ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PERKHIDMATAN "GAYA PENGURUS RUMAH MENJIMATKAN MASA DAN LANGKAH UNTUK PERUSAHAAN DI KAWASAN PEMBANGUNAN EKONOMI & TEKNOLOGI NANNING KEBANGSAAN

Thursday 20/06/2019



AsiaNet 79295

NANNING, China, 20 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Untuk mengoptimum dan memudahkan kelulusan bagi pembinaan projek perindustrian, agar dapat berkhidmat secara tepat dan berkesan kepada perusahaan, dan untuk terus merangsangkan vitaliti pasaran dan kreativiti sosial, sejak April tahun ini, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah melaksanakan satu sistem perkhidmatan “gaya pengurus rumah” untuk kelulusan projek. Di bawah pengaruh sistem perkhidmatan "gaya pengurus rumah” itu, jumlah keseluruhan bagi permohonan dokumen untuk projek kelulusan projek pembinaan di Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah dikurangkan dari 34 yang dikehendaki oleh bandar raya Nanning kepada 31. Pemprosesan dioptimumkan dari 13 langkah yang diperlukan oleh bandar raya Nanning kepada 10 langkah. Sejak awal tahun ini, Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah menerima sejumlah 146 permohonan kelulusan untuk projek-projek kejuruteraan, dengan kadar penyiapan sebanyak 100%, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan.

Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan menyediakan “Pengurus Rumah Am” dan “Butler Profesional” untuk kesemua projek perindustrian dan membimbing perusahaan untuk memendekkan masa bagi kelulusan untuk projek pembinaan. Melalui model pengurusan “penerimaan sehenti, latihan sehenti, bimbingan sehenti, pemprosesan sehenti”, ia menyediakan perkhidmatan kerajaan untuk kelulusan projek perusahaan dengan “penerimaan tidak bersyarat untuk semakan, penyelarasan tanpa had, susulan keseluruhan proses, dan komunikasi lancar”.

Pada 14 Mei, He Jinxing, ketua bagi Projek Nanning untuk Guangxi Liuzhou Pharmaceutical Co., Ltd., datang ke Pusat Perkhidmatan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan untuk pendaftaran bagi fasa kedua projek itu. Ia mengambil masa hanya tiga minit dari penyerahan bahan-bahan kepada kelulusan dengan cop setem.

“Dalam pemprosesan untuk fasa pertama bagi projek itu pada tahun 2013, syarikat kami telah mengupah empat orang untuk pergi ke jabatan berlainan untuk memohon bagi pelbagai permit. Ia mengambil masa setengah tahun hanya untuk mendapatkan satu permit pembinaan projek,” kata He Jinxing. “Sekarang kelulusan itu sentiasa diselaraskan. Kami hanya perlu menyediakan bahan-bahan mengikut senarai keperluan, mengemukakan bahan-bahan pembinaan kepada ‘pengurus rumah’ yang disediakan oleh Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi, dan mempunyai satu kaunter di tapak pemprosesan. ‘Pengurus rumah’ itu juga menyediakan perkhidmatan satu-dengan-satu daripada kelulusan projek kepada penerimaan penyiapan, sekali gus menyelamatkan kami dengan begitu banyak masa.”

Seorang pekerja dari Nanning Yanxiang Equipment Technology Co., Ltd. berkata bahawa di bawah bimbingan “pengurus rumah” itu, penerimaan penyiapan projek syarikat  itu dipendekkan lagi dari tiga hari bekerja kepada satu hari.

“Semua jabatan dan pejabat yang berkaitan telah disambung dengan lancar dan bersedia terlebih dahulu, supaya perusahaan dapat merasakan perkhidmatan pada sepanjang masa, dan mempunyai suatu pengalaman kepuasan proses yang sepenuhnya.” Menurut Nong Shiying, timbalan pengarah bagi Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan,  kajian lukisan dan pemfailan pembinaan dipendekkan dari tiga hari bekerja yang diperlukan oleh Bandar raya Nanning City kepada dua hari bekerja, pelepasan permit pembinaan dikurangkan dari lima hari bekerja kepada tiga hari bekerja, dan jumlah masa untuk kelulusan pembinaan projek dikurangkan dari 47 hari bekerja kepada 42 hari bekerja. Oleh itu ia sangat mempercepatkan penyelesaian dan pengeluaran perusahaan di kawasan tersebut. Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan akan menyelaras dan mengoptimumkan seterusnya proses kelulusan dan memperluaskan sistem perkhidmatan “gaya pengurus rumah” dari perusahaan perindustrian ke bidang lain.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan
 
--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.