seperti yang dijangka dalam bidang pengurangan kos (47 berkata jangkaan agak dipenuhi/ di bawah jangkaan), meningkatkan pendapatan (44%) dan mengurangkan jumlah pekerja (43%).

Mengemudi Jalan ke arah Kejayaan
Tinjauan itu telah mengenal pasti beberapa faktor yang meningkatkan kemungkinan bagi migrasi yang berjaya. Di peringkat global, organisasi yang menggunakan sokongan pihak ketiga untuk membantu penerimagunaan awan mereka adalah 26% lebih berkemungkinan untuk merealisasikan peningkatan organisasi yang lebih baik berbanding dengan organisasi yang mengendalikan migrasi awan secara dalaman. Di Singapura keputusannya adalah lebih tinggi dengan organisasi yang menggunakan pihak ketiga hampir tiga kali ganda berkemungkinan untuk menyaksikan peningkatan. Sedangkan di Malaysia, organisasi yang menggunakan pihak ketiga adalah 11% kurang berkemungkinan untuk melihat peningkatan.
 
"Walaupun tidak ada migrasi awan yang sama, terdapat beberapa blok bangunan teras yang banyak berkongsi migrasi yang berjaya. Pertama, organisasi perlu melakukan satu penilaian perancangan secara menyeluruh yang melihat kepada ROI yang dijangkakan, keperluan latihan kakitangan, risiko keselamatan dan mengenalpasti di mana kepakaran luar diperlukan. Seterusnya, mereka perlu mewujudkan satu rangka kerja penyepaduan berterusan/penyampaian terus menerus yang memanfaatkan perkhidmatan mikro, kontena dan DevOps iaitu satu set amalan yang menggabungkan pembangunan perisian dan operasi teknologi maklumat. Akhir sekali, mempunyai sebuah portal pengurusan awan adalah amat penting untuk memberikan ketampakan akhir-ke-akhir bagi pemantauan dan prestasi yang lebih baik,” kata Sayers.

Untuk mendapatkan lebih banyak keputusan dan maklumat mengenai Barometer Kejayaan Awan Unisys 2019 dan untuk memuat turun satu laporan mengenai hasil tinjauan itu, sila layari www.unisys.com/cloudbarometer.
 
Metodologi
Tinjauan dalam talian Barometer Kejayaan Awan Unisys ke atas 728 pemimpin IT dan 317 pemimpin kanan perniagaan telah dijalankan merentasi 13 buah negara: Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Jerman, Malaysia, Mexico, Belanda, New Zealand, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada Ogos hingga September 2019. Respons daripada 90 organisasi Malaysia dan Singapura adalah dari 56 pemimpin IT dan 34 pemimpin perniagaan.
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari  https://www.unisys.com.my/. Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/Unisys).
                                
                                                                           ###

Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai satu tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
 
SUMBER: Unisys

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.