ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TIANJIN BAKAL MENGANJURKAN KONGRES KECERDASAN DUNIA YANG KETIGA UNTUK MENEROKAI ERA BAHARU PINTAR

Thursday 16/05/2019



AsiaNet 78695

TIANJIN, China, 16 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Kongres Kecerdasan Dunia (WIC) yang ketiga akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Meijiang di Perbandaran Tianjin di utara China antara 16 Mei dan 19 Mei. Acara empat hari itu yang bertemakan “Kecerdasan Era Baharu: Kemajuan, Perancangan dan Peluang” termasuk satu siri aktiviti seperti forum, pameran, pertandingan, dan pengalaman pintar, dan akan mempamerkan senario penyelesaian dan penggunaan pintar bagi bandar raya itu.

Kongres itu akan dibuka kepada pelawat profesional untuk dua hari yang pertama dan dibuka kepada orang awam untuk dua hari yang terakhir, demikian menurut kerajaan perbandaran itu.

Ditempatkan sebagai satu acara peringkat tinggi, arus perdana, bertaraf antarabangsa dan unik, kongres itu menjemput lebih 300 orang tetamu antarabangsa dari 40 buah negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan Jepun, yang akan menghadiri dua forum utama pada kongres itu dan 16 acara sampingan.

Lima pertandingan akan diadakan semasa WIC itu, termasuk Cabaran Robot Dalam Air Kecerdasan Dunia, Cabaran Pemanduan Kecerdasan Dunia, Pertandingan Inovasi & Penggunaan Aplikasi Industri (Tianjin) China 2019 dan Pertandingan Inovasi dan Penggunaan Data Terbuka Piala Hualu China.

Peserta boleh juga menikmati aktiviti pintar seperti interaksi robot, adegan pengalaman bandar raya pintar dan perjalanan ujian kereta pandu sendiri semasa persidangan, pameran, dan pertandingan.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Tianjin
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=335922 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.