ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  CSC DINAMAKAN 10 SYARIKAT PERUNDINGAN/PERKHIDMATAN TEKNOLOGI UNDANG-UNDANG UTAMA

Tuesday 15/10/2019



APAC CIO Outlook memilih 10 syarikat terbaik yang dapat membantu komuniti undang-undang 

SINGAPURA, 15 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CSC telah dipilih sebagai satu daripada 10 Syarikat Perundingan/Perkhidmatan Teknologi Undang-undang yang Utama pada tahun 2019 oleh APAC CIO Outlook.

“Dengan begitu banyak syarikat perundingan/perkhidmatan undang-undang yang menawarkan perkhidmatan yang serupa ... lembaga editorial APAC CIO Outlook telah menilai dan menyenarai pendek beberapa daripada organisasi yang paling menonjol di dalam industri itu, seperti CSC,” demikian menurut majalah itu.

Kehormatan ini diberikan untuk memilih beberapa syarikat yang telah memperoleh kepercayaan daripada komuniti undang-undang di APAC.

“Kami amat teruja untuk menjadi di antara 10 Syarikat Perundingan/Perkhidmatan Teknologi Undang-undang yang Utama di Asia. CSC telah melakukan banyak perkara dalam mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya untuk mendapatkan aset digital, termasuk nama-nama domain,” kata Jayce Yeo, pengarah jualan serantau, APAC.

CSC telah dipilih melalui satu proses pelbagai lapisan, termasuk input daripada sebuah panel penilai dan maklum balas pelanggan, yang mana APAC CIO Outlook mempunyai lebih 60,000, yang terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat, Ketua Pegawai Teknologi, ketua bagi operasi undang-undang, ketua amalan, dan ketua privasi dan pegawai-pegawai keselamatan maklumat.

CSC juga dipaparkan dalam kisah di muka depan majalah itu, “Jenama Anda: Dijamin Selamat!,” yang membincangkan mengenai pentingnya keselamatan aset digital, yang kini boleh diperolehi di cscdigitalbrand.services/en/apac-cio.

“Terdapat langkah-langkah untuk memantau secara proaktif penyalahgunaan jenama dan menguatkuasakan hak, dan kami gembira bahawa perlindungan jenama dan mesej keselamatan siber kini semakin diambil berat oleh kepimpinan kanan di seluruh kumpulan fungsian utama seperti IT, undang-undang, dan keselamatan di banyak organisasi pada hari ini,” kata Yeo.

Maklumat mengenai CSC

CSC menyokong syarikat-syarikat yang membuat pelaburan besar di dalam postur keselamatan mereka dengan mendedahkan titik-titik buta yang wujud di dalam aset internet asas seperti nama domain, DNS, dan sijil digital. Dengan memanfaatkan penyelesaian keselamatan proprietari kami, CSC menjamin syarikat-syarikat selamat daripada ancaman siber terhadap aset digital mereka, membantu mereka mengelakkan kerugian hasil yang dahsyat, kerosakan reputasi jenama, atau penalti kewangan yang signifikan akibat daripada dasar seperti GDPR. Bersama-sama dengan aset internet, CSC melindungi jenama dalam talian yang dieksploitasi melalui laman web palsu, penipuan, dan pelanggaran IP, dan membantu memantau dan mengurangkan masalah ini, menyediakan perkhidmatan penguatkuasaan dan nasihat untuk melindungi kebanyakan daripada jenama terbesar di dunia. Ketahui lebih lanjut di cscdigitalbrand.services.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191014005025/en/ 


Hubungi

Untuk maklumat lanjut:
Bilik Berita CSC®


Laura Crozier
Pengurus Perhubungan Awam, Amerika Syarikat
(302) 636-5401 x. 65526
laura.crozier@cscglobal.com

Letitia Thian
Pengurus Pemasaran, APAC
+65 6671 0281
letitia.thian@cscglobal.com

Sumber: CSC

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.