PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 14, 2019 -Khamis

 
  KUMPULAN APAY MEMBUKA IBU PEJABAT MALTA, AKAN MENUNJUKKAN PEMPROSES PEMBAYARAN BERASASKAN BLOK RANTAIAN YANG BERPRESTASI TINGGI DAN URUS NIAGA KAD NILAI YANG DISIMPAN DI SIDANG KEMUNCAK BLOK RANTAIAN MALTA

Wednesday 06/11/2019



Table

Setiausaha Parlimen Kerajaan Malta Yang Berhormat Silvio Schembri merasmikan ibu pejabat aPay pada 4 November 2019 (Foto: Business Wire)


SANTA VENERA, Malta, 6 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- aPay Systems LTD, sebuah pemproses pembayaran dalam talian yang bervolum tinggi, telah merasmikan ibu pejabat mereka yang baharu di Malta pada Isnin. Setiausaha Parlimen Yang Berhomat Silvio Schembri, Ahli Parlimen telah memotong reben di pejabat aras emper, yang terletak di Santa Venera yang bersejarah, Malta. Encik Schembri, yang telah dipilih ke Parlimen Malta pada tahun 2013, bertanggungjawab bagi perkhidmatan kewangan, ekonomi digital, dan inovasi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191105006057/en/

Pada majlis perasmian itu, Yang Berhomat Schembri berkata, “Perasmian bagi pejabat-pejabat ini membuktikan pendirian proaktif kerajaan di dalam menyediakan satu rangka kerja pengawalseliaan yang mantap bagi Teknologi Lejar yang Diagihkan yang memberikan hasil yang berharga dan memperkuatkan keputusan Malta dalam berada di barisan depan bagi industri ini.”

Yang Berhormat Schembri juga mengalu-alukan keputusan aPay Systems untuk mengemukakan hasrat mereka nagi mendapatkan sebuah lesen pembekal perkhidmatan Aset Kewangan Maya Malta, dengan berkata, “Saya berterima kasih kepada aPay Systems kerana bukan sahaja menunjukkan keyakinan mereka terhadap Malta tetapi perubahan yang mempengaruhi kerajaan di dalam sektor ini, yang akhirnya membuktikan suatu suasana yang selamat bagi industri itu untuk beroperasi di dalamnya di samping dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang berharga bagi negara kita.”

Ibu pejabat aPay yang baharu menempatkan kakitangan seramai 25 orang, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Philipp Sauerborn. “Malta adalah tempat yang sangat sesuai bagi kumpulan syarikat aPay. Bagi perkhidmatan kewangan berasaskan blok rantaian yang berinovatif, kesemua laluan dilihat menuju ke Malta, dan aPay telah mewujudkan satu kehadiran fizikal yang signifikan di kawasan paling luas di laluan itu.”

Dalam ucapan bersama Yang Berhormat Schembri, Encik Sauerborn mendedahkan bahawa aPay akan menjadi pempamer terbesar pada Sidang Kemuncak Blok Rantaian Malta, yang dibuka pada Khamis ini. “aPay akan menunjukkan perkembangan baharu yang terbesar di dalam sektor pembayaran dalam talian blok rantaian, yang kami akan pamerkan pada Sidang Kemuncak itu,” kata Encik Sauerborn. Sidang Kemuncak Blok Rantaian Malta akan berlangsung pada 7 dan 8 November.

Demonstrasi teknologi aPay akan menunjukkan kepada pelawat pada Sidang Kemuncak itu  bagaimana untuk melaksanakan urus niaga langsung dari blok rantaian aPay untuk menyimpan nilai akaun kad China UnionPay, Visa dan MasterCard, dengan membaca dan menulis dilaksanakan dalam pecahan sesaat. “Demonstrasi aPay mengenai kebolehkendalian yang bertumpukan blok rantaian yang pantas dengan sebuah rangkaian kad kredit utama akan menakjubkan pengunjung,” kata Encik Sauerborn. “Sebelum penyatuan aPay bagi konsep teknologi yang didorong oleh projek pembangunan blok rantaian aBey, urus niaga yang ditulis ke blok rantaian yang lain akan memerlukan masa beberapa minit, bahkan beberapa jam untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, aPay melengkapkan setiap urus niaga dalam tempoh hanya milisaat. Tidak ada pemproses pembayaran yang bertumpukan blok rantaian yang lain yang dapat menyampaikan kelajuan dan fleksibiliti seperti itu, yang dituntut oleh perniagaan dan pengguna.”

Encik Sauerborn juga mendedahkan bahawa syarikat itu akan mempamerkan kad nilai tersimpan China UnionPay mereka sendiri, yang boleh didapati sekarang. Encik Sauerborn menambah bahawa kad Visa dan MasterCard aPay kini berada di peringkat akhir pelaksanaan. Pelawat pada sidang kemuncak itu boleh membuka akaun dan urus niaga langsung akan dilakukan bagi urus niaga di petak aPay di Sidang Kemuncak Blok Rantaian Malta.

Dr. Ciprian Pungila, pencipta bersama bagi sumber terbuka blok rantaian aBey berkata, “Yayasan aBey sangat gembira untuk menjadi sebuah pemberi lesen bagi teknologi aBey kepada aPay Systems. Permintaan aPay untuk urus niaga yang lancar dan bervolum tinggi dapat dipenuhi dengan mudah oleh teknologi pendasar kami, yang kami percaya adalah di antara yang paling pantas dan paling fleksibel di dunia.” Dr Pungila akan membuat penampilan berjadual di petak aPay serta menyampaikan ucapan dasar pada hari pembukaan Sidang Kemuncak Blok Rantaian Malta, bersama-sama dengan Yang Berhomat Schembri.

Satu minggu selepas demonstrasi teknologi mereka di Malta, aPay Systems akan dipamerkan di Blockshow Asia 2019 di Singapura, yang berlangsung pada 14 dan 15 November. “Di Blockshow Asia, pelawat akan melihat kelajuan dan fleksibiliti yang luar biasa bagi saling boleh kendali atas rantaian aPay Systems dengan kad nilai yang disimpan China UnionPay yang sedia ada dan kad Visa dan MasterCard yang akan datang. Pengunjung ke petak aPay Systems dialu-alukan untuk memohon kad aPay China UnionPay, pra-pendaftaran untuk kad Visa dan MasterCard yang akan datang dan melakukan urus niaga di blok rantaian secara tepat masa,” kata Encik Sauerborn.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Sila layari http://apay.pro dan muat turun kit latar belakang media aPay Systems, yang mengandungi sebuah video sorotan yang disunting selama lapan minit dan transkrip teks lengkap, banyak gambar berkualiti tinggi, dan siaran media dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Cina yang Dipermudahkan: https://we.tl/t-no9Xy0t2Bw

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191105006057/en/ 

Hubungi

Simon Cousins, +1 347 850-3360 & simon@allegravita.com

Sumber : aPay Systems LTD

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.