ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  RIG PERLOMBONGAN BERKUASA PADA TAWARAN PROMOSI OLEH BITHARP

Thursday 19/09/2019



WELLINGTON, New Zealand, 19 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BitHarp ( www.bitharp.com ), syarikat berpangkalan di New Zealand yang berdedikasi untuk mencipta rig perlombongan berprestasi tinggi, baru sahaja memperkenalkan kempen promosi 3 tambah 1 yang menarik untuk produk Lyre Miner dan Harp Miner yang dilancarkan baru-baru ini.Tawaran khas ini akan tersedia sehingga 2hb Oktober, menawarkan satu rig perlombongan secara percuma tanpa kos kepada sesiapa yang membeli tiga unit.

BitHarp mendapat perhatian baru-baru ini dengan pelancaran rasmi dua rig perlombongan cekapnya.Semasa mereka bentuk pelombong ini, syarikat memberikan fokus lebih pada prestasi produk dan kebolehuntungan pengguna.Sesuai untuk digunakan di rumah, pejabat, serta pusat data, kedua-dua rig ini berupaya untuk melombong Bitcoin, Litecoin, Ethereum dan Dash.Kedua-dua Lyre Miner dan Harp Miner amat berkuasa, menawarkan kadar kuasa hash yang luar biasa dengan penggunaan tenaga yang agak rendah seperti yang tersenarai di bawah.

Lyre Miner:335 TH/s untuk Bitcoin, 55 GH/s untuk Litecoin, 14 GH/s untuk Ethereum, dan 9 TH/s untuk Dash dengan penggunaan tenaga sebanyak 600W. 

Harp Miner:2000 TH/s untuk Bitcoin, 300 GH/s untuk Litecoin, 75 GH/s untuk Ethereum, dan 50 TH/s untuk Dash dengan penggunaan tenaga sebanyak 2400 W.

Salah satu objektif utama BitHarp adalah untuk menjadikan manfaat perlombongan kripto boleh diakses kepada semua individu yang tiada pengetahuan atau pengalaman tentang perlombongan.Kedua-dua produknya dihantar dengan diprakonfigurasikan, membolehkan pelanggan untuk terus memasangkannya, memilih syiling yang ingin dilombong, memasuki data himpunan dan mula melombong.Paling penting, produk ini berupaya menyampaikan ROI yang ketara dalam tempoh masa yang pendek.

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan tawaran promosi 3 tambah 1 baharu kami.Di BitHarp, kami sentiasa mencari cara untuk membuatkan perlombongan kripto lebih menguntungkan untuk pelanggan kami,” kata jurucakap dari BitHarp.“Kini, anda boleh mendapatkan empat rig perlombongan berprestasi kami dengan membayar harga tiga rig, sehingga 2 Oktober.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lyre Miner dan Harp Miner, sila lawati https://www.bitharp.com/

Tentang BitHarp:BitHarp merupakan pengeluar kriptowang yang berpangkalan di New Zealand bagi rig perlombongan yang paling berprestasi tinggi dan fleksibel yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan untuk pelabur.


Maklumat Hubungan:
Alexa Zimine
alexa@bitharp.com
+64 9884 8279

Sumber: Bitharp Group Limited

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.