ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ZYNGA LANCAR PERMAINAN PENGEMBARAAN TEKA-TEKI BAHARU YANG MEMPESONAKAN MERGE MAGIC!

Thursday 19/09/2019



Table
 
Permainan Pengembaraan Teka-teki Baharu Merge Magic! (Grafik: Business Wire)


Susulan kepada Merge Dragons! Yang Sangat Popular, Merge Magic! Membolehkan Pemain Untuk Menjelmakan Makhluk Baharu Mitos
 
SAN FRANCISCO, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc.  (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan pelancaran Merge Magic! di seluruh dunia! – sebuah permainan teka-teki pengembaraan yang serba baharu di mana pemain boleh menghapuskan sumpahan pada dunia-dunia baharu yang penuh misteri dengan menggabungkan pelbagai makhluk dan dengan memadankan barang baharu untuk memenangi ganjaran yang membolehkan mereka untuk membuka kunci kepada kejutan-kejutan yang mempesona di sepanjang perjalanan.
 
Merge Magic! dibangunkan oleh Gram Games, studio yang telah menghasilkan permainan popular seperti Merge Dragons!, 1010! dan Six!. Permainan itu memaparkan grafik baharu yang mewah, menakjubkan dan permainan yang sangat menarik yang membawa padanan teka-teki ke taman anda sendiri yang dipenuhi dengan binatang-binatang yang unik dan ajaib. Pernahkah anda terbayang bagaimana rupanya gabungan seekor burung merak dan seekor kucing? Dalam Merge Magic!, ‘Peacat’ itu hanyalah merupakan satu daripada banyak haiwan hibrid yang tidak dapat dibayangkan yang anda boleh temui dalam permainan.
 
“Kami mahu mencipta sebuah permainan teka-teki baharu di mana pemain boleh menggabungkan apa sahaja bersama untuk mencipta makhluk-makhluk mitos yang unik yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa sebelum ini,” kata Eren Yanik, Ketua Pegawai Produk bagi Gram Games. “Kemungkinannya adalah sangat merangsangkan dalam Merge Magic!, dengan mengambil permainan pengenalan kami ‘padan dan menetas’ ke tahap baharu yang mempesonakan, dengan menawarkan begitu banyak penerokaan yang mendalam kepada pemain dan mengasyikkan mereka pada sepanjang perjalanan mereka. Acara-acara dalam permainan kami pada masa hadapan akan juga menawarkan kepada komuniti itu dengan cara yang berbeza untuk berinteraksi dan menikmati permainan itu, tidak sekadar acara-acara kami yang dirancang untuk musim luruh dan Halloween yang akan datang.”
 
Dalam Merge Magic!, pemain akan bertemu dengan cerita-cerita dongeng yang mempesonakan dan pencarian yang tersembunyi di dunia penuh misteri di Mythia, di mana mereka boleh menggabungkan segala sesuatu untuk menjadi barangan yang lebih baik dan lebih berkuasa untuk perjalanan mereka melalui ‘penggabungan’. Dalam permainan itu, satu-satunya harapan untuk menghapuskan sumpahan dari tanah yang disumpah itu bergantung pada kuasa luar biasa pemain untuk menggabungkan apa saja - telur, pokok, harta karun, bintang, bunga ajaib dan juga makhluk mitos.
 
Merge Magic! mengangkut pemain ke dunia baharu penuh khayalan di mana mereka akan menemui makhluk-makhluk mitos seperti unikorn dan pari-pari agresif yang kuat dan mewujudkan hibrid yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti menggabungkan seekor gajah dan kupu-kupu untuk membuat butterphant,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Pemain-pemain akan menikmati keseronokan selama berjam-jam lamanya dalam menemui objek-objek ajaib, mewujudkan makhluk, dan menghapuskan sumpahan pada alam baharu yang penuh misteri.”
 
Telur dapat ditetas ke dalam keajaiban magik, yang dapat mengembang untuk menemui makhluk-makhluk hibrid baharu yang lebih kuat. Pemain akan menemui dan menyelesaikan tahap-tahap teka-teki yang mencabar di mana ia dipadankan dengan barangan untuk menang, kemudian membawa ganjaran itu kembali ke taman mereka untuk dikumpul dan dikembangkan.
 
Bersedialah untuk mendedahkan magik itu apabila anda menggabungkan taman anda untuk menjadi sempurna dan memupuk ciptaan luar biasa anda!
 
Ciri-ciri Permainan:
  • Temui beratus-ratus objek hebat untuk dipadan, digabung dan berinteraksi dengan lebih daripada 80 cabaran!
  • Membongkar pari-pari, unikorn, minotaur dan makhluk hibrid yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti Peacat (burung merak dan kucing) dan banyak lagi.
  • Satu sumpahan jahat telah diletakkan di taman itu: Perangi kabus itu dan hapuskan sumpahan itu untuk memulihkan, dan mengambil semula rumah makhluk itu!
  • Berhati-hati dengan ahli sihir: Dalam perjalanan teka-teki anda, anda mungkin bertembung dengan ahli sihir jahat, oleh itu berhati-hatilah!
  • Mengambil bahagian di dalam acara-acara yang kerap dan menangi makhluk canggih untuk dibawa balik ke taman anda.
 
Merge Magic! kini boleh diperolehi untuk  iOS dan Android sebagai muat turun percuma.
 
Nota Editor
  • Untuk melihat aset sokongan untuk Merge Magic! termasuk treler pelancaran, sila klik di sini.
 
Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook.
 
Maklumat mengenai Gram Games

Gram Games adalah sebuah studio pembangunan permainan mudah alih, yang komited untuk menyampaikan permainan sosial berkualiti tinggi yang mewujudkan ikatan sebenar melalui permainan. Ditubuhkan pada tahun 2012, dan baru-baru ini diperolehi oleh Zynga pada tahun 2018, Gram Games telah membina sebuah pasukan terdiri daripada profesional industri yang memberi tumpuan kepada mewujudkan permainan yang menarik untuk platform mudah alih di studio mereka di London dan Istanbul - termasuk Merge Dragons! dan 1010! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gram.gs.
 
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, pengeluaran acara-acara dalam permainan Merge Magic! pada masa akan datang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “berhasrat,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang pada umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian itu atau kejayaan ke atas perkara itu yang dicakupi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang melibatkan risiko, ketidakpastian, dan anggapan yang signifikan. Kebergantungan tidak wajar tidak harus diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, yang didasarkan kepada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini adalah atau akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Hubungan Pelabur kami di http: http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.
 
Galeri Foto/Multimedia Tersedia: https://www.businesswire.com/news/home/52091866/en
 
Hubungi
Sarah Ross | Zynga
saross@zynga.com | 310-924-1404
 
Atau
 
Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa
ONE PR Studio (bagi pihak Zynga di Amerika Syarikat) / zynga@oneprstudio.com / (510) 893-3271
 
Sumber : Zynga
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.