ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SEKATAN KE ATAS TALIAN HOTLINE LARANGAN MEROKOK

Wednesday 19/06/2019



PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) -- Saya mengambil maklum tentang aduan serta laporan akhbar berhubung sekatan ke atas talian hotline umum oleh pihak pengurusan aplikasi WhatsApp.

Menurut maklumat yang saya terima, sekatan ini berlaku selepas terdapat aduan daripada orang awam yang mendakwa talian hotline tersebut melanggar terma dan syarat WhatsApp.

Untuk makluman, talian hotline berkenaan diwujudkan bagi membolehkan orang ramai membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya terdapat perokok yang merokok di tempat-tempat awam, termasuk restoran tertutup dan terbuka, yang telah diisytiharkan sebagai zon tidak merokok.

Selain itu, talian tersebut juga disediakan bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan maklumat, membuat pertanyaan atau mendapatkan nasihat yang berkaitan.

Langkah ini diambil bagi memperkasakan peranan orang awam dalam membantu kementerian melaksanakan larangan merokok, selain meningkatkan kesedaran mereka terhadap bahaya asap rokok.

Sehubungan itu, pihak KKM akan mengadakan perbincangan bersama Syarikat Facebook dalam waktu yang terdekat bagi mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. WhatsApp adalah salah satu daripada Syarikat Facebook.

Sekian, terima kasih.

YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 dan 017-2635008

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.