ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  SARAWAK MULTIMEDIA AUTHORITY (SMA) AKAN MENGANJURKAN PERTANDINGAN UNTUK BELIA SARAWAK BERSAMA-SAMA DENGAN YOUTH TRUST FOUNDATION BAGI MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG KEUSAHAWANAN SOSIAL UNTUK MENCAPAI ASPIRASI NEGERI BERTERASKAN EKONOMI DIGITAL

Wednesday 19/06/2019



SARAWAK, 19 Jun (Bernama) -- Sejak 2018, Kerajaan Negeri Sarawak telah pun menekankan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang memberi tumpuan kepada 47 pelan tindakan strategik. Ia bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Sarawak, mengurangkan jurang sosio-ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan golongan belia di negeri tersebut.
    
“SMA ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan amanah untuk mengawalselia inisiatif ekonomi digital Sarawak, terutamanya untuk memperkasakan golongan muda dan masyarakat tempatan melalui keusahawanan sosial”, menurut Dr Zaidi bin Razak, Pengurus Besar SMA.
 
Keupayaan Sarawak dalam mempelbagaikan ekonomi telah memacu keyakinan kerajaan negeri untuk mencapai kejayaan yang sama dengan usaha berterusan dalam ekonomi digital.
 
Menyedari bahawa keusahawanan sosial dapat memainkan peranan penting dalam kalangan belia bagi mencapai misi tersebut, SMA menganjurkan pertandingan keusahawanan sosial bersama-sama dengan  Youth Trust Foundation dan disokong oleh SMA-TEGAS Digital Innovation Hub. Ia merupakan satu usaha yang berterusan bagi mewujudkan kesedaran dan perkembangan perniagaan sosial di Sarawak.
    
Terdapat dua kategori pertandingan yang dikhaskan untuk para belia Sarawak iaitu ‘Youth Sarawak Social Project Challenge' untuk pelajar sekolah menengah swasta dan awam dan ‘Youth Sarawak Social Business Challenge’ bagi pelajar universiti atau belia yang berusia antara 18 - 35 tahun. 

Pada tahun ini, pertandingan ini akan memfokuskan kepada idea-idea yang bakal mendorong para belia untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di Sarawak.
 
Bagi Nurfarini Daing, Ketua Pegawai Eksekutif  Youth Trust Foundation, beliau percaya memberi peluang kepada belia amatlah penting dalam menyalurkan dan menyerlahkan kebolehan mereka.
 
“Saya sangat percaya apabila belia Sarawak diberikan peluang serta tunjuk ajar yang baik, mereka akan muncul dengan kekuatan melebihi tanggapan mereka sendiri. Mereka boleh capai populasi yang lebih luas bagi menghasilkan impak positif bukan hanya di negara kita sendiri tetapi juga menyelesaikan masalah sosial serta alam sekitar dunia, kata Nurfarini.
 
Melalui pertandingan ini, peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000, dan berpeluang mendapatkan bantuan lanjut daripada SMA dan agensi-agensi negeri yang berkenaan serta mengikuti program khas yang ditawarkan oleh Youth Trust Foundation dan rakan kongsi.
    
Di samping itu, para pemenang bagi kedua-dua kategori itu juga akan menghadiri lawatan sambil belajar Perniagaan Sosial 2019 ke Taiwan pada bulan November yang dianjurkan oleh pihak Youth Trust Foundation. 

About Youth Trust Foundation - myHarapan 
The Youth Trust Foundation (also known as myHarapan) is an independent and not-for-profit organisation dedicated towards empowering young Malaysians by supporting youth projects and initiatives that contribute to current nation-building efforts. We achieve this through providing various platforms and opportunities that help them scale, sustain, expand and multiply their impact. For more information on myHarapan, visit:
www.myHarapan.org
www.facebook.com/myHarapan
www.twitter.com/myHarapan http://myharapan.org.   

For Live updates, follow us on Facebook: Youth Trust Foundation  - myharapan and Tweeter/Instagram: @myHarapan.

Sumber:  Youth Trust Foundation - myHarapan 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU URUSAN TEMURAMAH, SILA HUBUNGI:
Nama: Shaarane Jaykumar
Tel: +6016-680 7528
Emel: shaarane@myharapan.org 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.