ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  ALIBABA.COM MEMBUKA PLATFORM UNTUK MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN KECIL AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENJUAL KEPADA DUNIA

Wednesday 24/07/2019



Platform E-dagang B2B Global yang Terkemuka Memperkenalkan Fungsi Membolehkan Penjual Baharu, Termasuk Urus Niaga Amerika Syarikat ke Amerika Syarikat, Peserta Ekosistem Baharu, dan satu Jelajah ke Seluruh Negara bagi Acara-acara “Tokokan” untuk Membantu Perniagaan Kecil Beroperasi
 
NEW YORK, 24 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alibaba.com, satu daripada tempat pasaran e-dagang B2B terbesar di dunia dan sebuah unit perniagaan bagi Kumpulan Alibaba (NYSE: BABA), hari ini membuka platform mereka untuk memperkasakan perniagaan Amerika Syarikat bagi menjual produk mereka kepada berjuta-juta pembeli Alibaba.com di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Sekarang, hampir 30 juta Perniagaan bersaiz Kecil dan Sederhana (PKS) di Amerika Syarikat – terutamanya pengeluar, pemborong dan pengedar – boleh mendapatkan akses yang lebih baik kepada pasaran e-dagang B2B global yang bernilai $23.9 trilion, satu peluang yang merupakan enam kali lebih besar daripada pasaran e-dagang B2C global.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190723005345/en/
 
Syarikat itu juga memperkenalkan sebuah ekosistem peserta yang dipertingkatkan. Ini termasuk penjual utama dan pembekal perkhidmatan B2B yang berkongsi misi Alibaba.com untuk memudahkan PKS menjalankan perniagaan.
 
Untuk membantu PKS Amerika Syarikat mengakses dengan jayanya peluang e-dagang B2B yang bernilai $23.9 trilion itu, Alibaba.com juga sedang menghasilkan satu siri bengkel “Tokokan” dan webinar dengan dewan perdagangan dan organisasi B2B tempatan di seluruh negara, termasuk SCORE, satu daripada rangkaian sukarelawan, mentor perniagaan pakar yang tidak mencari keuntungan yang terbesar di negara itu.
 
“Alibaba berhasrat untuk memberi kuasa kepada usahawan dan membantu mereka berjaya dalam cara mereka yang tersendiri,” kata John Caplan, Ketua bagi B2B Amerika Utara di Kumpulan Alibaba. “Dengan 10 juta pembeli perniagaan yang aktif di lebih 190 buah negara dan wilayah, kami sedang membina semula perdagangan B2B dengan menyediakan peranti dan perkhidmatan yang diperlukan bagi syarikat-syarikat PKS Amerika Syarikat untuk bersaing dan berjaya di dalam tempat pasaran global pada hari ini.”
 
PENAMBAHAN PLATFORM BAHARU YANG UTAMA
 
Alibaba.com telah menambahkan ciri-ciri utama yang membolehkan PKS Amerika Syarikat menjalankan perniagaan secara tempatan (Amerika Syarikat ke Amerika Syarikat) dan secara global:
 
Table

* Pembayaran atas platform akan tersedia untuk tujuan urus niaga di Amerika Syarikat –  kecuali di New York dan Nevada, bermula pada 25 Julai 2019.
 
“Kami mengiktiraf peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan global melalui Alibaba.com di peringkat awal lagi,” kata Evan Gettinger, Pengasas Bersama bagi Gett Clean, sebuah pengeluar produk pembersihan profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang telah melihat peningkatan yang signifikan di dalam pertanyaan mengenai produk mereka di platform itu. “Dengan gabungan baharu bagi peranti platform yang tersedia ada dan penambahan penjual jenama yang utama, kami menjangkakan satu laluan yang lebih pantas bagi sasaran pertumbuhan kami.”
 
ALIBABA.COM MEMBINA EKOSISTEM B2B AMERIKA SYARIKAT MEREKA DENGAN PENYERTAAN BAHARU
 
Alibaba.com membawa beberapa jenama dan organisasi yang berkongsi satu keghairahan bagi menyokong PKS, termasuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan Amerika Syarikat yang utama.
 
Pada Mac, Alibaba.com mengumumkan satu kerjasama strategik dengan Office Depot, dan pada hari ini Robinson Fresh, satu bahagian daripada C.H. Robinson, akan menyertai platform itu. Kedua-dua mereka komited sebagai “Penjual Utama” untuk menyediakan katalog produk yang luas bagi memenuhi minat yang semakin berkembang bagi platform audiens pembeli yang luas. Penyertaan bagi Penjual Utama berhasrat untuk membawa manfaat yang ketara, termasuk menjanakan minat di kalangan pembeli baharu yang berlaku apabila pemilihan produk berkembang.
 
“Kami amat berbangga untuk memperluaskan kerjasama strategik kami dengan Alibaba.com,” kata Gerry Smith, ketua pegawai eksekutif bagi Office Depot, Inc. “Dengan menjadi sebuah penjual utama, kami dapat mencapai khalayak perniagaan kecil yang lebih besar dan menyediakan kepada mereka dengan produk dan perkhidmatan yang mereka inginkan untuk bersaing pada skala global.” Selain itu, pelanggan Alibaba.com kini akan mempunyai akses kepada tawaran eksklusif bagi ahli, diskaun dan kandungan premium daripada sebuah ekosistem yang berkembang daripada penyedia perkhidmatan perniagaan terkemuka yang termasuk:
 
● 71lbs
● BigCommerce
● Indeed
● ShipStation (NASDAQ: STMP)
● Skuvault
● TeamViewer
● Wellbots
● Xometry
 
JELAJAH KEBANGSAAN BAGI ACARA-ACARA “TOKOKAN” TEMPATAN UNTUK MENYOKONG PERTUMBUHAN PKS
 
Acara Tokokan Alibaba.com dengan kehadiran secara peribadi yang pertama akan diadakan hari ini di Brooklyn di Industri City – sebuah komuniti bagi perniagaan perindustrian dan pembuatan yang berinovatif – bersama dengan tuan rumah bersama, Bandar Raya Dewan Perniagaan dan Industri Brooklyn. Setiap acara Tokokan akan menyediakan kepada hadirin dengan satu bengkel yang mendalam, peluang untuk latihan satu dengan satu dan perundingan dari pakar-pakar Alibaba.com serta diskaun, insentif dan sokongan eksklusif daripada ekosistem bagi jenama dan organisasi.
 
Tokokan Brooklyn akan diikuti dengan rapat oleh acara-acara di Los Angeles pada 26 Julai dengan Dewan Perniagaan Los Angeles di California Market Center dan Chicago pada 30 Julai dengan Dewan Perniagaan Illinois di M Hub. Tokokan tambahan di seluruh negara dirancang pada sepanjang tahun itu dengan sokongan daripada organisasi perniagaan tempatan dan kebangsaan, termasuk cawangan SCORE tempatan, Food Export USA – Timur Laut, dan Persatuan Eksport Makanan di Barat Tengah Amerika Syarikat. Selain itu, Alibaba.com juga menghasilkan kandungan Tokokan digital secara bersama dengan SCORE.
 
“Perniagaan kecil adalah enjin bagi ekonomi Amerika Syarikat, tetapi mereka menghadapi cabaran,” kata Ken Yancey, Ketua Pegawai Eksekutif bagi SCORE. “SCORE dan rangkaian mentor kami teruja untuk membantu perniagaan Amerika Syarikat belajar tentang peluang besar di dalam e-dagang di bengkel-bengkel Tokokan fizikal dan maya yang terdapat bagi komuniti di seluruh Amereka Syarikat.”
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform Alibaba.com yang dipertingkatkan, rakan usaha sama baharu atau untuk mendaftar bagi sebuah bengkel Tokokan berhampiran anda, sila layari Alibaba.com/BuildUp.
 
Maklumat mengenai Alibaba.com
 
Unit perniagaan yang pertama bagi Kumpulan Alibaba, Alibaba.com adalah sebuah platform utama bagi e-dagang B2B global yang bertujuan untuk memudahkan langkah menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja. Dilancarkan pada tahun 1999, Alibaba.com terlibat di dalam perkhidmatan yang meliputi kesemua aspek perdagangan, termasuk menyediakan perniagaan dengan peranti yang membantu menjangkau penonton global untuk produk mereka dan membantu pembeli menemui produk, mencari pembekal, dan membuat tempahan secara dalam talian dengan pantas dan cekap. Ia memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta pembeli dan pembekal dari lebih 190 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
 
Maklumat mengenai Kumpulan Alibaba
 
Misi Kumpulan Alibaba (NYSE: BABA) adalah untuk memudahkan langkah menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja dan syarikat itu berhasrat untuk mencapai pertumbuhan yang mapan selama 102 tahun.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190723005345/en/
 
Hubungi

Hubungan Media 
Kumpulan Alibaba 
Brion Tingler 
brion.tingler@alibaba-inc.com  

Kumpulan Alibaba  
Roger Zhang 
roger.zhang@alibaba-inc.com

Sumber : Alibaba.com
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.