ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  SMALL GIANT GAMES MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN EPIK UNTUK FRANCAIS POPULAR EMPIRES & PUZZLES

Thursday 20/06/2019



Ciri-ciri Termasuk Kemas Kini Pelbagai Asas, Peningkatan Tahap Kubu dan sebuah Bangunan Baharu yang Diberi Nama Hunter’s Lodge


SAN FRANCISCO, 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Small Giant Games (“Small Giant”), sebuah anak syarikat milik Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan satu pengembangan epik kepada francais popular mereka, Empires & Puzzles. Pengembangan itu, yang disokong oleh permintaan pemain, mempunyai kemas kini asas yang signifikan termasuk satu peningkatan ke atas paras maksimum kubu dari 20 kepada 21 serta versi lanjutan bagi lombong, ladang, unit penyimpanan dan rumah. Sebuah bangunan baharu, Hunter's Lodge, juga diperkenalkan, bagi membolehkan pemain untuk menghasilkan barang-barang perang yang baharu.

“Sejak pasukan Small Giant menyertai keluarga Zynga pada tahun lalu, kami telah begitu tertarik oleh kebijaksanaan mereka yang berterusan di dalam membuat inovasi dalam Empires & Puzzles, satu asas untuk portfolio kami bagi francais selama-lamanya,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Mencakupi pemain-pemain yang penuh ghairah, pengembangan ini menunjukkan komitmen pasukan itu dalam mewujudkan pengalaman yang paling menyeronokkan untuk komuniti Empires & Puzzles.”

Zynga telah memperolehi Small Giant yang berpusat di Helsinki pada Januari 2019. Small Giant membawa bersama mereka sebuah pasukan pembangunan yang berpengalaman dan satu lagi francais selama-lamanya kepada portfolio perkhidmatan langsung Zynga dengan Empires & Puzzles, yang menggabungkan pertarungan 3 perlawanan yang boleh diperolehi dengan unsur-unsur permainan yang lebih mendalam seperti koleksi wira, bangunan asas dan perikatan sosial.

Sejak membuat kemunculan buat pertama kali pada tahun 2017, Empires & Puzzles telah dimuat turun lebih daripada 34 juta kali dan telah mencapai kedudukan terlaris # 1 di 57 buah negara di Apple App Store dan 24 buah negara di Google Play. Tajuk hit itu juga telah menembusi 10 Teratas bagi carta Permainan Terlaris dalam gabungan 124 buah negara di Apple App Store dan Google Play.

Pengembangan terkini Empires & Puzzles terutama telah didorong oleh satu daripada pemaju mereka yang berbakat, Sofia Vanhanen. Pada usia 20 tahun, Vanhanen adalah di antara pemaju wanita muda yang bekerja di dalam industri permainan mudah alih. Sebagai seorang pemain yang sangat menggemari Empires & Puzzles, beliau menyertai Small Giant setelah menamatkan pengajian beliau di universiti dalam bidang sains komputer.

“Ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan untuk bekerja ke atas satu permainan yang anda sudah begitu ghairah mengenainya,” kata Vanhanen. “Saya dapat membawa perspektif saya sebagai seorang peminat untuk melaksanakan idea-idea baharu yang akan digemari oleh pemain kita. Saya tidak sabar untuk melihat apa yang difikirkan oleh semua orang tentang kemas kini asas yang baharu itu.”

Nota Editor = Menyokong aset pegun dan video: 
https://app.box.com/s/wyywt4moif6gqj4v062gvogrysxfwc1i

Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, perkembangan masa hadapan dan kemas kini kepada Empires & Puzzles. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi kata-kata seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “berhasrat,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang pada umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian itu atau kejayaan ke atas perkara itu mencakupi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang melibatkan risiko, ketidakpastian, dan anggapan yang signifikan. Kebergantungan tidak wajar tidak harus diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, yang didasarkan kepada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini adalah atau akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Hubungan Pelabur kami di http: http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20190618005014/en

Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Sarah Ross
sarah@zynga.com | (310) 924-1404

Kenny Johnston
kjohnston@zynga.com | (602) 999-1890

Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa
ONE PR Studio (bagi pihak Zynga di Amerika Syarikat) / zynga@oneprstudio.com / (510) 893-3271

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.