ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KERAJAAN METROPOLITAN TOKYO MENUBUHKAN "WAKIL PELANCONGAN TOKYO" DI TAIWAN DAN MALAYSIA, YANG TURUT MELIPUTI KEDUA-DUA THAILAND DAN SINGAPURA, SYDNEY DAN SEOUL MEMPUNYAI WAKIL BAHARU

Wednesday 24/04/2019



AsiaNet 78421

TOKYO, 24 April, 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Biro Konvensyen & Pelawat Tokyo mengumumkan bahawa Kerajaan Metropolitan Tokyo telah menubuhkan “Wakil Pelancongan Tokyo” di Eropah, Amerika, Australia dan Asia untuk tujuan mempromosikan Tokyo sebagai sebuah destinasi utama bagi perjalanan percutian antarabangsa. “Wakil Pelancongan Tokyo” menyediakan maklumat media dan aktiviti jualan terkini di Tokyo kepada media dan agensi pelancongan tempatan, dan menarik minat penduduk, media dan pengendali pelancongan tempatan ke Tokyo.
 
Baru-baru ini, Wakil Pelancongan Tokyo telah diwujudkan di Taiwan dan Malaysia, yang membawa kepada 14 jumlah Wakil Pelancongan Tokyo yang dilantik di seluruh dunia. Wakil di Malaysia adalah Wakil Pelancongan Tokyo yang pertama di Asia Tenggara dan mempunyai kuasa pentadbiran juga ke atas Thailand dan Singapura. FLP YOMIKO MALAYSIA SDN. BHD. telah dilantik sebagai Wakil Malaysia. JINN'S PUBLISHERS CO., LTD. dilantik sebagai Wakil Taiwan. Tourism Garden Pty. Ltd. telah baharu dilantik sebagai Wakil Sydney, dan FINE ZONE telah baharu dilantik sebagai Wakil Seoul.
 
Senarai semasa bagi Wakil Pelancongan Tokyo: https://kyodonewsprwire.jp/attach/201904225660-O1-7m5xKYej.pdf
 
Kerajaan Metropolitan Tokyo dan Biro Konvensyen & Pelawat Tokyo akan menggunakan rangkaian dan pengetahuan tempatan yang diperolehi oleh Wakil-wakil Pelancongan Tokyo bagi memberikan sumbangan kepada promosi pelancongan Tokyo yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan pelancong yang melawat Tokyo.
 
Sumber: Biro Konvensyen & Pelawat Tokyo

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.