PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 14, 2019 -Khamis

 
  ​KAWASAN BAHARU BINHAI TIANJIN MEMPERCEPATKAN PENINGKATAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN

Wednesday 16/10/2019



AsiaNet 81068
 
TIANJIN, China, 16 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Di Kawasan Baharu Binhai Tianjin, berapa lama agaknya masa yang diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan proses daripada pembidaan untuk hak menggunakan tanah kepada mendapatkan sebuah permit perancangan projek dan kemudian mendapatkan sebuah permit pembinaan untuk memulakan pembinaan?

“Saya tidak menjangkakan ia akan selesai dalam hanya 35 hari bekerja,” kata seorang pemohon di dewan perkhidmatan pentadbiran bagi Kawasan Baharu Binhai. Proses penilaian dan kelulusan adalah sangat efisien dan pantas oleh kerana pejabat perkhidmatan pentadbiran itu, setelah mengetahui tentang kesukaran yang dihadapi oleh perusahaan, telah menyediakan perkhidmatan yang menyokong proses keseluruhan, dan mengambil banyak langkah untuk menyelaraskan proses itu. Ia juga berusaha untuk mengurangkan dengan ketara masa penilaian dan kelulusan dan meningkatkan kecekapan dengan mengambil langkah-langkah selari.

Kes itu juga melibatkan usaha pembaharuan yang lain untuk mengurangkan item dan bahan permohonan, pautan, lesen dan masa. Sebagai contoh, pengesahan urus niaga tanah telah digunakan sebagai rujukan kelulusan dan bukannya prosedur kelulusan tanah. Sementara itu, perusahaan yang berkelayakan boleh mendapatkan kebenaran perancangan projek pembinaan melalui penilaian komitmen dan mekanisme kelulusan.

Pada awal tahun 2019, pejabat perkhidmatan pentadbiran Kawasan Baharu Binhai telah dibuka secara rasmi, meliputi fungsi yang termasuk kelulusan pentadbiran dan peningkatan persekitaran perniagaan. Ia direka bentuk untuk membantu peralihan perkhidmatan pentadbiran daripada penilaian yang standard dan cara kelulusan yang terdahulu kepada perkhidmatan yang lebih mudah, mesra pengguna dan berkualiti untuk orang awam dan perusahaan.

Pada awal tahun ini, Tianjin telah mewakilkan satu jumlah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu 597 item bagi kuasa perbandaran kepada Kawasan Baharu Binhai. Sebagai peneraju utama bagi pembangunan ekonomi perbandaran itu, Kawasan Baharu Binhai telah menangani isu-isu yang berbangkit daripada pembangunan teknologi baharu, industri baharu, bentuk perniagaan baharu, dan mod baharu dengan menggabungkan keadaan tempatan dan mencari penyelesaian yang praktikal dan khusus. Ia telah menghapuskan rintangan penentu yang terakhir dalam perwakilan kuasa dan merealisasikan perkhidmatan pentadbiran rumah ke rumah.

SUMBER: Pusat Pertumpuan Media dengan Kawasan Baharu Binhai Tianjin

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.