ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  'RUSSIAN BALLET' TEATER ST PETERSBURG 'THE SLEEPING BEAUTY' BAKAL DIPERSEMBAHKAN SECARA EKSKLUSIF PADA 11-12 OKTOBER 2019 DI KUALA LUMPUR

Wednesday 24/04/2019



PEMENTASAN LEGENDA ‘RUSSIAN BALLET’ TEATER ST PETERSBURG MENANDATANGANI PERSETUJUAN BERSAMA THE DANCE COMPANY (TDC) MALAYSIA BAGI PERTUNJUKAN PERSEMBAHAN PERDANA ‘THE SLEEPING BEAUTY’ DI KUALA LUMPUR
 
KUALA LUMPUR,  April 24 (Bernama) -- Pementasan legenda dan balet terkemuka dunia oleh ‘Russian Ballet’ Teater St Petersburg telah mencapai kata sepakat dan menandatangani persetujuan bersama The Dance Company (TDC) Malaysia bagi menganjurkan persembahan perdana yang dibawakan secara eksklusif buat julung kalinya, “The Sleeping Beauty” di Kuala Lumpur. Mencatatkan pencapaian dan rekod yang membanggakan sejak pementasan ‘Swan Lake’ oleh Ballet West tahun lalu, TDC kali ini mengambil inisiatif dan langkah berani dengan membawakan ‘The Sleeping Beauty’ oleh Teater ‘Russian Ballet’ St Petersburg lengkap dengan sejumlah 33 penari ballet terlatih untuk mempamerkan bakat mereka dalam mempersembahkan seni koreografi yang memukau. Ini akan menjadi sebuah pertunjukan Teater ‘Russian Ballet’ St Petersburg yang pertama di Malaysia dan pementasan ini juga akan menjadi persembahan sulung The Sleeping Beauty yang buat julung kalinya dipersembahkan di Asia.

Persetujuan perjanjian bersama The Dance Company (TDC) yang diadakan ketika sidang media tersebut disaksikan oleh YTM Tunku Mu'Tamir, Royalti Rumah Keluarga Diraja Negeri Sembilan, YBhg Datin Paulene Tunku Mu'Tamir, Royalti Rumah Keluarga Diraja Negeri Sembilan, Dr Ayrat A. Akhmetov, Pengarah Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia, Datuk Ramli Ibrahim, Pengerusi Sutra Foundation, Puan Haniah Hassan, Penolong Pengarah Perancangan & Dasar JKKN serta rakan dan jemputan media.

Pementasan sulung The Sleeping Beauty di Malaysia kali ini meneruskan tradisi dan legasi balet klasik Rusia dan akan dipersembahkan dengan rentak koreografi yang asal. Selain itu, mereka telah mempersembahkan 250 pertunjukan setiap tahun, di lebih dari 130 kota terkenal termasuk Finland, Belgium, Belanda, Jerman, Kanada, China dan Amerika Syarikat (AS).

Audrey Kwan, Presiden Dance Artistry Antarabangsa, berkata "The Sleeping Beauty buat pertama kalinya dipentaskan di St Petersburg pada tahun 1890. 129 tahun kemudian, kami benar-benar berhasrat agar St Petersburg akan membawakan klasik romantis ini buat kali pertama di Asia”. The Sleeping Beauty adalah karya sebenar Balet Rusia yang diolah oleh legenda balet terkenal Marius Petipa yang juga merupakan seorang pengkritik balet terkemuka. Selain daripada itu, susanan dan komposisi muzik akan dilakukan oleh komposer Rusia yang terkenal, Pyotr Tchaikovsky.
 
Anna Voytina dan Aleksandr Voitin terlibat sebagai penari, memainkan peranan sebagai bintang utama di dalam pementasan 'The Sleeping Beauty' kali ini yang juga bakal diarahkan oleh Aleksandr Manoshkin. Pengarah artistic bagi pementasan ini adalah Alexander Bruskin, juga merupakan bekas pengetua bersama Kirov dan rakan sekelas bagi Mikhail Baryshnikov, pelajar bagi pedagogi balet terkemuka Alexander Pushkin, mentor bagi Rudolf Nureyev!”

"Kami mempunyai rangkaian rekaan kostum terbaik bagi barisan penari kami di The Sleeping Beauty, dan rekaan ini merupakan sebuah rekaan seperti yang anda harapkan daripada sebuah pementasan balet Rusia," kata Anna Voytina. "Kostum kami mampu membantu untuk menghasilkan persembahan dramatik dan ekspresi seni yang tulus."

Dr Ayrat A. Akhmetov, Pengarah Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia berkata, "Saya percaya bahawa produk seperti The Sleeping Beauty ‘Russian Ballet’ Teater St Petersburg yang dianjurkan bersama oleh The Dance Company Malaysia membolehkan negara kita membina hubungan yang lebih kukuh antara satu sama lain melalui kesenian budaya. Saya dengan sukacita bakal datang untuk menyaksikan sendiri warisan unggul balet Rusia yang dikongsi bersama seluruh Asia ini menerusi Pementasan Perdana The Sleeping Beauty di Kuala Lumpur, Malaysia. "

The Sleeping Beauty akan berlangsung pada 11 & 12 Oktober 2019 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. Tiket boleh didapati di TicketCharge. Lokasi rasmi bagi pementasan ini adalah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur manakala Hotel Rasmi adalah Alila Bangsar.
 
About The Dance Company (TDC)

The Dance Company is the brainchild of Shannon Lee and Audrey Kwan, with the mission to place Malaysia on the international dance map by international collaborations & exchanges. TDC also aims to create and develop an industry for dance in Malaysia. Since its establishment, TDC has staged Malaysia’s first ever full professional UK cast full-length ballet, Swan Lake by Ballet West at Resorts World Genting on Malaysia’s 61st Merdeka Day.
 
About St Petersburg Theatre Russian Ballet
 
The St Petersburg Theatre Russian Ballet is made up of the finest dancers that includes professional artists and soloists of the Mariinsky Theatre, belonging to a dynasty that is more than a hundred years old. They perform 250 sold out shows a year and tours in over 130 cities and countries including Finland, Belgium, Netherlands, Germany, Canada, China, United Arab Emirates, South Korea, the United States of America and many more. Besides The Sleeping Beauty ballet performance, they also perform The Nutcracker, Swan lake, Giselle and Don Quixote.

Sumber: Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: LAVINESH
PR & Corporate Communications at Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel: +6013-323 0717 / 03-7733-4262 ​
Emel: lavinesh@gcma.tv

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.