PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 14, 2019 -Khamis

 
  BILIK STIM-BERSIH DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES

Friday 08/11/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Nov (Bernama-PRNewswire) -- Palace of the Golden Horses hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat My Steam Clean Asia Sdn Bhd untuk menyediakan bilik yang distim bersih untuk para tetamu mereka. Ianya merupakan cara pembersihan yang menggunakan air yang tersejat pada suhu yang tinggi untuk membersih dan ianya mesra alam dan tidak mengandungi bahan kimia.
 
 
"Kami berbesar hati untuk mengumumkan hal ini dimana kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya bilik yang bersih dan telah disterilkan melalui proses stim bersih. Kami di Palace of the Golden Horses sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang cenderung ke arah lebih sihat dan mesra alam untuk para tetamu kami," kata Encik Isaac Raj, Pengurus Besar Palace of the Golden Horses.

Sebagai salah satu usaha kerjasama ini, My Steam Clean Asia telah menyiapkan hotel ini dengan kelengkapan mesin stim bersih berkualiti tinggi yang diimport dari Itali serta menyediakan latihan dari segi teknikal dan pemahaman secara berkala kepada kakitangan Palace of the Golden Horses.

"Kami melihat kerjasama ini sebagai satu peluang keemasan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang perkhidmatan dan produk stim bersih ini dan ia merupakan suatu kelebihan terhadap para tetamu yang sangat mengutamakan kebersihan dan kepada mereka yang mempunyai alahan.  Palace of the Golden Horses merupakan hotel yang sangat ideal untuk kami menyediakan kemudahan stim bersih disamping menguji ketahanan mesin stim bersih kami," jelas Encik Odaya Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif My Steam Clean Asia.

Proses stim bersih bukan sahaja dapat digunakan untuk membersih karpet, cadar, sofa, tilam, penghawa dingin, langsir, dapur dan persekitaran bilik air malah kenderaan juga. Ianya merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membunuh bakteria, kutu tilam dan debu hama. Stim bersih menggunakan suhu tinggi untuk menghilangkan bau yang teresap dan membersihkan hampir semua permukaan dan tersejat dengan sangat cepat menyebabkan permukaan menjadi kering dalam masa yang singkat berbanding menggunakan teknik pembersihan biasa.

Setiap keluarga yang memilih untuk tinggal bersama kami berhak untuk tinggal dalam keadaan sihat dan persekitaran selamat yang bebas dari bakteria berbahaya, virus dan mikroorganisma. Isaac Raj juga menambah bahawa usaha ini merupakan salah satu satu langkah untuk selari dengan prinsip Green Movement Smart Hotel yang dilancarkan pada awal oktober 2019 di mana ianya merupakan inisiatif yang di ambil untuk membantu menjaga alam sekitar.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang bilik yang di stim bersih di Palace of the Golden Horses, boleh menghubungi pihak Jabatan Perhubungan Awam dan Pemasaran di talian 03-8946 4888.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191107/2635650-1
 
HUBUNGI: Shafina Syafei, Ketua, Jab. Perhubungan & Pemasaran, Palace of the Golden Horses, +6019 600 1669, Thasa| Ketua OTG, My Steam Clean Asia, +6012 2050497  
 
SUMBER: My Steam Clean Asia Sdn Bhd

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.