ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KUMPULAN CRRC, E-GLE MENGIKAT PERJANJIAN PERKONGSIAN UNTUK MENGHASILKAN MOTOR BERODA BAGI EV

Monday 01/07/2019



AsiaNet 79400

KAWASAKI, Jepun, 1 Julai, 2019 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --
 
Shanghai e-Gle New Energy Automotive Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik e-Gle Co., Ltd. dan Xiangyang CRRC Electric Machinery Co., Ltd. mengumumkan pada 21 Jun, 2019 di ZhuZhou, Wilayah Hunan, China, bahawa mereka telah mengikat satu perjanjian perkongsian dengan tujuan untuk memacukan industri automobil tenaga baharu ke hadapan sebagai pemimpin global dengan menyediakan penyelesaian kuasa termaju. Di peringkat awal, syarikat-syarikat itu akan bermula dengan projek yang menghasil dan menjual motor beroda kepada pembuat kereta.
 
(Imej 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M105585/201906267946/_prw_PI1fl_kRPUN4G7.jpg
)
 
(Imej 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M105585/201906267946/_prw_PI2lg_aJ32DL3H.jpg
)
 
Xiangyang CRRC Electric Machinery Co., Ltd., anak syarikat CRRC Group Corporation yang mengkhususkan diri di dalam motor elektrik, mengambil keputusan untuk berpadu tenaga dengan e-Gle, yang terkenal di dunia sebagai sebuah perintis dengan keupayaan teknikal termaju di dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV), ketika ia berhasrat untuk dengan pantas memperolehi penguasaan pasaran teratas dengan mengambil kesempatan daripada pengiktirafan nama Kumpulan CRRC yang sangat besar, kepercayaan kredit dan rantaian bekalan yang memberangsangkan. Sistem motor beroda itu adalah didasarkan kepada teknologi untuk melengkapkan setiap roda pemanduan dengan sebuah motor di dalam dan secara langsung mengawal badan sesebuah kenderaan, dan e-Gle mempunyai teknologi terkini untuk sistem itu.
 
Syarikat-syarikat itu akan berhasrat untuk mula menghasilkan motor beroda pada tahun 2020 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021. China pada masa ini sudah menjadi pasaran EV yang terbesar di dunia kerana ia telah secara aktif menggalakkan EV dengan pemberian subsidi kepada pembuat kereta dan pengguna, di antara langkah-langkah dasar yang lain.
 
Maklumat mengenai Xiangyang CRRC Electric Machinery Co., Ltd .:
Ia merupakan pengeluar gerabak kereta api terbesar di dunia anak syarikat Kumpulan CRRC yang mengkhususkan diri di dalam pengeluaran motor elektrik. Ia berpusat di ZhuZhou, Wilayah Hunan, China.
 
Maklumat mengenai Shanghai e-Gle New Energy Automotive Co., Ltd .:
Ia adalah sebuah anak syarikat e-Gle Co., Ltd. (berpangkalan di Kawasaki, Wilayah Kanagawa, Jepun; diketuai oleh Presiden Hiroshi Shimizu), yang terlibat di dalam pembangunan EV.
 
Sumber: e-Gle Co., Ltd.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.