ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  PERSIDANGAN MEMAHAMI CHINA DIBUKA DENGAN TUMPUAN KEPADA GLOBALISASI, MULTILATERALISME

Tuesday 29/10/2019



AsiaNet 81311    
 
GUANGZHOU, China, 29 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Persidangan Memahami China keempat telah dibuka pada Sabtu di Guangzhou, dengan membawa perbincangan yang mendalam mengenai tema “Globalisasi Baharu dan Pusingan Baharu bagi Pembaharuan dan Pembukaan China.”

Kira-kira 600 ahli politik, ahli strategi, cendekiawan, usahawan dari 17 buah negara dan wilayah, serta wakil-wakil daripada organisasi antarabangsa, telah mengambil bahagian di dalam acara dua hari itu, demikian menurut jawatankuasa penganjur.

Peserta dijangka menghadiri perbincangan mendalam, seminar dan forum dengan tajuk-tajuk termasuk pembangunan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macao, tadbir urus global dan pembangunan ekonomi China.

Sistem perdagangan antarabangsa yang telah memungkinkan pelanjutan dan pengembangan bagi peluang-peluang globalisasi pada masa sekarang berada “di bawah tekanan yang teruk,” kata Ernesto Zedillo, bekas presiden Mexico, pada upacara perasmian.

Beliau menggesa agar usaha bersama dilakukan untuk melindungi multilateralisme global, dengan mengatakan bahawa “kami berharap semua negara boleh mengambil inisiatif untuk melindungi dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala.”

Pandangan beliau telah diulangi oleh Li Yong, ketua pengarah bagi Organisasi Pembangunan Perindustrian PBB, yang memberi amaran terhadap sentimen penyokong dasar perlindungan, dengan mengatakan bahawa ekonomi yang menutup sempadan mereka berdepan dengan risiko menyekat diri mereka daripada peluang-peluang pekerjaan dan pelaburan inovasi.

Pakar-pakar menyokong peranan China di dalam globalisasi.

“Globalisasi dan dasar China sendiri sangat saling melengkapi dan saling menguntungkan. Kita perlu mengiktiraf perkara ini untuk memahami sepenuhnya komitmen China terhadap globalisasi dan pusingan baharu bagi pembaharuan dan pembukaan hari ini,” kata Li.

China telah banyak menyumbang kepada globalisasi, kata Martin Jacques, seorang fellow kanan di Jabatan Politik dan Pengajian Antarabangsa di University of Cambridge, dan menambah bahawa satu daripada pandangan asas China berhubung globalisasi adalah keterangkuman, yang membolehkan China untuk mengintegrasikan dengan lebih baik ke dalam ekonomi dunia.

“Kita perlu melancarkan globalisasi baharu. Ia akan menjadi sangat sukar, tetapi kita boleh berjaya,” kata Kishore Mahbubani, seorang fellow terunggul di Institut Penyelidikan Asia di Universiti Nasional Singapura.

Dilancarkan pada tahun 2013, Persidangan Memahami China telah bertindak sebagai satu platform bagi dunia untuk memahami strategi pembangunan China.

Guangzhou, ibu negara bagi kuasa ekonomi untuk Wilayah Guangdong di selatan China, telah berada di perbatasan bagi pembaharuan dan pembukaan China. Hari ini, sebagai sebuah bandar raya pusat kebangsaan dan sebuah pintu masuk komprehensif, Guangzhou telah menetapkan satu asas yang kukuh dari segi perdagangan luar negeri, persekitaran perniagaan, transformasi perindustrian, pertukaran antarabangsa dan tadbir urus sosial. Dengan China semakin terbuka, Guangzhou telah membentuk satu corak pelbagai dimensi, julat lebar dan pelbagai tingkat untuk membuka diri mereka.

KDNK bagi Guangzhou meningkat sebanyak 6.9 peratus dalam sembilan bulan pertama tahun ini kepada lebih 1.78 trilion yuan (USD 252 bilion), demikian menurut kerajaan bandar raya itu.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Memahami China Guangzhou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.