ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  FESTIVAL SENI SELAT MELAKA "SELAT MELAKA, WARISAN NUSANTARA"

Monday 14/10/2019



“ALERT : Program Festival Seni Selat Melaka 2019 merupakan salah satu program tarikan pelancong ke Malaysia melalui 21 persembahan gabungan seni budaya Negeri Selat iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tiga Puluh Tiga (33) agensi Kerajaan dari negeri Melaka telah turut serta menjayakan FSSM2019, tujuh (7) agensi swasta, sebelas (11) persatuan dan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan dan dua (2) komuniti. – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara”

BANDA HILIR, Melaka 14 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah berganding bahu bagi menjayakan sebuah Program Pelancongan Budaya Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula jumaat ini bertempat di pekarangan Kota A Famosa, Jalan Kota, Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

FSSM2019 yang bertemakan “Selat Melaka, Warisan Nusantara” mengetengahkan pelbagai aktviti berteraskan seni budaya, warisan, pelancongan, keilmuan, keusahawanan, gaya hidup dan pencungkilan bakat muda negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia.
  
Di antara pengisian menarik FSSM 2019 adalah Acara Kemuncak Malam Gala Selat Melaka (19 Oktober 2019 Sabtu) serta pengisian lain iaitu Persembahan Sisipan (Showcase) Warna-warni Selat Melaka, Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka, Pusat Transformasi Rakyat, Bazaar Citrarasa Inap Desa Selat Melaka, Bazaar Selat Melaka: Seni Budaya dan Pelancongan, Sesi Keilmuan & Perkongsian Ilmu dan Joget Lambak@Melaka sebagai Acara Penutup. Kerajaan Negeri Melaka juga turut mengangkat FSSM2019 terutama untuk acara Malam Gala Muzikal Selat Melaka sebagai sebahagian daripada acara Sambutan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob.

Tujuan program ini diadakan adalah mengangkat Seni Budaya Warisan Masyarakat Negeri Selatan dalam konteks seni persembahan merangkumi Negeri Melaka, Negeri Sembilan Dan Johor juga Negara jemputan yang berkongsi seni budaya di perairan Selat Melaka.
 
“Program ini adalah salah satu elemen tarikan pelancong kerana ianya mampu memberi impak kepada industri pelancongan negara menerusi peryerlahan seni dan budaya khususnya bagi selatan negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dan negara jemputan yang berkongsi perairan Selat Melaka seperti Sumatera Barat Indonesia, Kepulauan Riau-Lingga, Batam dan juga Singapura.” kata Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Norliza Rofli dalam satu kenyataan hari ini. 

FSSM2019 diharapkan menemukan idea dan medan pertemuan baharu para karyawan dan semua yang terlibat dalam sektor seni budaya dan warisan di seluruh Malaysia dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri budaya, warisan dan pelancongan untuk disepadukan sebagai salah satu bentuk ekosistem ekonomi dan perdagangan yang baharu hasil gabungan antara usaha melestarikan kandungan seni, budaya, warisan di samping usaha memupuk generasi muda bersekali dalam sektor terbabit. Ini adalah selaras dengan misi kementerian untuk memajukan pelancongan dan budaya di samping mengukuhkan, memelihara dan memelihara seni, budaya dan warisan. Malah usaha menyediakan modal insan yang berpengetahuan, mahir, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan budaya.

FSSM2019 juga adalah lambang sokongan padu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan JKKN dalam menyemarakkan Tahun Melawat Melaka 2019 yang dipacukan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan sekaligus menjadi permulaan yang baik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan datang.
 
Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
 
Tel : 03-2614 8200 
Faks : 03-2697 0786
Website: www.jkkn.gov.my  atau https://pemetaanbudaya.my
Email: ukk@jkkn.gov.my

Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negara  dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube : @mysenibudaya 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.