PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 14, 2019 -Khamis

 
  SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES MENGUMUMKAN HASIL SUKU TAHUN KETIGA 2019; MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN PELANGGAN AWAN PERINGKAT 1 BERPANGKALAN DI A.S. YANG BAHARU; DAN MEMBERIKAN KEMAS KINI TENTANG PERHUBUNGAN DENGAN SEQUENTIAL TECHNOLOGY INTERNATIONAL

Thursday 07/11/2019



BRIDGEWATER, N.J., 7 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju utama dan penginovasi dalam platform dan produk awan, pemesejan digital dan IoT hari ini mengumumkan hasil kewangan bagi suku tahun ketiga yang berakhir pada 30 September 2019.

Glenn Lurie, presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu menyatakan “Setakat ini, tahun 2019 merupakan tahun yang amat sibuk bagi Synchronoss dan platform kami berfungsi dengan baik untuk pelanggan baharu, rakan kongsi baharu dan pendapatan bagi setiap satu. Kami telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat utama dalam industri TMT, seperti Amazon, AT&T, BT, Microsoft, Rackspace dan lain-lain yang menerima penyelesaian Synchronoss untuk mempercepat pertumbuhan pendapatan, mengurangkan kos dan mempercepat transformasi digital. Kebanyakan kerjasama ini merupakan model perkongsian pendapatan berasaskan kejayaan yang dijangka akan memacu pendapatan yang bermakna dan penting untuk syarikat pada tahun 2020 dan seterusnya.”

Luri menambah, “Kami amat teruja untuk mengumumkan urus janji awan baharu yang ketiga untuk tahun ini, kali ini dengan pembawa Peringkat 1 berpangkalan di A.S. utama. Pelanggan baharu ini, bersama-sama dengan urus janji awan baharu yang diumumkan terdahulu, menunjukkan bahawa perkhidmatan awan label putih Synchronoss merupakan perkhidmatan yang pembawa perlukan sementara mereka bersedia untuk pelancaran selular 5G secara meluas dan terus mencari sumber baharu pendapatan dan kebolehuntungan.”

David Clark, Ketua Pegawai Kewangan berkata, “Sementara Sequential Technology International (STI) menilai alternatif strategik, berdasarkan proses ini kami telah memutuskan untuk mengambil pendekatan yang lebih konservatif dalam perhubungan kewangan kami. Hasilnya, dalam suku ketiga, kami telah menghapus kira $26 juta bagi akaun belum diterima berkaitan STI yang kini dianggap tidak dapat dikutip. Perhubungan pendapatan dengan STI ini jatuh di bawah piawaian perakaunan pajakan baharu, oleh itu hapus kira itu diambil kira sebagai pelarasan kumulatif pada pendapatan yang dikenal pasti pada tahun 2018 dan 2019 dan dengan itu telah mengurangkan pendapatan GAAP pada suku tahun ketiga daripada $78.2 juta kepada $52.2 juta. Mulai sekarang, pendapatan suku tahun daripada STI akan dikenal pasti berdasarkan jumlah tunai yang kami kumpul dalam pembayaran untuk perkhidmatan kami, yang ketika ini dianggarkan bernilai antara $2.5-$3.0 juta setiap suku tahun. Kami yakin keadaan ini akan membolehkan pengurusan Synchronoss dan pelabur kami berfokus pada masa hadapan syarikat, khususnya pelaksanaan dan penyampaian transaksi yang telah kami umumkan pada tahun ini. Sebelum pelarasan pendapatan STI dibuat bagi tempoh sebelumnya, operasi kami lebih terarah kepada pendapatan asli dan panduan EBITDA bagi tahun tersebut.”

Sorotan suku tahun ketiga:
  • Tidak termasuk hapus kira pendapatan STI tidak berulang, pendapatan suku tahun sepatutnya ialah $78.2 juta. Hapus kira $26.0 juta bukan tunai bagi akaun belum diterima STI, yang diambil kira sebagai pelarasan kumulatif kepada pendapatan terdahulu di bawah piawaian perakaunan pajakan baharu, menjadikan pendapatan GAAP berjumlah $52.2 juta.
  • Kerugian bersih GAAP bagi suku tahun itu, termasuk $26 juta yang dihapus kira oleh STI ialah sebanyak $69.4 juta atau $1.70 sesaham, berbanding $54.5 juta atau $1.38 sesaham bagi suku tahu ketiga tahun sebelumnya. Tidak termasuk hapus kira STI, kerugian bersih Bukan GAAP yang disebabkan oleh Synchronoss ialah $25.3 juta atau 62 sen sesaham, berbanding $33.5 juta pada suku tahun lalu atau 84 sen sesaham.
  • Synchronoss menyampaikan $5.8 juta EBITDA dilaraskan, berbanding $9.4 juta bagi suku ketiga tahun 2018.

Table


Kemas Kini Baharu Perniagaan

Perjanjian dan kerjasama pelanggan baharu yang telah disempurnakan oleh syarikat itu sejak pengumuman pendapatan terakhir termasuklah:
  • Pelanggan awan Peringkat 1 baharu berpangkalan di A.S. utama diumumkan hari ini, yang dijangka melancarkan perkhidmatan awan label putih Synchronoss pada tahun 2020.
  • Kerjasama dengan Accruent, pembekal utama dunia bagi penyelesaian pengurusan sumber fizikal, akan menggabungkan kepakaran Synchronoss dalam analitis bangunan pintar dengan sistem pemantauan aset Accruent. Kerjasama ini akan menghasilkan wawasan bernilai dan kecekapan untuk perusahaan yang merentasi kemudahan dan mengembangkan keberkesanan penyelesaian IoT perusahaan dengan meluas.
  • Surat hasrat dengan CityFM untuk menggabungkan kepakaran mereka dalam kejuruteraan pengurusan kemudahan dengan kepakaran Synchronoss dalam analitis perisian bagi mencipta tawaran pengurusan kemudahan IoT akhir ke akhir yang boleh diskala dan dijangka akan memacu kecekapan yang lebih hebat.
  • Indosat Ooredoo, pembekal perkhidmatan telekomunikasi utama di Indonesia telah memilih Platform Pengalaman Digital (DXP) Synchronoss untuk menyampaikan pengalaman pengguna disatukan dan saling dihubungkan untuk pelanggan yang merentasi semua saluran keterlibatan. Platform Synchronoss juga akan menyokong projek “ekosistem ekonomi digital masa hadapan” Indosat Ooredoo, sebuah inisiatif seluruh negara untuk menggalakkan kerjasama dan membangunkan idea, produk dan cara penggunaan baharu yang melibatkan teknologi IoT untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
  • British American Tobacco (BAT) melancarkan perintis berbilang negara bagi Platform Pengalaman Digital Synchronoss di 25 daripada keseluruhan 2,000 lokasi runcit di Eropah. Penyelesaian DXP Synchronoss akan memberikan BAT keupayaan untuk mereka bentuk, mengerah, mengurus dan mengoptimumkan perjalanan pelanggan dengan cepat sambil memberikan pengalaman disatukan merentasi semua lokasi runcit milik syarikat itu. Ini merupakan pengerahan DXP Synchronoss yang pertama di luar pangkalan pelanggan TMT yang tradisional dan dijangkakan dapat menyediakan penggunaan bukti berkuasa bagi peruncit dengan kedai fizikal tradisional.
  • Pengerahan langsung pertama yang menggunakan DXP Synchronoss dengan Amazon sedang dijalankan dengan pembawa di Singapura dan Mexico. Pembawa ini sedang dalam proses disepadukan dengan Amazon dan dijangka memulakan penawaran perkhidmatan Amazon pada suku tahun keempat. Tiga pengerahan Amazon yang lain sedang dijalankan dan kami menjangkakan beberapa pengerahan besar pada tahun 2020 dan seterusnya.
  • Rackspace telah menandatangani perjanjian selama tiga tahun untuk mengerahkan penyelesaian Bangunan Pintar Synchronoss di lima kemudahan syarikat itu di Amerika Utara, termasuk “The Castle” iaitu ibu pejabat global Rackspace dengan keluasan 1.2 juta kaki persegi di San Antonio, Texas.
  • Selain itu, Rackspace telah melesenkan platform Analitis Kewangan syarikat itu untuk mengurus kos dan menyediakan kebolehlihatan serta memberikan penjimatan dengan menyemak dan mengesahkan ketepatan perbelanjaan dan invois rakan kongsi pihak ketiga yang terbesar dan paling rumit.
Penyelarasan hasil GAAP kepada hasil bukan GAAP telah dinyatakan dalam jadual penyata kewangan yang disertakan siaran akhbar ini. Penerangan ukuran ini dimasukkan di bawah tajuk "Ukuran Kewangan Bukan GAAP."

Butiran Panggilan Persidangan

Synchronoss akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Isnin, 4 November 2019 pada pukul 5:00 petang (ET) untuk membincangkan hasil kewangan syarikat. Untuk mengakses panggilan ini, dail 1-201-493-6784. Selain itu, siaran web langsung panggilan persidangan itu tersedia di halaman Investor Relation pada laman web syarikat di www.synchronoss.com.

Selepas panggilan persidangan, main semula siaran web akan tersedia untuk masa terhad di 1-412-317-6671. Kod laluan main semula ialah 13695428. Arkib siaran web panggilan persidangan ini juga tersedia di halaman Investor Relation di laman web syarikat di www.synchronoss.com.

Ukuran Kewangan Bukan GAAP

Synchronoss telah menyediakan maklumat kewangan terpilih dalam siaran ini yang tidak disediakan menurut GAAP. Maklumat ini merangkumi pendapatan, keuntungan kasar, pendapatan (kerugian) operasi, pendapatan (kerugian) bersih, kadar cukai efektif, pendapatan (kerugian) sesaham dan aliran tunai daripada aktiviti operasi bukan GAAP sejarah. Synchronoss menggunakan ukuran kewangan bukan GAAP ini secara dalaman untuk menganalisis hasil kewangan syarikat dan percaya ukuran itu berguna untuk pelabur sebagai tambahan pada ukuran GAAP dalam menilai prestasi operasi. Synchronoss yakin bahawa penggunaan ukuran kewangan bukan GAAP ini menyediakan alat tambahan untuk kegunaan pelabur dalam menilai hasil dan aliran operasi yang berterusan dan dalam membandingkan hasil kewangan syarikat itu dengan syarikat lain dalam industri yang sama yang kebanyakannya membentangkan ukuran kewangan bukan GAAP yang serupa kepada pelabur. Seperti yang dinyatakan, hasil kewangan bukan GAAP yang dibincangkan di atas menambah semula perbelanjaan pampasan berasaskan saham nilai saksama, kos berkaitan pengambilalihan yang merangkumi kos penyepaduan, perbelanjaan pajakan penstrukturan semula dan tamat penggunaan, perbelanjaan pampasan tertangguh yang berkaitan untuk mendapat hasil keluar dan pelunasan aset tak ketara yang dikaitkan dengan pengambilalihan dan juga sesetengah pelarasan tidak berulang.

Ukuran kewangan bukan GAAP tidak patut diambil kira secara berasingan daripada atau sebagai gantian bagi maklumat kewangan yang disediakan menurut GAAP. Pelabur digalakkan untuk menyemak penyelarasan ukuran bukan GAAP ini dengan ukuran kewangan GAAP yang paling dapat dibandingkan secara langsung seperti yang diperincikan di atas. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penyelarasan hasil GAAP kepada hasil bukan GAAP telah dinyatakan dalam jadual penyata kewangan yang disertakan dalam siaran akhbar ini.

Tentang Synchronoss Technologies, Inc.

Synchronoss mentransformasikan cara syarikat menghasilkan pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi yang baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat di Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berkaitan Synchronoss dan jangkaan, rancangan dan prospek pada masa hadapan yang membentuk "pernyataan prospektif" dengan makna seperti yang terkandung dalam Private Securities Litigation Reform Act 1995. Bagi tujuan ini, pernyataan yang terkandung di sini yang bukan pernyataan fakta sejarah boleh dianggap sebagai pernyataan prospektif. Tanpa mengehadkan perkara yang dinyatakan sebelum ini, perkataan “mungkin”, “perlu”, “menjangka”, “merancang”, “menjangkakan”, “boleh”, “berniat”, “percaya”, “kemungkinan” atau “terus” atau ungkapan lain yang serupa bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan prospektif. Synchronoss telah mendasarkan pernyataan prospektif ini secara umumnya pada jangkaan dan unjuran semasa tentang peristiwa pada masa hadapan dan aliran kewangan yang dipercayai boleh mempengaruhi perniagaan, keadaan kewangan dan hasil operasi Syarikat. Pernyataan prospektif ini hanya memberikan gambaran mulai tarikh siaran akhbar ini dan tertakluk pada beberapa risiko, ketidakpastian dan anggapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko berkaitan keupayaan Syarikat untuk mengekalkan atau meningkatkan pendapatan daripada pelanggan besar dan menjana pendapatan daripada pelanggan baharu, jangkaan Syarikat berkenaan perbelanjaan dan pendapatan, kecukupan sumber tunai Syarikat dan keupayaan untuk memenuhi atau membiayai semula kewajipan hutang sedia ada, strategi pertumbuhan Syarikat, aliran dan cabaran yang dijangkakan dalam perniagaan dan pasaran yang Syarikat beroperasi, jangkaan Syarikat tentang keperluan kawal selia persekutuan, negeri dan asing, saman terhadap Syarikat yang belum selesai yang dinyatakan dalam pemfailan SEC yang terbaru dan risiko dan faktor lain yang dinyatakan dalam bahagian “Risk Factors” dan “Management’s Discussion and Analysis of Financial Condition and Results of Operations” dalam Laporan Kewangan Syarikat pada Form 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 yang difailkan dengan SEC dan tersedia di laman web SEC di www.sec.gov. Syarikat tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini berikutan maklumat baharu, peristiwa pada masa hadapan atau selainnya.

Maklumat Hubungan:

Pelabur:
Joe Crivelli,
Naib Presiden, Hubungan Pelabur
908-566-3131
investor@synchronoss.com

Media:                                                
CCgroup
AS: Diane Rose, +1 727-238-7567 atau Antarabangsa: Anais Merlin, +44 20 3824 9219                                   
synchronoss@ccgrouppr.com


Sila klik di sini untuk butiran:

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC.
KUNCI KIRA-KIRA DISATUKAN RINGKAS
(Belum Diaudit) (Dalam ribu)

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC.
PENYATA OPERASI DISATUKAN RINGKAS
(Belum Diaudit)
(Dalam ribu, kecuali data sesaham)

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC.
PENYATA ALIRAN TUNAI DISATUKAN RINGKAS
(Dalam ribu) (Belum Diaudit)

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC.
PENYELARASAN UKURAN KEWANGAN GAAP KEPADA BUKAN GAAP
(Dalam ribu, kecuali data sesaham)
(Belum Diaudit)

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC.
PENYELARASAN UKURAN KEWANGAN GAAP KEPADA BUKAN GAAP
(Dalam ribu, kecuali data sesaham)
(Belum Diaudit)


SUMBER : Synchronoss Technologies, Inc.

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.