ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN E-PEMBAYARAN BAGI MEMPROMOSIKAN PENGGUNAAN KAD ATM MYDEBIT DI KAUNTER BAYARAN NEGERI/CAWANGAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Monday 22/07/2019


Dari Kiri Mr Peter Schiesser , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia dan Ybhg. Dato' Sri Shaharuddin Bin Khalid Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia



KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd atau PayNet telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen e-Pembayaran Bagi Mempromosikan Penggunaan Kad MyDebit di Kaunter Bayaran JPJ hari ini di pejabatnya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur kepada dua puluh (20) pemenang hadiah utama berupa sebuah iPad Pro setiap seorang dan dua puluh (20) pemenang hadiah saguhati berupa sebuah telefon pintar setiap seorang.

Objektif utama kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran e-pembayaran di samping menggalakkan pengunaan kad ATM MyDebit sebagai salah satu kaedah e-pembayaran melalui kaunter-kaunter bayaran JPJ berbanding penggunaan tunai untuk sebarang transaksi di JPJ.

Kempen “MyDebit Je dengan Kad ATM” yang bermula dari 1 Oktober 2018 sehingga 28 Februari 2019 adalah anjuran PayNet bersama JPJ untuk memupuk pengunaan e-pembayaran dalam usaha untuk meningkatkan transaksi pembayaran debit melalui penggunaan kad ATM MyDebit. 

Berkenaan MyDebit dan Payments Network Malaysia (PayNet) 

MyDebit adalah aplikasi pembayaran dalam setiap kad ATM yang dikeluarkan oleh 33 institusi perbankan bagi membolehkan pemegang kad ATM membuat pembayaran di agensi-agensi Kerajaan serta pembelian di kedai-kedai yang menerimapakai MyDebit di seluruh negara. Semua transaksi melalui MyDebit didebitkan secara online terus dari akaun simpanan atau semasa secara PIN atau tanpa sentuh (contactless). 

PayNet membangun dan mengendalikan sistem e-pembayaran bertaraf dunia dan infrastruktur pasaran kewangan yang selamat, diyakini dan cekap bagi menaiktaraf fungsi dan pembangunan sistem kewangan Malaysia dan ekonomi secara keseluruhannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai PayNet, sila layari www.paynet.my

Sumber: Payments Network Malaysia (PayNet) ​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Cik Amy Pang
Tel:  03-2264 8689
Emel: amy@paynet.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.