ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PAAB AGIH SUMBANGAN RM40,000 SEPANJANG RAMADAN 2019

Friday 17/05/2019



KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan memperuntukkan RM40,000.00 bagi mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini. Peruntukkan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik sepanjang bulan puasa ini.
 
Pada Majlis Penyerahan Zakat Dan Sumbangan PAAB Prihatin “Oh Seronoknya Raya 2019!” di ibu negara, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah bersama Pengerusi PAAB, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hadi Ali menyerahkan sumbangan Zakat PAAB berjumlah RM5,000.00 dan sumbangan barangan elektrik kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh, Keramat AU3.
 
Seramai 60 anak-anak yatim dari pertubuhan itu turut menerima sumbangan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri, duit raya di samping berbuka puasa bersama kakitangan PAAB di Hotel Tamu, Kuala Lumpur. Mereka turut dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Devotees.
 
Sepanjang Ramadan ini juga, PAAB menyerahkan sumbangan Zakat RM1,000.00 kepada Katijah Abdul Karim, balu kepada Allahyarham Mohammad Suhaimi, pemandu sebuah lori tangki yang meninggal dunia dalam kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan, Februari lalu. PAAB turut menghulurkan sumbangan lain termasuk barangan keperluan harian, kelengkapan Hari Raya Aidilfitri, barangan elektrik dan duit raya kepada 4 orang anak mereka.
 
Pada masa sama, PAAB turut menghulurkan sumbangan juadah berbuka puasa kepada 600 umat Islam di kariah di Masjid Jami'ul Huda, Ampang, Selangor yang terletak berhampiran dengan kawasan Projek Loji Rawatan Air Langat  2. Ia merupakan sebahagian daripada program tahunan anjuran PAAB sejak dua tahun lalu.
  
Selain daripada itu, PAAB juga mengagihkan 500 kotak kurma kepada umat Islam sebagai sumbangan untuk menyambut bulan Ramadan baru-baru ini. PAAB berharap, dengan semua sumbangan berkenaan yang disalurkan, ia dapat meringankan golongan yang memerlukan untuk menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan serta meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
 
PAAB ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi membantu Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aset air di Semenanjung Malaysia dengan kadar pembiayaan yang kompetetif. 
 
Image can be found here: https://we.tl/t-OmD1vZVyqq
 
Caption: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kelangkapan Aidilfitri kepada Anak-Anak Yatim dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh sambal disaksikan Pengerusi PAAB, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali.

Sumber: Pengurusan Aset Air Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: KHAIRIL AMRI TAJUDDIN
Pengurusan Aset Air Berhad
Tel: 03-2614 5535 / 017 4060 717
Emel: khairil@paab.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.