ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  AGROBANK RAI ANAK-ANAK ASNAF SEMPENA PROGRAM AMAL BULAN RAMADAN

Friday 17/05/2019


Sukarelawan Agrobank bersama anak-anak asnaf daripada Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi membeli barangan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.



KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Agrobank telah menganjurkan Program Kasih Ramadan untuk meraikan anak-anak asnaf dari Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi pada 16 Mei 2019. Selain membeli persiapan hari raya, anak-anak ini turut diberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan berhemah dan sejarah kewangan mata wang.
 
Program bermula dari pagi dengan sesi “Celik Wang” dan lawatan ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara. Di sebelah petang, anak-anak asnaf dibawa ke Parkson Nu Sentral untuk membeli barang-barang kelengkapan raya bersama sukarelawan dari Agrobank.
 
Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur dan anak-anak ini menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan.
 
Menurut Tuan Syed Alwi, “Program Kasih Ramadan merupakan program CSR tahunan Agrobank di bulan Ramadan bagi meraikan anak-anak asnaf dan membantu mereka membuat persiapan untuk berhari raya.
 
Pada tahun ini, kita terapkan ilmu kewangan dan perbelanjaan berhemah dalam pengisian program agar anak-anak ini turut diberi ilmu asas menguruskan wang. Ini penting kerana kita membuat keputusan mengenai wang setiap hari apabila kita membeli dan membuat transaksi.
 
Program Kasih Ramadan telah dianjurkan selama tiga tahun semenjak tahun 2017 sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Agrobank dalam bulan Ramadan. Pada tahun ini, seramai 76 orang anak-anak asnaf dan 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Agrobank menyertai program ini.
 
“Kita berharap usaha kecil yang dijalankan dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada anak-anak asnaf ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi,” tambah Tuan Syed Alwi.
 
Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

Sumber: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
Emel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Tel: 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766
Emel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.