PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 14, 2019 -Khamis

 
  LEBIH DARI 6,000 ORANG TELAH MENAMATKAN SEPARUH MARATON DENGAN "SISA SIFAR", DAFENG MEMULAKAN LANGKAH BAGI PEMBANGUNAN HIJAU

Thursday 24/10/2019



AsiaNet 81227

NANJING, China, 24 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 20 Oktober, Separuh Maraton “Kuasa Angin” ke-2 di Daerah Dafeng, Bandar raya Yancheng telah berakhir dengan jayanya. Lebih dari 6,000 orang pelari dari industri tenaga baharu kebangsaan dan bidang lain menamatkan acara itu. Pertandingan itu terdiri daripada tiga kumpulan bagi separuh maraton, larian kesihatan dan larian mini, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Daerah Dafeng.

Maraton “Kuasa Angin” itu adalah acara maraton yang pertama di dalam industri kuasa angin. Ia komited untuk mewujudkan satu siri acara-acara jenama industri. Acara tahun ini adalah pertandingan yang kedua dan telah dinaik taraf kepada Kelas A. Dengan mengambil kejayaan Kawasan Perlindungan Burung Hijrah di sepanjang Pantai Laut Kuning-Teluk Bohai di China (Fasa I) sebagai Warisan Dunia, tema itu ialah “Dafeng Hijau, Goldwind yang Berinovatif”. Ia meluluskan idea yang mesra hijau, sihat dan mesra alam sekitar dan melancarkan “Sisa sifar” di dalam acara itu untuk mewujudkan satu acara sukan yang benar-benar hijau dan mesra alam sekitar.

Sebagai satu “Kad Hijau” di dalam industri tenaga baharu dan sukan, acara itu tidak disangsikan lagi menekan “butang kelajuan” bagi transformasi perindustrian dan pembangunan hijau Dafeng.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bergantung kepada kelebihannya yang unik di dalam sumber laut dan kuasa angin, serta zon demonstrasi pelancongan kebangsaan dan kumpulan pertama negara bagi zon demonstrasi ekologi, Dafeng mempunyai pembangunan yang mantap bagi industri tenaga baharu dan pembuatan peralatan. Projek “Pelancongan +” telah mencapai kemajuan yang hebat.

Hanergy Hanwa dengan jumlah pelaburan sebanyak 6.4 bilion yuan, kabel laut Sunway dengan jumlah pelaburan sebanyak 5 bilion yuan, Chundian Technology dengan jumlah pelaburan sebanyak 2.5 bilion dan projek-projek industri pembuatan tenaga baharu dan peralatan yang lain telah ditandatangani, Longyuan Power, CanadianSolar, kuasa angin Runlong dan Yongjia Power telah mula beroperasi. Dengan disokong oleh Yellow Sea Wetland dan tempat pemandangan indah 5A kebangsaan, Milu Town dengan jumlah pelaburan sebanyak 3 bilion yuan telah dipromosikan secara menyeluruh, dengan menyepadukan sepenuhnya Eco Villiage, Plum Bay, mempercepatkan pembinaan sebuah bandar yang mempunyai persekitaran kehidupan yang berkualiti tinggi dan bebas daripada kereta, landskap mini. Industri tenaga baharu itu terus menerus turut serta dan telah menyuntik kuasa ke dalam transformasi ekonomi bagi Dafeng. Semakin banyak landskap pelancongan sedang memperkayakan taman ekologi Dafeng.  

Mempercepatkan pembinaan projek dan membina jalan bagi pembangunan ekologi, Dafeng yang hijau itu menjadi semakin lebih baik.

SUMBER: Pejabat Penerangan bagi Daerah Dafeng, Kerajaan Perbandaran Yancheng

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.