ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SDP AKAN MENERBITKAN FILEM YANG MENGGAMBARKAN KEHIDUPAN ARTIS LEGENDA KATSUSHIKA HOKUSAI

Tuesday 12/11/2019



AsiaNet 81449

TOKYO, 12 Nov.,  2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

SDP, Inc. akan menerbitkan filem “HOKUSAI” yang menggambarkan kehidupan luar biasa artis Jepun yang terkenal di seluruh dunia Katsushika Hokusai di Jepun pada awal musim panas tahun 2020. Ia akan juga dikeluarkan di seluruh dunia secara berturutan. (Diedarkan oleh SDP)

Imej: The Great Wave  
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105740/201910242602/_
prw_PI1lg_S2B253le.jpg

 
Karya seni ukiyo-e beliau mempengaruhi artis-artis barat, seperti Vincent van Gogh, Claude Monet dan Edgar Degas. Akibatnya, beliau memainkan satu peranan penting dalam Japonisme pada abad ke-19 Eropah dan mempunyai impak yang ketara terhadap seni barat moden. Beliau telah disebut oleh majalah Life sebagai seorang daripada “100 orang paling penting dalam 1000 tahun yang lampau.” Karya agung beliau “The Great Wave” telah dijual dengan harga kira-kira $1 juta pada lelongan di New York pada tahun 2017, yang mencerminkan pengaruh beliau yang kekal abadi di dunia.
 
Video: versi Bahasa Inggeris
https://youtu.be/4moFBUZqswU
 
Video: versi Bahasa Perancis
https://youtu.be/ogiFHCILqrA
 
Video: versi Bahasa Cina
https://youtu.be/i7p4TdH773k
 
Video: versi Bahasa Jepun
https://youtu.be/zPiu2aQOOrA
 
Imej: visual poster Bahasa Inggeris
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105740/201910242602/_
prw_PI2fl_Q7FXMj2i.jpg

 
Imej: visual poster Bahasa Jepun
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105740/201910242602/_
prw_PI3fl_lzak5J1i.jpg


- Kisah Hokusai yang tak diketahui sehingga sekarang telah menetapkan standard baharu dan memburu kebebasan

Yang menghairankan, Hokusai menikmati kehidupan selama 90 tahun pada ketika Jepun mempunyai purata jangka hayat hanya 40 tahun. Beliau melukis karya agung beliau, “Thirty-six Views of Mount Fuji” pada usia melebihi 70 tahun. Hiburan telah dianggap untuk menghina rakyat dan artis-artis telah ditindas dengan keras oleh kerajaan feudal, walaupun dalam keadaan kesusahan itu, beliau dikatakan telah menghasilkan lebih daripada 30,000 hasil seni sepanjang karier beliau.

Walaupun populariti beliau yang tidak terhingga sebagai seorang seniman pintar, kehidupan beliau belum pernah didedahkan sepenuhnya. Filem ini menyampaikan sebuah cerita baharu dengan perspektif dan tafsiran yang unik dengan menggunakan bahan-bahan sejarah. Ia menggambarkan artis terkenal itu berdasarkan kepada episod-episod dengan dua orang utama. Satu adalah seorang penerbit yang mengagumkan bernama Tsutaya Juzaburo yang menemui dan membangkitkan bakat muda Hokusai, dan satu lagi adalah penulis cerita popular Ryutei Tanehiko yang menjadi seorang rakan Hokusai dalam usia tua.

Yuya Yagira yang memenangi Anugerah Pelakon Terbaik bagi penampilan beliau dalam “Nobody Knows” (diarah oleh Hirokazu Koreeda) pada Festival Filem Cannes ke-57 akan melakonkan watak Hokusai yang muda dan resah. Min Tanaka, seorang penari antarabangsa yang membuat kemunculan pertama beliau di luar negara dengan melakukan persembahan di Muzium Louvre, akan memainkan Hokusai yang berpengetahuan luas. Pelakon lelaki dan wanita Jepun lain yang berbakat akan menyertai pasangan itu dalam filem ini.

Tahun 2020 akan menandakan ulang tahun ke-260 bagi kelahiran Hokusai. Akan ada banyak acara di seluruh dunia untuk mempamerkan budaya Jepun, kehidupan Hokusai dan karya seni  beliau sebagai seorang ikon Jepun akan pasti menerangi seluruh dunia.

Laman web rasmi: https://hokusai2020.com
(C)2020 HOKUSAI MOVIE
 
Maklumat mengenai SDP
SDP, Inc. adalah sebuah syarikat penerbitan filem yang terlibat dalam penerbitan banyak filem berkualiti tinggi sebagai sebuah ahli gabungan bagi Stardust Promotion, satu daripada syarikat pengurusan penghibur terbesar di Jepun. Kami menghasilkan filem dan kandungan penerbitan yang menarik perhatian penonton dan memperkayakan pasaran dengan membuat pelan tersendiri. Sebagai sebuah syarikat Jepun, kami sentiasa menumpukan usaha kami kepada dunia, secara aktif membina perkongsian dengan studio-studio Hollywood dan lain-lain di luar negara untuk kepentingan hiburan global.
 
Sumber: SDP, Inc.
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.