PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 12, 2019 -Khamis

 
  IKEA PENERAJU PUSAT BELI-BELAH YANG MERANGKUMI HIBURAN, PREMIS MAKANAN DAN RANGKAIAN JENAMA TERKEMUKA DI BATU KAWAN

Friday 26/07/2019



Fasa pertama pusat beli-belah Aspen Vision City menjanjikan keseronokan & tempat pertemuan keluarga dan rakan-rakan
 
PULAU PINANG, Malaysia, 26 Julai (Bernama-PRNewswire) -- Kami berasa sungguh bangga untuk mengumumkan IKEA Asia Tenggara kini bersedia untuk membuka fasa pertama pusat beli-belah yang akan bersambung terus dengan gedung perabot kelengkapan rumah kami di Malaysia Utara yang pastinya akan memeriahkan lagi rangkaian baharu premis campuran di Aspen Vision City.
 
Dengan anggaran sebanyak 20 unit, destinasi pusat beli-belah ini menyasarkan untuk menjadi tumpuan utama di Batu Kawan. Rangkaian premis tersebut akan dibuka pada penghujung 2019 dan sehingga kini, hampir 85% ruang telahpun disewakan. Secara langsungnya ini akan menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan di IKEA. Penyewa termasuklah Sports Direct, Project Rock, 7-Eleven dan kedai Harvey Norman sebesar 50,000 kaki persegi telah mengetengahkan konsep rangkaian kedainya di luar Lembah Klang buat pertama kalinya.

"Kami amat hargai hubungan yang terbina sejak sekian lama dengan rakan kongsi seperti Harvey Norman. Bila bergandingan, kami berupaya menyediakan tempat yang menarik untuk pelanggan-pelanggan kami bertemu dan bukanlah sekadar untuk membeli belah sahaja," kata Christian Rojkjaer, Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara.

Di rantau ini, lima rangkaian IKEA kami menjadi tumpuan utama untuk pusat beli-belah di mana ia telah terbukti dapat menarik jutaan pengunjung, termasuklah mereka yang sanggup memandu berjam-jam untuk datang bertemu keluarga dan rakan-rakan mereka di premis kami. Di Pulau Pinang, fasa pertama pusat beli-belah kami akan menawarkan campuran unik para penyewa bagi menarik para pengunjung serta menggalakkan lebih banyak rangkaian jenama lain untuk menyertai kami pada tahun-tahun akan datang.

"Kami mencari penyewa yang boleh memenuhi permintaan masyarakat dalam komuniti kami," jelas Christian Olofsson, Pengarah Urusan Pusat Beli-Belah Penggunaan Bercampur, IKEA Asia Tenggara. Katanya lagi, "Sepanjang empat bulan IKEA Batu Kawan beroperasi, kami mendapati ramai penduduk Pulau Pinang sering datang untuk makan tengahari dan makan malam. Jadi, kami akan fokus untuk membawa masuk lebih banyak rangkaian F&B serta perkhidmatan bercirikan grab-and-go untuk memenuhi keperluan penduduk Batu Kawan yang semakin meningkat,"

Langkah IKEA Batu Kawan meletakkan pelbagai premis peruncit di bawah satu bumbung merupakan sebahagian daripada rancangan utama untuk Aspen Vision City, satu usahasama di antara IKEA Asia Tenggara dan Aspen Group. Impian kami adalah untuk membina model sebuah bandar pintar.

"IKEA sebagai pemangkin berpengaruh, mampu menarik lebih banyak perniagaan yang mahu menjadi sebahagian daripada sebuah bandar moden dan pintar di masa hadapan," ujar Dato' Murly Manokharan, Presiden & CEO Kumpulan Aspen Group.

Jelasnya lagi, "Kami mahu mencipta destinasi yang mudah untuk dikunjungi, berada dekat dengan komuniti di mana mereka boleh bekerja, membeli-belah, menjamu selera, belajar dan mencipta kenangan manis bersama orang-orang tersayang. Vervea, presint perniagaan komersil dengan bangunan pejabat 3 dan 4 tingkat di Aspen Vision City kini sedia untuk beroperasi. Kami mengalu-alukan peruncit tempatan dan ahli korporat untuk menyertai kami. Bertempat di tengah-tengah Vervea turut terdapat sebuah pusat dagangan seluas 38,000 kaki persegi yang dinamakan Vervea Trade & Exhibition Centre (VTEC). Ia mempunyai pelbagai dewan serbaguna, bilik operasi, ruang persediaan makanan dan perkhidmatan yang mampu menampung pertunjukan dan ekspo berskala besar. VTEC dijangka siap untuk disewa menjelang hujung tahun ini. Dengan berganding bahu, kita mampu melahirkan masyarakat yang berdaya maju khususnya di bahagian Utara ini."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190724/2533090-1
 
HUBUNGI: Vivienne Liam, Email: vivienne@bonseyjaden.com, Contact Number:+603-2715-7736

Sumber: IKEA Southeast Asia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.