ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  BANDAR BAISE, GUANGXI MENJADI TUAN RUMAH KEPADA PERTANDINGAN SUKAN UNTUK MENGGERAKKAN PERTUMBUHAN BAGI PELANCONGAN MERAH

Tuesday 14/05/2019

AsiaNet 78702

BAISE, China, 14 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 28 April, Konvensyen Kembara Kebangsaan, Acara Baise “Perjalanan ke Pusat Bumi” (Lingyun, Leye), yang ditaja bersama oleh Persatuan Mendaki Gunung China, Kerajaan Perbandaran Biise dan Biro Sukan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang telah berakhir dengan jayanya. Dengan penyertaan oleh lebih 600 orang penggemar sukan luar, ini adalah merupakan kali kelima acara sukan itu diadakan di Daerah Lingyun dan Daerah Leye.

Daerah Leye mendapat jolokan sebagai “Pusat Dunia bagi Lubang Benam” dan “Pekan Kecil yang Mempunyai Paling Banyak Kegiatan Luar di China”, manakala kawasan indah Tasik Haoshen di Daerah Lingyun sangat terkenal kerana landskap kars mereka yang klasik. Kedua-dua daerah itu terkenal oleh kerana pemandangan mereka yang menakjubkan, reputasi penduduk tempatan yang peramah dan suka menerima tetamu sebagai wilayah lanjut usia, dan sebuah destinasi utama bagi peminat sukan lasak yang suka mengharungi cabaran.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, industri sukan di bandar Baise telah membawa masuk satu tempoh pembangunan yang teguh, sebagaimana yang dilihat di dalam penciptaan jenama-jenama pertandingan sukan antarabangsa seperti Pertandingan Pingpong ASEAN – Jalan Sutera China, Pencarian Luar Gunung Baise dan Separuh Maraton Antarabangsa Baise. Pertumbuhan bagi industri sukan telah menyumbang kepada kemajuan sosio-ekonomi di bandar Baise.

Bandar Baise adalah merupakan sebuah penempatan strategik yang menghubungkan tiga wilayah iaitu Yunnan, Guizhou dan Guangxi dengan negara-negara di blok ASEAN, satu nod yang penting kepada usaha Guangxi di dalam penubuhan satu saluran tanah-laut barat China yang baharu, dan satu “pintu masuk baharu untuk pembukaan dan pembangunan” yang penting kepada wilayah itu.

Bandar Baise juga terkenal dengan sejarah revolusioner Komunis China mereka dan merupakan satu daripada destinasi pelancongan merah yang terkenal di negara itu, oleh kerana ini adalah lokasi di mana Deng Xiaoping menerajui Pemberontakan Baise yang eponim pada tahun 1929, menubuhkan Tentera ke-7 bagi Tentera Merah Pekerja dan Petani China dan membentuk rejim Soviet di Youjiang. Tahun 2019 menandakan ulang tahun ke-90 bagi Pemberontakan Baise yang begitu penting itu, dan bandar Baise akan menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Sukan ke-14 bagi Guangxi. Merebut peluang ini, bandar Baise akan mempercepatkan pembinaan bagi kemudahan infrastruktur sukan, mendedikasikan usaha yang tegas untuk meletakkan dan membina diri mereka sebagai sebuah bandar sukan yang mantap, mempercepatkan penciptaan sebuah Baise yang sihat, dan membantu menjanakan pertumbuhan bagi pelancongan merah.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Baise
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=335928
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=335938
  
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.