ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PENAMATAN PELANTIKAN KHIDMAT SETIAUSAHA SULIT KANAN KEPADA YB TIMBALAN MENTERI INDUSTRI UTAMA

Thursday 20/06/2019



KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Satu pengakuan yang tidak beretika di dalam media sosial telah dibuat menerusi klip video oleh Encik Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama pada 12 Jun 2019.
 
Pihak Kementerian memandang perkara tersebut sebagai satu pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak. Surat tunjuk sebab telah diberikan dengan serta-merta dan Encik Haziq Abdullah telah menjawab.  Bagaimanapun pihak Kementerian tidak berpuas hati dengan jawapan balas yang diberikan.

Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 18 Jun 2019.

Kementerian tidak akan bertolak ansur dalam sebarang soal perilaku yang menjejaskan reputasi serta imej Kementerian. Dengan penamatan ini, pihak Kementerian tidak lagi mempunyai apa-apa kaitan dengan Encik Haziq Abdullah.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA
20 JUN 2019


Sumber: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Hilmi Mohd Ali

Tel: 03-8880 3325
Emel: hilmihajiali@mpi.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.