ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LATAR SUMBANG 2 UNIT KERETA PERONDA LEBUHRAYA KEPADA JABATAN SIASATAN PENGUATKUASAAN TRAFIK

Tuesday 26/03/2019



KUALA SELANGOR, 26 Mac (Bernama) -- Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) hari ini menyumbangkan dua unit kereta peronda lebuhraya jenis Proton Preve 1.6 Premium kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik untuk kegunaan Unit Peronda Lebuhraya LATAR.

Majlis penyerahan diadakan di Kompleks Operasi Lebuhraya LATAR dimana dua unit kereta peronda tersebut diserahkan kepada YDH DCP Dato’ Azisman bin Alias, Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman oleh En Ahmad Fuad bin Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya LATAR dan disaksikan oleh Y.Bhg Dato’ Ir Mohamad Razali Othman, Pengerusi Lebuhraya LATAR dan En. Fazli Hisham bin Shukor, Pengarah Jualan Korporat PROTON Edar.
 
“Majlis penyerahan kereta peronda lebuhraya pada hari ini dilihat amat bertepatan sempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 yang diraikan baru-baru ini. Justeru itu, diharap sumbangan dua buah kenderaan tersebut dapat memudahkan lagi tugas-tugas anggota unit peronda Lebuhraya LATAR semasa menjalankan rondaan di Lebuhraya LATAR” kata Dato’ Ir Mohamad Razali Othman, Pengerusi  Lebuhraya LATAR.
 
“Selain itu, sumbangan tersebut juga merupakan  salah satu penghargaan dari pihak LATAR kepada unit peronda lebuhraya yang selama ini komited bagi memastikan keselamatan di sepanjang Lebuhraya LATAR” tambah beliau lagi.
 
Di majlis yang lain pula, LATAR berkesempatan meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan serta memberi penghargaan kepada para pegawai serta anggota polis IPD Sg. Buloh, IPD Kuala Selangor dan IPD Gombak dengan menyumbangkan sebuah kek bersempena sambutan Hari Peringatan Polis yang ke-212.
 
Sejajar dengan tema ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’, pihak LATAR menzahirkan rasa penghargaan kepada anggota polis dan menunjukkan polis dan masyarakat perlu saling membantu dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan negara.
 
Sumber: Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Surati Sujor 
Tel: 013-2660207

Nama: Hairunnisa Kastolany
Tel: 012-6881587

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.