ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PVH CORP. MENAMAKAN STEFAN LARSSON KE JAWATAN PRESIDEN YANG BAHARU DIWUJUDKAN

Thursday 23/05/2019



Seorang Pemimpin yang Cemerlang, Pelantikan Larsson Mengukuhkan lagi Pasukan Kepimpinan Kanan PVH dan Mewujudkan Perancangan Penggantian Pengurusan Yang Kukuh –


NEW YORK, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PVH Corp. [NYSE: PVH], satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia dan pemilik bagi jenama-jenama ikonik, termasuk CALVIN KLEIN, TOMMY HILFIGER, Van Heusen, Speedo, dan IZOD, hari ini mengumumkan pelantikan Stefan Larsson ke jawatan Presiden, PVH Corp. yang baharu diwujudkan itu berkuatkuasa pada 3 Jun, 2019. Encik Larsson akan bertanggungjawab bagi mengendalikan perniagaan berjenama dan wilayah PVH, dengan setiap satu daripada tiga ketua pegawai eksekutif bagi jenama-jenama itu dan Presiden-presiden Serantau melapor kepada beliau. Beliau akan melapor kepada Emanuel Chirico, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PVH. Sehubungan dengan pengumuman ini, Encik Chirico telah menandatangani satu perjanjian pekerjaan lima tahun yang baharu dengan Syarikat itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190521005894/en/

Pengarah Pengerusi PVH, Henry Nasella berkata bahawa “Dengan menandatangani perjanjian pekerjaan baharu oleh Manny dan pengambilan Stefan ke jawatan Presiden yang baharu diwujudkan itu, kami percaya bahawa PVH berada pada kedudukan yang sangat baik dari segi kepimpinan dan perspektif penggantian pengurusan untuk terus melaksanakan rancangan strategik kami dengan baik ke arah masa hadapan.”

Encik Larsson telah baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Ralph Lauren Corp., di mana beliau berjaya menumpukan semula syarikat itu tentang apa yang menjadikannya ikonik, meningkatkan prestasi dan menetapkan arah untuk pertumbuhan masa hadapan. Sebelum itu, Encik Larsson berkhidmat sebagai Presiden Global bagi Old Navy, satu cabang bagi Gap Inc., dan telah membantu Old Navy mencatatkan 12 suku tahun berturut-turut bagi pertumbuhan yang menguntungkan, dengan menambahkan $1 bilion dalam penjualan yang menguntungkan. Selama lebih 15 tahun, Encik Larsson adalah merupakan sebahagian daripada pasukan itu yang mengembangkan penjualan peruncit Sweden Hennes & Mauritz (H&M) dari $3 bilion kepada $17 bilion dan memperluaskan operasi syarikat itu dari 12 sehingga kepada 44 buah negara.

“Bakat dan rekod perkhidmatan kendalian Stefan menjadikan beliau satu penambahan yang mantap kepada pasukan pengurusan kanan PVH,” kata Emanuel Chirico, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Beliau sangat dihargai kerana tumpuan strategik beliau, kepimpinan yang terbukti dan pengalaman global di dalam memacukan transformasi dan pembinaan jenama dalam sebuah landskap pengguna yang semakin dinamik dan sentiasa berubah. Sebagai Presiden kami, saya amat yakin bahawa Stefan memenuhi syarat untuk membantu menjanakan pertumbuhan global kami dengan berjaya memimpin jenama dan wilayah kami untuk melaksanakan keutamaan strategik kami, dan menyampaikan pertumbuhan garis atas dan keuntungan dan pulangan yang konsisten kepada pemegang saham kami.”

Stefan Larsson berkata, “PVH adalah sebuah syarikat yang luar biasa dan memiliki sebahagian daripada jenama gaya hidup global yang paling ikonik. Saya telah lama mengagumi apa yang telah dicapai oleh Manny dan pasukan pengurusan PVH, dengan sejarah kejayaan, pengambilalihan transformatif, pembinaan jenama yang luar biasa, reka cipta semula dan inovasi, platform operasi yang kukuh dan perhubungan dengan pengguna mereka. Saya tidak sabar-sabar untuk menyumbang kepada kuasa PVH itu dan bekerjasama dengan seluruh pasukan kepimpinan untuk memacukan perniagaan itu ke hadapan.”
Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZODARROW, Speedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat masa hadapan Syarikat itu yang dibuat menurut peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu secara semula jadi adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang mana kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagian daripadanya mungkin tidak dijangkakan, termasuk, tanpa had (i) rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu mungkin dianggap sebagai sangat berkeumpilan dan menggunakan sebahagian besar aliran tunainya untuk menunaikan keberhutangannya, oleh itu Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara yang dikehendaki atau telah dikendalikan pada masa lalu; (iii) tahap penjualan bagi pakaian, kasut dan produk berkaitan bagi Syarikat itu, baik kepada pelanggan borong dan di gedung jualan mereka, tahap penjualan bagi pemegang lesen Syarikat itu di peringkat borong dan runcit, dan sejauh mana diskaun dan harga promosi di mana Syarikat itu dan pemegang lesen mereka dan rakan perniagaan yang lain dikehendaki untuk terlibat, kesemuanya boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca, perubahan dalam ekonomi, harga bahan api, pengurangan dalam perjalanan, trend fesyen, penyatuan, peletakan semula dan kebankrapan di dalam industri runcit, peletakan semula bagi jenama-jenama oleh pemberi lesen Syarikat itu, dan faktor lain; (iv) keupayaan Syarikat itu untuk menguruskan pertumbuhan dan inventori, termasuk keupayaan Syarikat untuk merealisasikan faedah daripada pengambilalihan, seperti pengambilalihan yang belum selesai yang dikenalpasti dalam siaran akhbar ini; (v) sekatan kuota, pengenaan kawalan perlindungan dan pengenaan duti atau tarif ke atas barang dari negara-negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya menghasilkan barangan di bawah tanda dagangannya, yang mana antara lain, dapat membatasi keupayaan untuk menghasilkan produk di negara-negara yang kos efektif, atau di negara-negara yang mempunyai kepakaran buruh dan teknikal yang diperlukan; (vi) ketersediaan dan kos bagi bahan mentah; (vii) keupayaan Syarikat itu untuk menyesuaikan dengan tepat masa kepada perubahan dalam peraturan perdagangan dan penghijrahan dan pembangunan pengeluar (yang boleh menjejaskan di mana produk-produk Syarikat itu boleh dihasilkan dengan terbaiknya); (viii) perubahan di dalam ketersediaan kapasiti kilang dan penghantaran, kenaikan kadar upah dan kos penghantaran, konflik sivil, peperangan atau tindakan pengganas, ancaman oleh apa-apa ketidakstabilan yang sebelum ini, atau politik atau tenaga kerja di mana-mana negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya atau produk rakan perniagaan lain dijual, dihasilkan atau dirancang untuk dijual atau dihasilkan; (ix) wabak penyakit dan kebimbangan berkaitan kesihatan, yang boleh mengakibatkan kilang ditutup, mengurangkan tenaga kerja, kekurangan bahan mentah dan mengawal rapi atau sekatan barangan yang dihasilkan di kawasan yang dijangkiti, serta mengurangkan trafik dan pembelian pengguna, kerana pengguna menjadi sakit atau membatasi atau menghentikan perbelanjaan untuk mengelakkan pendedahan; (x) pemerolehan dan penyahlaburan dan isu-isu yang timbul daripada pengambilalihan, penyahlaburan dan urus niaga yang dicadangkan, termasuk, tanpa had, keupayaan untuk mengintegrasikan sesebuah entiti atau perniagaan yang diperolehi ke dalam Syarikat itu tanpa kesan buruk yang besar ke atas entiti yang diambil alih, perniagaan yang diperolehi atau operasi Syarikat yang sedia ada, hubungan pekerja, hubungan vendor, hubungan pelanggan atau prestasi kewangan, dan keupayaan untuk beroperasi dengan berkesan dan menguntungkan bagi perniagaan Syarikat itu secara berterusan selepas penjualan atau pelupusan lain bagi sesebuah anak syarikat, perniagaan atau asetnya; (xi) kegagalan oleh pemegang lesen Syarikat itu untuk memasarkan produk berlesen dengan jayanya atau untuk mengekalkan nilai jenama-jenama Syarikat itu, atau penyalahgunaan bagi jenama Syarikat itu; (xii) turun naik yang ketara bagi dolar Amerika Syarikat berbanding dengan mata wang asing di mana Syarikat itu menjalankan urus niaga yang signifikan; (xiii) perbelanjaan pelan persaraan Syarikat itu yang dicatatkan sepanjang tahun dikira dengan menggunakan penilaian aktuari yang menggabungkan andaian dan anggaran mengenai pasaran kewangan, keadaan ekonomi dan demografi, dan perbezaan di antara anggaran dan hasil sebenar menimbulkan kepada keuntungan dan kerugian, yang boleh menjadi ketara, yang dicatatkan dengan serta-merta dalam pendapatan, pada umumnya pada suku keempat tahun berkenaan; (xiv) kesan kepada undang-undang dan peraturan cukai baharu dan disemak semula, terutamanya Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan Amerika Syarikat 2017 yang mungkin tak seimbang menjejaskan Syarikat itu berbanding dengan sesetengah rakan mereka kerana struktur cukai tertentu bagi Syarikat itu dan peratusan yang lebih tinggi bagi pendapatan dan hasil yang dijanakan di luar Amerika Syarikat, dan undang-undang yang digubal di Belanda yang dikenali sebagai “Pelan Cukai Belanda 2019”; dan (xv) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”).

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190521005894/en/

Hubungi

PVH Corp.
Dana Perlman
Bendahari, Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Pelabur
(212) 381-3502
communications@pvh.com

Sumber : PVH Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.