ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KOMEN KETUA EKSEKUTIF PERKESO MENGENAI BAJET 2020

Monday 14/10/2019



KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- PERKESO mengalu-alukan Belanjawan 2020 dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana memberi fokus kepada keselamatan sosial rakyat dalam Belanjawan tersebut. Ini termasuk Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan perluasan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Keputusan Kerajaan ini akan membolehkan PERKESO meluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan yang masih belum dilindungi serta memastikan mereka mendapat perlindungan minimum keselamatan sosial.

Golongan suri rumah yang merupakan tulang belakang keluarga, turut sama terdedah dengan pelbagai risiko seperti kemalangan, penyakit, keilatan, dan sebagainya yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, penjagaan dan kebajikan apabila ditimpa musibah. Perlindungan sosial kepada suri rumah melalui Skim baharu ini bukan sahaja menyumbang kepada keharmonian rumah tangga tetapi juga kestabilan masyarakat.

Belanjawan 2020 juga menyokong usaha PERKESO dalam meluaskan perlindungan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri. PERKESO kini sedang bersedia menghadapi Revolusi Industri ke-4 dengan memberi perlindungan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri seperti golongan yang menggunakan platform ekonomi gig atau “gig-economy”. Ini termasuk perkhidmatan penghantaran makanan Food Panda serta GrabFood, dan mungkin juga Gojek, jika perkhidmatan ini beroperasi di negara ini.

Oleh itu, PERKESO akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melebarkan jaringan keselamatan sosial kepada lebih ramai rakyat di negara ini.

​Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed
Ketua Eksekutif
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Sila klik di sini untuk:

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : FATEN NABILA BINTI ROSLAN
Tel : 03-4264 5000 (ext: 5194)​
E-mel: nabila.roslan@perkeso.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.