ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  AKAUNTAN BERTAULIAH MENERIMA FELLOWSHIP SEMPENA LAWATAN PRESIDEN CA ANZ KE MALAYSIA

Wednesday 26/06/2019

AsiaNet 79397

SYDNEY, 26 Jun, 2019 /Medianet International-AsiaNet/--
 
-- Dua orang Akauntan Bertauliah di Malaysia telah menerima Fellowship, pengiktirafan paling tinggi di dalam profesion perakaunan, dari Presiden Akauntan Bertauliah Australia dan New Zealand, Stephen Walker.

Encik Walker menyampaikan anugerah itu pada Majlis Makan Malam Presiden tahunan, yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi, di mana lima belas Akauntan Bertauliah telah diiktiraf kerana pencapaian mereka.

Fellowship Akauntan Bertauliah adalah rakan yang dianugerahkan kerana pencapaian kerjaya dan sumbangan yang luar biasa kepada profesion itu melalui usaha perniagaan dan komuniti dan pada masa yang sama mengekalkan standard integriti dan pertimbangan yang paling tinggi.

Penerima Fellowship rakyat Malaysia itu adalah:

Anthony Lee
Anees Hazleena
 
Encik Walker berkata gelaran Akauntan Bertauliah itu diiktiraf di peringkat antarabangsa di atas komitmen mereka untuk membina kemakmuran jangka panjang bagi pelanggan dan komuniti, dan pada masa yang sama mengekalkan standard etika yang paling tinggi.

“Satu asas teras yang akan membantu mengemudikan kita melalui landskap perniagaan yang berubah-ubah di seluruh dunia adalah kepimpinan beretika. Adalah penting bahawa etika berada di tengah-tengah semua yang kita lakukan sebagai akauntan,” kata Encik Walker.

Penerima Anees Abdullah berkata beliau sangat berterima kasih untuk menerima anugerah itu dan bagi menggelarkan dirinya sebagai seorang Akauntan Bertauliah.

“Saya merasa sangat dihormati dan istimewa untuk menerima anugerah ini. Sebagai seorang akauntan bertauliah, saya telah dilatih untuk berfikir secara kritis dan analitikal, yang akhirnya membawa saya untuk mencapai banyak hasil,” kata Cik Abdullah.

Biografi Penerima Fellowship Anees Hazleena Abdullah:
Anees adalah Ketua Kewangan bagi sektor Pemasaran dan Perdagangan Gas Asli Cecair di dalam Perniagaan Gas dan Tenaga Baharu, PETRONAS di mana beliau menjalankan peranan sebagai Ketua Pegawai Kewangan bagi Kumpulan Syarikat PETRONAS LNG Sdn Bhd (PLSB). Beliau memegang dua ijazah dalam Perdagangan (Perakaunan) dan Undang-undang dari Universiti New South Wales, Sydney, Australia.
 
Di luar peranan beliau dalam bidang kewangan, Anees juga terlibat secara aktif dalam pembangunan modal insan di dalam golongan kewangan di PETRONAS di mana beliau menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Rakyat di GNE Finance.

Pertanyaan Media:
Priya Kumar
Telefon +61-2-9080-5852
Telefon Bimbit +61-424-491-584
Priya.Kumar@charteredaccountantsanz.com
 
Maklumat mengenai Akauntan Bertauliah Australia dan New Zealand
 
Akauntan Bertauliah Australia and New Zealand adalah sebuah badan profesional yang terdiri daripada lebih daripada 120,000 ahli yang pelbagai, berbakat dan ahli kewangan yang pintar yang menggunakan kemahiran mereka setiap hari untuk membuat perbezaan bagi perniagaan di seluruh dunia. 

Ahli-ahli dikenali kerana integriti profesional mereka, pertimbangan yang berprinsip, disiplin kewangan dan satu pendekatan yang berpandangan ke hadapan untuk perniagaan yang menyumbang kepada kemakmuran negara kita.
 
www.charteredaccountantsanz.com
 
SUMBER: Akauntan Bertauliah

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.