ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  SLICE DAN SOMPO MENGUMUMKAN KONTRAK BUKTI NILAI ICS YANG MEMBAWA INSURANS ATAS PERMINTAAN KE ASIA

Thursday 15/08/2019



Platform ICS Slice kini digunakan oleh syarikat insurans terkemuka di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, dan Asia Pasifik

NEW YORK, 15 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Slice Labs Inc., penyedia platform awan insurans atas permintaan yang pertama, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu kontrak bukti nilai dengan Sompo Holdings Asia (SOMPO), yang mempunyai ibu pejabat wilayah mereka di Singapura dan merupakan sebahagian daripada Sompo Holdings, sebuah syarikat insurans terkemuka Jepun.

Perkongsian baharu ini membawa insurans atas permintaan ke rantau Asia Pasifik di Asia yang pesat berkembang, yang pertama seumpamanya. SOMPO akan memberikan lesen kepada platform Perkhidmatan Insurans Awan (ICS) Slice untuk dengan pantas mengerahkan dan menguji produk insurans digital baharu. Berbanding dengan penyelesaian lain yang lebih tradisional, platform ICS Slice membolehkan syarikat insurans, seperti SOMPO, untuk memanfaatkan kelenturan, skala, dan keselamatan ICS menerusi sebuah model langganan yang bernilai tinggi.

Terdapat beberapa risiko baharu di dalam segmen mobiliti, perjalanan, dan ekonomi senggang atas permintaan yang terimpak oleh teknologi yang baru muncul. Platform sosial yang besar juga melambangkan peluang-peluang baharu bagi produk insurans atas permintaan digital untuk dimasukkan ke dalam keseluruhan pengalaman. Syarikat-syarikat itu merancang untuk melancarkan pelbagai produk atas permintaan merentasi Asia sepanjang perkongsian mereka. Slice akan membuka sebuah pejabat di Singapura untuk menyokong perkara ini dan inisiatif lain di rantau itu.

“Masa depan bagi pelanggan insurans yang berpuas hati di mana-mana negara dan segmen produk bergantung kepada kerjasama di antara syarikat insurans dan teknologi insurans,” kata Tim Attia, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Slice. “SOMPO adalah satu contoh yang jelas  tentang bagaimana ini dapat berfungsi kerana mereka telah membantu teknologi awan kami untuk dengan cepat berkembang ke rantau global yang lain dan ICS membantu mereka memikirkan semula pengalaman pelanggan insurans.”

Maklumat mengenai Sompo Holdings (Asia)

Berpusat di Singapura, Sompo Holdings (Asia) Pte. Ltd adalah syarikat induk untuk entiti Asia Pasifik mereka, kecuali Jepun dan merupakan sebahagian daripada Sompo Japan Nipponkoa Insurance Inc, yang merupakan ahli bagi SOMPO Holdings yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Dengan kehadiran yang dipercayai di Asia sejak tahun 1942, perniagaan kami telah tersebar dengan lebih 4,000 orang pekerja merentasi rantau itu. Kami pada masa ini adalah merupakan antara 10 Syarikat Insurans Bukan Hayat Terbesar di Indonesia dan Malaysia, dan kami telah menjalin perkongsian strategik untuk mengakses satu rangkaian sumber dan pengedaran yang lebih luas.

Ketahui lebih lanjut mengenai Kumpulan itu dengan melayari www.sompo-asia.com

Maklumat mengenai Slice:

Slice Labs adalah enjin insurans di belakang ekosistem perkhidmatan digital atas permintaan, berasaskan awan untuk hari esok bagi ekonomi baharu. Melalui platform Perkhidmatan Insurans Awan (ICS) Slice, Slice membolehkan syarikat insurans, syarikat teknologi, dan pembekal perkhidmatan yang lain untuk membina produk insurans digital yang benar-benar pintar dan intuitif, bayar sambil lalu yang melindungi pengguna insurans pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk mendapatkan maklumat terkini dengan Slice, sila layari  http://www.slice.is dan ikuti @SliceLabs di Twitter.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190814005256/en/

Hubungi

Slice Labs: 
Emily Kosick, Naib Presiden, Pemasaran 
emily@slice.is 
212-380-1849

Sumber : Slice Labs Inc.
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.