ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 21, 2024 -Khamis

 
  'DIRECT LENDING' MEMBUKA PELUANG UNTUK PINJAMAN SELAMAT DAN BERPATUTAN

Tuesday 10/09/2019



‘Direct Lending’ menawarkan platform pinjaman peribadi digital khas untuk mereka yang tidak layak mohon pinjaman bank
 
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Menurut Laporan Bank Dunia mengenai Penyertaan Kewangan di Malaysia (Mei 2017), hanya 25% daripada golongan dewasa dan 15% dalam golongan B40, mempunyai pinjaman bank. Pilihan perkhidmatan kewangan adalah terhad kepada mereka yang bekerja keras tapi permohonan pinjaman mereka ditolak oleh pihak bank, dan tidak lupa juga berita gempar mengenai penipuan pinjaman yang berleluasa ataupun pemberi pinjaman tidak berperikemanusiaan yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kesempitan. 
 
Berlandaskan misi untuk mengatasi masalah sosial tersebut, Hui Yik Seong, seorang bekas pekerja bank, menubuhkan Direct Lending Sdn Bhd (Direct Lending) pada tahun 2016. Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian di Malaysia yang membolehkan peminjam yang tidak memenuhi syarat pinjaman bank untuk membuat pencarian, perbandingan, permohonan dan kelulusan bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka dengan cara cepat, mudah, selamat, dan berpatutan. Pembiayaan di platform Direct Lending adalah ditawarkan oleh institusi kewangan yang diiktiraf, badan koperasi serta syarikat pinjaman, direka khas untuk kakitangan kerajaan dan swasta. Rakan niaga pertama Direct Lending adalah RCE Marketing Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
 
Direct Lending menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada peminjam, daripada menerima kelayakan pinjaman dengan segera, memohon pinjaman secara formal sehinggalah memperoleh wang di dalam akaun. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Direct Lending adalah 100% percuma. Malah, untuk mengurangkan beban peminjam, Direct Lending menawarkan rebat tunai kepada peminjam, dan sehingga hari ini, sudah lebih RM300,000 rebat tunai yang telah diberikan. Untuk mengurangkan tekanan peminjam, Direct Lending memperoleh 90% kadar kelulusan pinjaman apabila permohonan dihantar kepada pemberi pinjaman untuk diproses. 
 
Direct Lending baru-baru ini menerima sebuah geran bernilai RM300,000 daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., sebuah agensi kerajaan yang telah memperoleh mandat untuk memberikan dana kepada syarikat baru berasaskan teknologi yang mempunyai potensi serta kaliber yang tinggi menerusi Program Pelaburan Cradle (CIP300). 
 
Direct Lending bercadang untuk menggunakan dana CIP300 untuk mengukuhkan kemampuan beroperasi dan menggerakkan kerja pemasaran syarikat supaya menjadi platform pilihan utama untuk individu yang bekerja keras dalam mendapatkan pinjaman peribadi untuk bantu mereka memperoleh dana kecemasan atau merealisasikan impian mereka dengan cara selamat.
 
Selain daripada geran sebanyak RM300,000, Cradle turut menawarkan perkhidmatan yang memanfaatkan seperti bantuan nilai tambahan seperti program bimbingan dan pemantauan, program latihan dalaman, dan mengambil bahagian dalam acara perniagaan dan rangkaian di bawah Cradle.  

TENTANG DIRECT LENDING
 
Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian di Malaysia yang membolehkan peminjam yang tidak memenuhi syarat pinjaman bank untuk membuat pencarian, perbandingan, permohonan, dan kelulusan bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka dengan cara cepat, mudah, selamat, dan berpatutan. Misi syarikat ini adalah untuk membuka pintu terhadap pinjaman yang berpatutan dan telus kepada semua lapisan masyarakat.
 
Pembiayaan di platform Direct Lending adalah ditawarkan oleh institusi kewangan yang diiktiraf, badan koperasi serta syarikat pinjaman, direka khas untuk kakitangan kerajaan dan swasta. Buat masa ini, terdapat 8 pemberi pinjaman di platform Direct Lending dan lebih daripada 22,000 semakan kelayakan pinjaman telah dibuat melalui platform ini sejak penubuhan pada lewat tahun 2016. 
 
Direct Lending memperoleh kelulusan menerusi Program Peneraju Global 2017 oleh Pusat Inovasi Global dan Kreativiti Malaysia (MaGIC). Syarikat ini turut menjadi penerima dana CIP300 Cradle. 

Sumber: Cradle Fund Sdn. Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Hui Yik Seong
pengasas Direct Lending
Tel: 016-626 7798
Emel: yik@directlending.com.my

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.