ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PASUKAN MALAYSIA BERJAYA MENJUARAI TAIWAN EXCELLENCE ESPORTS CUP (TEEC) GRAND FINALE

Tuesday 15/10/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Okt (Bernama-PRNewswire) -- Tiga juara Malaysia mengharumkan nama Malaysia setelah berjaya muncul sebagai pemenang Taiwan Excellence Esports Cup yang merangkumi penyertaan 30 pasukan. Acara ini dianjurkan oleh Taiwan External Trade Development Council (TAITRA). Jumlah wang hadiah dibahagikan bernilai RM113,000 antara kumpulan peserta-peserta. Sebanyak 30,000 penonton turut menyaksikan acara Grand Finale secara online dan 17,389 pengunjung hadir di Berjaya Times Square sempena acara Grand Finale yang diadakan di peringkat kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini.
 
Wakil dari Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung berkata "Pada tahun 2018, kami telah mengadakan Taiwan Excellence Intercollege Battleground (TEIB), dan ia merupakan kejayaan yang amat mengalakkan. Jadi pada tahun ini, kami telah kembali dengan inspirasi baru- Taiwan Excellence Esports Cup. TEEC kembali dengan visi yang lebih besar, iaitu menyediakan platform antarabangsa bagi pemain-pemain esports Malaysia untuk mendapatkan pengalaman menggunakan produk esport terbaik dan terkini, serta mempamerkan teamwork terbaik mereka semasa pertandingan mersa di Taiwan."

Lebih 283 pasukan berdaftar dan kira-kira 1,415 peserta-peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Keupayaan kejohanan ini untuk menarik bilangan penyertaan yang begitu banyak adalah disebabkan oleh sokongan kuat daripada jenama-jenama esport Taiwan yang unggul termasuk Aero, Aorus, CoolerMaster, InWin, MSI, Predator, Republik of Gamers (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK, dan Zowie

Perjalanan mereka bermula pada bulan April tahun ini dengan pertandingan tanpa henti melalui beberapa peringkat untuk menempatkan mereka di Grand Finale Taiwan Excellence Esports Cup. Juara-juara Malaysia baru ini telah bertanding dalam tiga kategori gaming utama; CS: GO, DotA 2 dan League of Legends, dengan setiap pasukan berjaya pulang dengan RM10,000.

Jurulatih pemenang categori CS: GO untuk pasukan Frostfire, Andrew "Bali" Joseph menyatakan kebanggaannya dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya semalam. "Kami memang gembira kerana berjaya menjulang trofi kemenangan dalam kejohanan ini. Melalui kejohanan ini, kami menyaksikan peluang hebat yang bukan sahaja membenarkan kita untuk bersaing tetapi juga mendapat pengalaman penting yang hanya boleh didapati di kejohanan yang diadakan di luar negara. Kami benar-benar menikmati masa kami di pertandingan ini. "

Bagi pasukan yang memenangi CS:GO, destinasi mereka seterusnya adalah ke Taiwan untuk mengambil bahagian dalam perlawanan "friendly", di mana semua perbelanjaan mereka akan ditajai. Di sana, mereka akan bersaing dengan juara-juara lain dari Taiwan, Thailand, Filipina dan India untuk hadiah utama yang bernilai US$2,000.

Pemenang-pemenang dan hadiah-hadiah TEEC 2019

CSGO:
Pasukan pemenang : FrostFire (RM10,000)

Dota 2:
Pasukan pemenang : Flower Gaming (RM10,000)

LoL:
Pasukan pemenang : Pepega (RM10,000)

Sumber: Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)
 
HUBUNGI: Sze Yuen +60-0102579523
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.