ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  VIDEO KLIP HARI RAYA AIDILFITRI DARI PUCM "SATU JALAN, SATU IMPIAN"

Thursday 23/05/2019


PUCM mengadakan pertukaran budaya dengan seramai 1000 pelajar Melayu di Perlis



KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Sempena hari  raya yang akan tiba, Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim di Malaysia dengan melancarkan video klip hari raya yang pertama pada hari ini.
 
https://www.youtube.com/watch?v=tpFNb97TJlc
 
“Satu Jalan, Satu Impian”
 
Telah ku tinggalkan kampung halamanku yang tercinta,
Untuk ke suatu tempat bernama Malaysia,
Negara yang penuh adat dan budaya,
Walaupun berbeza bangsa.
 
Kami perintis dari China,
Mengharungi ombak dan badai,
untuk menyemai kerjasama dan muafakat demi kejayaan bersama.
 
Mungkin asal usul kita berbeza,
Tetapi impian kita sama,
Hormat menghormati amalan mulia,
Tetap teguh kasih kita.
 
Kadangkala tidaklah sempurna sesuatu tanpa sepasang tangan lain membantu,
Marilah kita berganding bahu,
Demi masa depan yang gemilang.
 
Selamat hari raya aidil fitri
maaf zahir dan batin.
 
Video klip selama satu minit ini menggabungkan pelbagai aktiviti persatuan sejak pertubuhan 3 tahun yang lepas. Dari kerja amal di kampung Melayu, dialog dengan  masyarakat setempat, pertukaran budaya dengen pelajar sehingga menyambut pelbagai hari perayaan bersama Keluarga Diraja dan Timbalan Perdana Menteri.
 
Persatuan Usahawan China Di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015, kini mempunyai 120 anggota. PUCM merupakan Dewan Perdagangan Cina yang paling aktif dan paling digemari di Malaysia. Ahli Persatuan telah melabur dalam pelbagai sektor seperti teknologi maklumat, pembinaan, perlombongan, minyak, gas asli, telekomunikasi, tenaga, runcit, perkilangan, pendidikan, penjagaan kesihatan, media, pelancongan dan industri lain dan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Malaysia.
 
Presiden PUCM Dato Keith Li berkata: "Pada masa akan datang, kami akan terus berusaha keras untuk mempromosikan kerjasama antara dua pihak dan juga mempereratkan hubungan persahabatan antara Malaysia dan China."

SUMBER : Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ms Christy Hor
E-mel : info@pucm.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.