ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  GT ADVANCED TECHNOLOGIES MENCAPAI PENSIJILAN ISO-9001:2015

Wednesday 13/11/2019



Pengeluaran Utama dan Pencapaian Kualiti dalam Masa Kurang Setahun


HUDSON, N.H., 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- GTAT Corporation, d/b/a GT Advanced Technologies (GTAT), berbangga untuk mengumumkan bahawa mereka telah mencapai pensijilan ISO-9001:2015 menerusi juruaudit TÜV Rheinland di Amerika Utara, sebuah syarikat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan pihak ketiga yang terkenal seluruh dunia. GTAT mengeluarkan bahan silikon karbida di kemudahan utamanya di Hudson, New Hampshire.

“Memperoleh Pensijilan ISO adalah antara perkembangan yang kami berjaya capai dengan sangat pantas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GTAT, Greg Knight. “Dalam masa kurang setahun, kami telah melengkapkan kemudahan kami, mencapai pengeluaran volum dan mencapai pensijilan ISO. Saya rasa tiada syarikat lain dalam industri kami yang berjaya mencapai pencapaian ini dengan lebih cepat.”

Silikon karbida ialah bahan substrat pilihan bagi semikonduktor elektronik kuasa yang digunakan dalam penggunaan seperti kenderaan elektrik dan sebagainya. Silikon karbida CrystX™ GTAT dijual kepada rakan kongsi industri yang mengeluarkan wafer yang dikerat dan gilap. Memandangkan silikon karbida lebih baik berbanding silikon untuk penggunaan sedemikian, permintaan untuknya adalah amat tinggi.

Pertumbuhan pantas GTAT sebagai pengeluar silikon karbida yang mempunyai pensijilan ISO mencerminkan permintaan tinggi daripada pembuat semikonduktor elektronik kuasa. “Tumpuan kami sememangnya untuk menskalakan pengeluaran dan mencapai pensijilan kualiti yang sewajarnya dengan pantas agar pasaran yang berkembang boleh memanfaatkan produk yang kami keluarkan,” kata Knight. Pada Ogos, GTAT telah menandatangani perjanjian pembekalan jangka panjang dengan GlobalWafers Co. (GWC) yang berpangkalan di Taiwan untuk silikon karbidanya, CrystX™.

TENTANG GTAT

GT Advanced Technologies ialah syarikat teknologi pelbagaian dengan kepakaran pertumbuhan habluran dalam silikon karbida dan nilam.  Bahan penting yang mempunyai permintaan tinggi ini memberikan prestasi dan nilai terjamin merentasi pasaran global yang semakin luas.  Syarikat ini menumpukan pada peningkatan bekalan bahan sambil mengurangkan kos, yang membantu mempercepat penggunaan produk seperti kenderaan elektrik, elektronik kuasa, optik aeroangkasa dan infrastruktur telekom 5G yang semakin terkenal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat, sila lawati www.gtat.com.

Maklumat Hubungan
info@gtat.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a0d16c1-6712-4a4c-b54a-08417ba2ae6b 

SUMBER : GT Advanced Technologies

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.